tetamu di ruangku

Monday, December 21, 2009

kita tanya hati kita....

Assalamualaikum kawan-kawan.....
pada para pembaca yang masih lagi remaja dan saya juga masih remaja...pernah tak anda berdepan dengan orang yang anda "minati"???..apakah perasaan anda bila berdepan dengan mereka??...adakah anda menzahirkan apa yang dirase atau anda berlagak seolah-olah tidak ada apa-apa di ruangan hati anda??.....

memang tidak dinafikan amat susah sekali untuk melepaskan diri daripada masalah hati ...tapi jangan jadikan alasan susah itu untuk membiarkan diri kita terus hanyut dan hanyut....memang agak mencabar..tapi dimana ada kemahuan disitu ada jalannya...jangan pandai bercakap aja..tapi perlu ada tindakan susulan..kalo tidak mampu secara drastik buatlah ikut step.one by one.sekurang2nya anda punyai usaha untuk mencegahnya.

memang sesuatu yang normal bila anda mempunyai minat pada jenis yang berlainan jantina..itu fitrah alam..tapi disini saya ingin mengemukakan persoalan..bagaimana cara yang terbaik untuk mengurus perasaan seperti ini ?? saya percaya dan percaya ramai dalam kalangan remaja tidak terlepas dari masalah ini..saya juga remaja dan tidak dinafikan memang terdedah dengan fenomena sebegini...

kawan-kawan,
tidak perlu kita memeningkan kepala untuk memikirkan caranya...ISLAM sudah mengajar segala-galanya..jadikan agama perkara yang diutamakn dan pegangan.insyaallah segalanya bisa diatur dengan sempurna....jangan ikutkan kata nafsu itu .kelak kita kan binasa..

jangan cepat melatah,jangan cepat untuk meluahkan rase cinta pada si dia.....berhati-hati dalam memilih...yakinlah.."perempuan yang keji utk lelaki yang keji,lelaki yang keji utk perempuan yang keji...perempuan yang baik utk lelaki yang baik dan lelaki yang baik utk perempuan yang baik....surah An-nur..ayat 26

nama diakah yang tertulis di luh mahfuz sana untuk anda?
diakah yang menemani anda jalan menuju syurga?
diri dia kah yang akan melengkapkan separuh dari agama anda?.......
kita fikirkan....berdoalah agar jodoh kita adalah orang kita minati...insyaallah..redha dgn ketentuanNYA...berdoakan agar mendapat jodoh terbaik buat diri anda semua...

bagi yang laki2, jadilah dirimu kumbang yang hebat...
bagi pompuan.jadilah bunga mawar yang mekar..

Saturday, December 19, 2009

dengar-pendengar

salam buat semua.....
kali ini, kita terjun pula dalam bab dengar mendengar ...pendengar yang baik..

kalau kita perhatikan hanya segelintir sahaja yang merupakan pendengar yang baik yang setia mendengar..MEREKA YANG BERJAYA DALAM HIDUP HAMPIR SEMUANYA MERUPAKAN SEORANG KOMUNIKATOR YANG BERKESAN DAN MENJADI PENDENGAR YANG BAIK..malah mereka yang memiliki kemahiran sosial dan perhubungan awam yang baik terdiri daripada komunikator yang pandai berbicara dan dalam masa yang sama juga menjadi pendengar yang pintar...

saya suka memerhati dan menilai.....saya dapat katakan banyak masalah yang timbul kerana tidak ada sikap sudi mendengar antara satu sama lain..setuju ke???

kalau kita lihat dalam institusi kekeluargaan. kenapa dan mengapa anak-anak selalu meluahkan rase perasaan kepada kawan/rakan sebaya?? mungkin salah satu faktornya adalah ibu bapa bukan seorang pendengar.asyik membebel je..atau asyik menasihat tapi tidak pernah cuba untuk menjadi pendengar pada anak-anak...

kita lihat pula dalam hubungan suami isteri...huhu..saya bujang lagi..huhu..tapi ini melalui pemerhatian umun..apabila masing-masing tidak mahu mendengar / hanya satu pihak sahaja yang menjadi pendengar atau terpaksa mendengar, manakala satu pihak lagi sering bercakap atau memberi arahan, maka ketegangan,keretakan dan pergaduhan rumah tangga akan tercetus....

mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik terdiri daripada mereka tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar.

"the first duty of love is to hear" (tugas cinta yang pertama ialah mendengar).ini bermakna kita sudah bersedia untuk menjadi kekasih,sahabat,saudara,pemimpin, atau majikan yang lebih baik..
salam perkongsian dan terima kasih kerana sudi membaca...thANX..=)

Friday, December 18, 2009

bercakap soal kepimpinan..kita kongsikan..

Assalamualaikum pembaca sekalian....salam pertemuan,salam sayang buat semua...semoga Allah merahmati kita semua..aminn..
hari ini fikiran dan hati saya tertarik pada soal kepimpinan..mari kita kongsikan..

ADAKAH AKU MEMIMPIN DENGAN MENGGUNAKAN KUASA ATAU PENGARUH???
pernahkah muncul persoalan ini di benak fikiran anda semua terutama kepada insan yang bergelar pemimpin baik pemimpin negara,pemimpin institusi mahupun pemimpin sekolah....

persoalan ini membuatkan saya termenung seketika......lantas jari jemari ini rancak mencari input berkaitan KUASA DAN PENGARUH
dan saya kongsikan disini....

kepimpinan yang paling lemah,adalah kepimpinan yang bergantung kepada KUASA dan JAWATAN..untuk memimpin dengan PENGARUH, seseorang itu akan menumpukan perhatian kepada MEMBANGUNKAN KUALITI DIRInya sebagai aset terbesar dalam kepimpinannya.dia akan terus menjadi pusat samada dengan jawatan atau tanpa jawatan. jatuh naiknya kepimpinan beliau tidak bergantung pada KEMENANGAN PERTANDINGAN dan KEKUATAN LOBI ORANG LAIN untuk dirinya.

PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI,APABILA KUALITI DIRI DIBANGUNKAN ,PENGARUH DATANG SENDIRI

inilah ciri-ciri muslim cemerlang...
kawan-kawan,
satu lagi persoalan yang bermain di fikiran dan hati saya...
"PENGARUH-PENDAKWAH"
APAKAH ANDA BERGANTUNG KEPADA STATUS,GELARAN DAN JAWATAN,INSTITUSI DAN ALIRAN UNTUK MENGAWAL MASYARAKAT???
jika kita malas MEMBINA PENGARUH,meningkatkan KUALITI DIRI, dan berhubung dengan manusia pada AKAL dan HATI mereka, maka anda adalah PEMIMPIN YANG PALING LEMAH.

CONTOH YANG PALING TEPAT IALAH RASULULLAH SAW....michael H.hart meletakkan NABI MUHAMMAD SAW di tempat PERTAMA dalam SENARAI 100 ORANG PALING BERPENGARUH DALAM SEJARAH MANUSIA....mengalahkan Isaac newton dan jesus christ.

PENGARUH- faktor inilah menjadikan kehidupan seseorang itu sangat signifikan kepada manusia lain..mereka yang berpengaruh,mereka itulah yang menguasai. mereka yang berkuasa, belum tentu berjaya mempengaruhi...

Presiden Calvin Coolidge -presiden yang pendiam,memerintah dengan aksi!!!
hasil pembacaan di http://saifulislam.com/

Thursday, December 17, 2009

agak terkilan...

pada si pembaca2....
ini lah hidup,kalo seseorang itu tidak tahu untuk menghargai sesuatu dan menjaganya...ia kan kehilangannya suatu masa nanti. teknik komunikasi itu penting....dan hidup ni kita janganlah terlalu sensitif...think positive....jadikan mereka penting...semua manusia rase selesa bila mereka merasa mereka penting pada yang lain..mmg tdk dinafikan...jika mereka merasa dirinya tidak penting bagi kita atau sebaliknya kerengganan kan berlaku...cuba selami apa yang terpendam..cuba memahami..dan ikut rentak mereka utk mencari titik keserasian....hubungan sosial tu ibarat pelaburan saham...jgn biarkan ia mnjadi pelaburan yg rugi...la tahzan!!

Tuesday, December 15, 2009

hidup untuk memberi

kalau kita perhati boleh dikatakan ramai individu yang mementingkan bagaimana untuk MENDAPAT bukan MEMBERI...

Mereka menyangka dengan hanya MENDAPAT mereka sudah cukup bahagia...tapi tanggapan itu sama sekali meleset..dan jauh terpesong..

suasana PERSAINGAN,PEREBUTAN dan mungkin akan tercetus PERSENGKETAAN..semuanye gara-gara hanya memikir dan mementingkan bagaimana untuk MENDAPAT BUKAN MEMBERI...

saya kongsikan disini....

HIDUP INI BUKAN UNTUK BERTANDING TETAPI SALING BERKONGSI.."we're here to complete not to compete!!"

JIKA KITA BANYAK MEMBERI KITA AKAN MENINGKATKAN KUALITI JIWA. JIKA KITA BANYAK MENERIMA KITA HANYA MENINGKATKAN KUANTITI HARTA.KUALITI JIWA ITU MATLAMAT,KUANTITI HARTA ITU CUMA ALAT...JANGAN TERTUKAR ANTARA ALAT DAN MATLAMAT...

pertama kita SENYUM kerana GEMBIRA.kedua senyum untuk MENGGEMBIRAKAN.senyum pertama kerana mendapat kegembiraan.manakala senyuman yang kedua kerana hendak MEMBERIKAN KEGEMBIRAAN....
bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada di sampin kita tidak bahagia. ertinya, KEBAHAGIAN KITA HANYA APABILA KITA BERUSAHA MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN...
HIDUP UNTUK MEMBERI....

Sunday, December 13, 2009

dimana kalian..??



sahabat..
dimana kamu sekarang...
aku rindu saat kita bersama..
walaupon kita kenal hanya seketika...
tapi detik itu amat ku hargai...
kerna dikau teman tika aku aku dlm kebahagian..
dan teman tika aku dlm kesusahan....
thanx kerana pernah mengambil berat tentang diriku seketika dulu...
aku hargai detik itu...
tapi di mana kalian sekarang???aku kangan bangat sama kamu...
2_one:kawan masa kat MRSMKT...kawan2 PAIS..pernah jaga aku dulu..

Saturday, December 12, 2009

kita adalah penghutang..setuju atau tidak??..

Assalamualaikum kawan-kawan...

setuju tak kalau saya andaikan kita hidup didunia ini ibarat seorang penghutang..??? dan pemiutang kita adalah DIA YANG MAHA ESA,MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENGASIH.....bila kita adalah penghutang,kita perlu berusaha untuk membayarnya dengan amalan-amalan yang dilaksanakan dengan hati yang penuh ikhlas dan istiqomah dalam mengerjakannya....DIA menciptakan kita dengan penuh kesempurnaan,keunikan dan keistimewaan yang tiada bandingannya..begitu AGUNG KUASANYA,ALLAH SWT..

teman,
cuba kita renung sejenak,ADAKAH kita lebih mementing dan mengejar keduniaan sehinggakan kita mengabaikan segala tuntutan sebagai seorang MUSLIM..??

bila saya renung dan renung,fikir dan fikir...masih jauh lagi saya ni,masih banyak ilmu dan pengetahuan yang belom saya kuasai...baik ilmu duniawi dan apatah lagi ilmu ukhrawi...kerdil sekali diri ini dimataNYA...

sekarang musim cuti yang panjang...KENAPA DAN MENGAPA terungkap di bibir kita dengan perkataan "AKU BOSAN AR CUTI LAMA2 XTAU NAK BT APA"....mungkin nampak biasa aja ayat itu..tapi cuba kita fikir dengan sebaiknya dan sewajarnya sebagai seorang muslim dan seorang hamba,seorang pengembara di muka bumi yang mencari bekalan untuk hidup di destinasi yang abadi dihujung nanti...ADAKAH WAJAR BOSAN ITU TERPANCUL DI MULUT KITA???..saya juga kesal dengan diri saya,selalu jugak saya cakap bosan2..walhal banyak perkara yang boleh dibuat..mase cuti inilah kita ada banyak masa untuk mengabdikan diri kepadanya...bila cuti berlalu,kita sibuk dengan urusan keje masing-masing kehulu dan kehilir...badan sentiasa dalam kepenatan..

bila kita sedar kita siapa,apa tanggungjawab kita di dunia,apa tujuan kita di hantar ke dunia,saya pasti tidak ada istilah "bosan xtau nak bt apa"..kita akan sibuk dan berlumba-lumba untuk melengkapkan diri dengan amalan-amalan..berusaha untuk mempelajari ilmu-ilmu dunia dan akhirat demi mempersiapkan diri menanti suatu hari yang telah dijanjikan tibanya..mencari ilmu dengan sebanyak yang mungkin..

kadang-kadang kita banyak termenung kosong...membuang masa yang terluang dengan begitu saja..alangkah bagus masa lapang itu kita manfaati dengan menikmati keindahan alam,membasahi bibir dengan memujiNYA,sujud menyembahNYA...

dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat2 Al-Quran).dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), meraka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi,mereka itulah orang2 yang lalai."
surah AL-A'RAF 7:179

sama-sama kita renungkan..kalo teman-teman tidak setuju dgn apa yang saya katakan..saya harap maaf...sedia untuk ditegur..saya masih belajar..

Friday, December 11, 2009

dear yayah...

assalamualaikum kawan-kawan...
honestly aku cakap aku tak pernah baca komik sampai habis...paling2 banyak pon separuh komik je..huhu..ntah aku xminat baca buku karton2..semalam,aku blur sekejap.tak tau nak baca buku apa..haha..ada jugak fasa blur..hehe..tetiba aku ternampak "dear yayah" kat atas meja dalam bilik aku.ni mesti yang adik aku punya.mungkin dia tertinggal kot.bila diselak satu demi satu muka surat "dear yayah" nih..hmm menarik jugak.patotlah ramai budak2 yang minat dengan "dear yayah" ni.."dear yayah" bukan komik tapi .novel kot.novel pendek...
aku tertarik dengan satu ayat kat cover buku ni.bunyinya begini: ALAM REMAJA MEMANG INDAH.TAK LENGKAPLAH DUNIA REMAJA KALAU TIADA KAWAN-KAWAN"
aku pon terfikir,betul jugak kan?? mesti borink kalo zaman remaja kita tanpa kawan..agak-agaknya macamana ye kalo kita xde kawan?boleh hidup tak?.....jgn bagi jawapan skema lak ye kwn2..mmg hidup pakai oxygen..hehehe..
actually,aku tertarik dengan cara penulisannya dan persembahan buku ni...caranya dapat memikat hati adik-adik untuk minat membaca...menarik.cantik.
selepas aku pandang dan bukak buku ini,aku pon terfikir satu perkara lagi.betullah kan kita mesti ada strategi/teknik untuk tackle adik2/anak2 untuk membaca atau belajar..kita mesti turunkan level kita biar sama dengan mereka. i mean,dowang senang nak adapt apa yang disampaikan..contohnya:janganlah pulak kita guna bahasa tinggi2 untuk mengajar budak2 .gunalah bahasa yang mesra dengan mereka..betul tak??kita kena ikut rentak atau cara yang boleh menarik minat mereka...
hasil pertemuan dengan buku ini: aku dapat belajar,bila jadi guru nanti jangan lah bt yang skema2 sangat.nanti anak murid borink..hehe..mesti warna-warni..apa-apa aja lah yang kena dengan jiwa mereka..huhu.bye ..slm.

Thursday, December 10, 2009

perlukah sikap itu??



Assalamualaikum kawan-kawan...

pernah tak kawan-kawan dengar perkataan EGO?mesti pernah kan?..dan pernah tak kawan-kawan berhadapan dengan orang yang EGO??..atau kawan-kawan sendiri yang EGO??..

Menurut cgu saya,katanya begini pada saya-
"2one,ego adalah persoalan karektor.karektor bermula dari didikan persekitaran yang tentunya bermula dari didikan awal..percayalah:ego adalah persoalan karektor".

Nabi saw bersabda:
"tiga pemusnah (amalan),kebakhilan yang ditaati,hawa nafsu yang diikuti, dan berasa AGUNG dan HEBAT dengan diri"- Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabrani.Hadis Hasan:Albani.

Rasulullah saw sentiasa memberi peringatan bahawa sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita.manakala dalam hal dunia,segeralah mereka melihat pada yang kurang bernasib baik.dengan itu kita akan senantiasa akan mensyukuri nikmat-Nya.

kadang-kadang ego itu perlu tapi gunalah kearah yang positif.biar kena pada tempat dan masanya,,

Tuesday, December 8, 2009

adakah anda dipenjara?atau terlalu dilepaskan?

assalamualaikum..sekarang tepat pukul 10.10 malam..mata aku sudah mula mengantok...huaaaa..walaubagaimanapun aku tetap mahu meninggalkan sedikit coretan sebelum beradu..huhu..
kita semua remaja kan?pernah tak kawan-kawan terfikir tentang kehidupan kita..adakah kita dipenjara atau terlalu dilepaskan??kawan-kawan cuba kita fikir sekejap..mesti susahkan mak ayah kita nak jaga kita ni kan...kalau terlalu dibebaskan lain plak jadinya..kalau terlalu dikurung,kita plak yang tension kan??...hmm kesian kat mak ayah kita,nak jaga kita,nak didik kita,bukan senang taw...so,apa kata kita sama-sama jadi anak yang baik...hehe..kan bagus..
kadang-kadang aku ni nakal gak..kakak aku penah citer,mase aku kecik dlu,aku pecahkan telur ayam kampung kat belakang rumah...konon2nya nak buat syampu..habis tiga2 bijik telur aku pecahkan.rambutku hanyir semacam je..haha..terkejut beruk mak aku bila tengok anaknye bersyampukan telur ayam kampung..huhu..mase tu umur aku baru 2tahun.terlepas kandang lah katakan..mak terlupa nak tutup penghadang kat pintu dapur..huhu..degil..tp sekarang xdegil dah kot..hahaha..perasan tol..
ok lah,aku beradu dulu ye..sowi malam ni agak santai ckit..xde input sangat..sowi taw kawan-kawan..ok bye..assalamualaikum..gudnite.continue esk lah..=)

Monday, December 7, 2009

tergugat....

adakah anda akan tergugat dengan kata-kata orang yang seolah-olah ingin mengubah atau mempengaruhi penilaian,keputusan atau pemilihan anda terhadap sesuatu??
tambah-tambah orang yang berkata itu adalah orang yang kita kagumi/hormati/berpengaruh...yang ideanya sentiasa diambil pakai.

ini betul-betul menguji ketahanan mental dan hati anda....ketetapan anda terhadap sesuatu...agak susahkan??

tambahan pulak orang itu sentiasa berkata-kata tentang itu..setiap kali bertemu atau bersua atau berhubung,persoalan dan isu itu sentiasa diperkatakan dan ditimbulkan....

adakah ia akan menggugat kondisi anda??
huh...mencabar...
analoginya anda sudah lama bercadang untuk memiliki sebuah kereta..yang sudah lama anda idamkan...tetapi kereta itu tidak ada promoter.tiba-tiba datanglah seorang promoter motosikal yang agak terkenal dengan sikap kehandalannya dalam memancing pelanggan lah katakan...haha..dia ni tiap-tiap hari datang kepada anda untuk promote motosikal yang dijualnya...adakah anda tetap dengan pendirian anda untuk memiliki sebuah kereta atau sudah berubah untuk memiliki sebuah motosikal??

sama-sama kite fikirkan...ini berkaitan dengan pendirian kita..dan menguji sejauh mana ketegasan kita dalam membuat keputusan..DUGAAN.
dari 2_one:
jadilah orang yang berfikiran terbuka,berlapang dada,tenang,dan cuba rasional dalam segala hal.anda kan jumpa jawapan/keputusan yang tepat.jangan terlalu emosional dan jangan cepat melatah.hidup ini banyak dugaan yang datang seolah-olah cuba mengubah aturan hidup kita.

dan sini kita dapat lihat betapa pentingnya pengaruh dalam hidup kita..nanti saya kongsikan lagi..xhabis baca lg topik ni..huhu..bye..assalamualaikum..

Sunday, December 6, 2009

kesederhanaan itu kesempurnaan.

dalam kehidupan ini,kita sememangnya terdedah dengan ramai orang..secara langsung atau tidak langsung akan wujud hubungan sosial di antara kita.kalau kita perhatikan semua orang mahupun kesempurnaan dalam hidup mereka. betul kan??..
kesempurnaan dalam pelajaran,kesempurnaan dalam ibadah,kesempurnaan berpakaian,kesempurnaan dalam perniagaan,kesempurnaan dalam perhubungan....sehinggakan kalau kita sedari ada yang menjadi seorang yang cerewet.kerana apa??kerana terlalu mengejar kesempurnaan.dia lupa satu perkara tidak ada manusia yang sempurna dalam hidup ini.manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan begitu juga diri kita.bukankah kita juga manusia biasa?yang pernah melakukan kesilapan??AYUH KITE RENUNGKAN..
Biasanya kawan-kawan suka menggunakan perumpamaan memancing ikan kan?hehe...kali ni saya mahu menggunakan perumpamaan menadah air..
jika kamu MENADAH air biarlah berpada...
jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja...
kerana apabila ia mula RETAK.....
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula...
dan bukannya terus dibuang begitu sahaja...

jika kita memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu...
yang MENGEYANGKAN dan BERKHASIAT...
mengapa kita berlengah lagi??cuba mencari makanan yang lain...
kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN...
kelak,nasi itu akan BASI sendiri dan kita sudah tidak boleh menikmatinya lagi..kita akan MENYESAL....
disini,kita dapat mengandaikan,sekiranya kita punya teman/kawan/sahabat.....
janganlah kita terlalu mengaguminya dan menganggapkan ia begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa....kerana apabila dia melakukan kesilapan..tidaklah sukar untuk kita MEMAAFKANNYA dan membolehkan hubungan kita akan terus hingga ke akhir hayat dan bukannya MENGHUKUM dan meninggalkan dia begitu sahaja.

saya tidak nafikan mengejar kesempurnaan itu perlu...sebagi usaha untuk dapat yang terbaik..tapi kawan-kawan kita perlu ingat satu perkara,bersedehanalah dalam melakukan apa jua perkara..berpada-pada...dan cuba terapkan dalam diri untuk bersyukur...BESYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI...kita akan BAHAGIA DAN TERUS BERBAHAGIA...itu LEBIH BERMAKNA...
Kawan-kawan,
jika teman/kawan/sahabat kita mempunyai kelemahan.kekurangan dan kesilapan,jangan biarkan ia hanyut pergi begitu sahaja...kita mempunyai tanggungjawab ke atasnya..tegurlah dia,nasihatilah,bimbinglah dia....itulah ciri kawan/teman/sahabat yang baik menyelamatkan kawannya dari keburukan dan kekurangan...
mungkin hari ini ia yang kurang,ia yang lalai dan leka...
mungkin esok atau lusa,..kita pula yang terpesong....
dalam hubungan sosial kita saling memerlukan antara satu sama lain...
dalam perniagaan,peniaga perlukan pelanggan,pelanggan perlukan peniaga...
dalam pelajaran,kerjaya guru katakan.guru perlukan murid,murid perlukan guru...
sama juga kita,kita perlukan sahabat/kawan/teman,dan mereka juga perlukan kita..
ingat lah diri kita bukan milik kita seorang,orang lain juga ada hak keatas diri kita...
ibu ada hak keatas kita...masyarakat juga ada hak keatas kita....
hargailah orang disekeliling kita...terima dengan seadanya...sederhana dalam apa jua keadaan...
kita perlu ingat satu peRkara lagi....
"HIDUP INI TIADA YANG ABADI,YANG PATAH KAN TUMBUH YANG HILANG KAN BERGANTI,NAMUN YANG BERGANTI TIDAK MUNGKIN SAMA SEPERTI YANG HILANG" hargailah mereka sebelum terlambat...

dalam Al-Quran hadis juga menuntut supaya agama Islam itu dilaksanakan dalam kesederhanaan atau wasatiah dalam apa jua urusan..kawan-kawan jika saya tersilap memberi perkongsian pendapat ini.harap maaf..saya sedia menerima teguran dengan cara yang berhemah..saya manusia biasa..

ceritanya begini...

Assalamualaikum kawan-kawan...apa khabar??


saya mahu kongsikan satu perkara dengan anda semua yang sebelum ini saya tidak berapa sedari dengan perkara itu...CERITANYA BEGINI...

saya ada seorang kawan,dia adalah antara orang yang agak rapat dengan saya..hmm yeke??xkisah lah.apa2 aje..walaupun dia kawan yang agak rapat tapi cara pemikiran kami berbeza.minat kami juga berbeza.hari demi hari,makin kenal makin banyak perbezaan yang saya sedari.kadang-kadang saya rase kurang selesa dengan perbezaan itu..kawan saya ni,dia ada style dia yang tersendiri.

petang tadi dia ada contact .kira-kira agak lama kami tak berhubung.saya jenis yang suka berkongsi cerita dan dia jenis yang tak suka berkongsi.boleh dikatakan agak perahsia.saya jenis yang suka bercakap dan dia jenis yang tak banyak cakap.dia ni kalo dia nak tegur saya,dia tegur dengan cara sinis atau perli..tak pon dia cabar saya.itu cara dia.dan dia seorang yang tegas dan suka pk logik.

pada awalnya saya xsuka cara dia.sakit hati taw.geram.macam-macam lah..arggghh!! kadang-kadang naik bengang jugak saya dengan dia.tapi bila saya fikirkan kembali,sebenarnya kata-kata dia yang sinis itu lah yang membuatkan saya rase tercabar dan lakukan sesuatu perkara dengan sungguh-sungguh,dan sikap tegas dia itulah yang ada kesan pada disiplin pelajaran saya.

kawan-kawan,kita selalu beranggapan bila kurangnye persamaan diantara kite,kita takkan selesa berkawan dengan orang tersebut.tapi cuba kita ambil perkara ini secara positif dengan menggunakan pemikiran yang positif.sebenarnya perbezaan yang wujud itu lah melengkapi hidup kita.

anologinya saya suka main bola tapi kawan saya suka main tenis.secara kasarnya sampai bila pun tak jumpa titik keserasian itu.tapi cuba kita wujudkan tolak ansur dan ambil secara positif.saya dapat belajar main tenis dan dia dapat belajar main bola.samalah jugak anologi kalo saya suka masak dan kawan saya suka bt minuman.so saya masak dan dia bt minuman.siaplah satu hidangan yang lengkap.jadi ia seolah-olah melengkapi dan menambahkan pengalaman kita dengan mencuba cara yang berbeza dengan cara kita.
ini pendapat saya mungkin saya terpesong.saya tak nafikan persamaan itu penting untuk dalam kehidupan..apa pendapat anda pula???sama-sama kita kongsikan..
sebab itulah saya boleh berkawan dengan dia walaupun cara kami berbeza,kami cuba positif dalam hubungan persahabatan kami.dan kami tetap kawan..friends 4ever....

Saturday, December 5, 2009

hati yang berkata

dari ruang hati 2_one

hatiku terguris kesedihan
ketika terucap salam perpisahan
walau air mataku tak berlinang
bukan bererti suatu kerelaan
saat-saat langkah terayun
jarak kita semakin membentang
akankah semuanya jadi kenangan
atau hanyut terbawa gelombang
bahkan mungkin terkubur oleh waktu dan keadaan

sahabat, dalam hatiku ini
akan tetap membekas suatu kenangan
siapapun mengenalmu pasti dilanda rindu
namun untukku,janganlah kau biarkan
aku terkulai lemas dalam kehampaan
kerana rasa rinduku yang tidak kau harapkan

pilih yang mana satu..??miliki keduanya..


Assalamualaikum..salam perkongsian lagi..=)

saya mahu tanya saudara-saudari,kalau diberi pilihan antara pintar dan cantik,yang mana satu anda mahu miliki?samada mahu jadi cantik atau mahu jadi pintar???haaa...jom kite fikirkan..

contohlah pada suatu hari anda menjadi penemu duga..anda berhadapan dengan ramai orang yang masing-masing mahu menunjukkan yang terbaik malah di kalangan mereka sudah tentu terdiri daripada orang yang cantiknye lebih daripada kepintarannya,orang yang pintar melebihi kecantikannya dan orang yang memiliki kedua-duanya pintar dan cantik..
yang mana satu menjadi keutamaan anda sebagai penemuduga???

percayalah bahawa kepintaran seseorang bukanlah satu-satunya pertimbangan agar seseorang itu diterima kerja..penampilan yang menarik dan ditambah kepercayaan diri akan membantu seseorang mendapat pekerjaan yang seseorang inginkan.

"hanya sedikit orang yang tahu mengapa ada perbedaan pendapatan antara mereka yang penampilanya menarik dengan mereka yang tidak begitu menarik," demikian ungkapan Timothy Judge,Phd dari University of Florida. "kami menemukan bahawa sekalipun orang tersebut memiliki kepandaian,orang yang merasa dirinya berharga dan tampil dengan menarik akan mendapatkan gaji yang lebih tinggi."

saya tak nafikan kepintaran adalah perkara penting yang perlu anda miliki tapi penampilan yang menarik/cantik adalah bonus untuk anda..tidak semestinya anda perlu memiliki rupa paras yang cantik menawan cukup dengan menjaga penampilan diri dari segi gaya fisikal anda tetap nampak menarik.tapi perlu ingat jangan sampai jadi tabarruj plak.berpada-pada..

disini kita dapat katakan, kita perlu miliki kedua-duanya kepintaran dan penampilan yang menarik...
kerana apa saya mengatakan begitu??

penampilan diri:
melambangkan kecekapan seseorang menguruskan diri

menampakkan kebijaksanaan diri
menampakkan rasa hormat terhadap orang lain
lebih berkeyakinan
melambangkan peribadi, cara berinteraksi
sekali lagi ingin saya katakan saya manusia yang tidak sempurna,ada lemah dan ada kurangnya..sekiranya pendapat atau tutur bicara saya di "ruangbersamaku" ini ada silapnya atau jauh terpesong,saya harap maaf dan sedia ditegur..saya masih lagi bertatih dan perlu belajar dan terus belajar...kite manusia biasa saling memerlukan antara satu sama lain..salam..

Friday, December 4, 2009

hiasanku dan hiasanmu-wanita...



Assalamualaikum kawan-kawan...salam perkongsian..
hari ini saya mahu memperkatakan hiasanku dan hiasanmu iaitu wanita dan hiasannya. saya fikir semua insan yang bergelar wanita sukakan hiasan dan suka berhias. saya juga seorang wanita,memang tidak dinafikan saya suka dengan hiasan seperti brooch,make-up,baju yang macam2 fesyen,gelang,cincin dan sebagainya. sudah menjadi fitrah kita (wanita) cintakan hiasan. tapi kawan-kawan pernahkah terfikir di benak fikiran kita....
"adakah gayaku,perhiasanku menepati kehendak agama kita iaitu Islam???"

kadang-kadang kita berhias mengikut kehendak raja nafsu kita,sehinggakan
berlebihan..memang tak salah untuk berhias malah agama kita sendiri pun sukakan keindahan dan kebersihan..
Rasulullah saw pernah bersabda: "sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan"
hendaklah seorang muslimah memperbaiki penampilannya untuk menampakkan nikmat Allah yang telah diberikan kepadanya. "sesungguhnya Allah senang melihat tanda nikmat yang diberikan kepada hamba-hambanya". (HR Tirmidzi dan Hakim)


seorang muslimah diperbolehkan untuk menghiasi dirinya dengan hal-hal yang mubah misalnya mengenakan sutera dan emas,mutiara dan berbagai jenis batu permata,celak,menggunakan inai pada kuku dan menyemir rambut yang beruban,menggunakan kosmetik yang tidak mengandungi zat berbahaya dengan tidak berlebihan. dan tentu sekali berhias disini bukanlah dengan maksud mempercantik diri di hadapan lelaki yang bukan mahramnya.
marilah sama-sama kite renungi...berpesan-pesan sesama kita..saya pun manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan juga nafsu yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.mungkin hari ini kita sedar tapi belum pasti esok lusa dan seterusnya..memang saya akui untuk berubah amat susah. tambahan pula, kalau perkara yang ingin kita tinggalkan adalah sesuatu yang kita cintai,gemari atau sukai..usaha dan berusahalah untuk jadi yang terbaik di mata Allah..sama-sama kite renungkan. ini juga peringatan buat diri saya yang masih lemah.

Thursday, December 3, 2009

kongsi lagi....

ini saya petik dari blog yang ditulis oleh penulis buku ini..saya kongsikan di "ruang bersamaku"...

jadilah orang yang berfikiran positif. ini kerana kebanyakan manusia (yang normal) tertarik kepada orang yang berfikir dan bersikap positif.secara fitrahnya,manusia sukakan yang baik dan ini termasuklah dalam perihal sikap.

adaptasi tingkah laku orang yang kita mahu dekati. ini kerana persamaan tingkah laku boleh menghubungkan manusia secara psikologikal.misalnya,secara senyap-senyap tiru gaya atau intonasi percakapannya.

berkongsi minat dan pengalaman yang sama juga boleh mengeratkan hubungan sesama manusia kerana faktor persamaan tersebut.

perasaan seseorang terhadap kita juga dipengaruhi oleh cara kita membuat dia rasa terhadap dirinya sendiri.maka,banyakkan memuji dan tingkatkan estim diri orang tersayang!

jangan segan menunjukkan tanda-tanda bahawa tuan2/puan2 sukakan seseorang kerana kajian mendapati bahawa seseorang manusia akan cenderung kepada orang yang menyukainya juga. tapi awas! jika takut syok sendiri, binalah hubungan secara beransur-ansur. kata orang,"slow and steady win the race".

kajian juga mendapati bahawa apabila lebih kerap kita berinteraksi dengan seseorang,akan wujud tarikan yang positif antara keduanya.
elakkan hubungan dengan seseorang yang berada dalam "mood" yang tidak baik. ini kerana "mood" yang baik boleh mewujudkan perasaan yang positif terhadap orang yang sedang berinteraksi..

pelangi hidup

zaman muda ku di datangi oleh pelbagai warna....
ada yang gelap,ada yang cerah,ada yang terang,ada yang kusam,...
awalnya ku menyangka warna-warna yang mewarnai hidup ku itu..
adalah suatu pencemaran dalam lakaran hidup ku...
tapi aku silap...
andaian itu jauh sekali terpesong..
bila diperhalusi dan ditilik kembali..
warna-warna itu lah..
mengajarku erti pengorbanan..
mengajarku erti kesabaran..
mengajarku erti kematangan...
mengajar ku ERTI KEHIDUPAN...
hadirnya warna itu...
seolah-olah menggariskan sebuah pelangi yang indah...
ku harap suatu hari nanti ....
ia membentuk sebuah pemandangan yang indah mendamaikan hidupku...

Wednesday, December 2, 2009

tangisan hati...

saban malam ku meniti waktu
saat yang berlalu terus ku tunggu
di kala insan terus terlena
hatiku ini ingin terus berjaga
dikala sepi ku sendiri
mencari sinar di kegelapan malam
air mata ku berguguran
kerna rinduku yang tak pernah padam
tangisan ku mendayu-dayu
mengharap kasih dari yang satu
ku tahu cintaku terbalas
kerna DIAlah pemilik cinta sejati
YA ALLAH..terlalu banyak dugaan yang Engkau hadirkan dalam hidup ku
terlalu berat untuk ku pikul semuanya..
ada tika ku hampir tersungkur menyujud ke bumi...
ku mengharapkan suara-suara yang membisikkan mutiara kata buat diriku..
mungkin bibir manismu mudah mengucap sabar
tapi hati ini yang remuk menderita
insan memandang mempunyai seribu tafsiran
mengatakan itu dan ini..
dugaan demi dugaan yang datang,bersulamkan kesakitan yang teramat sangat..
ada tika ku tak berdaya menahannya
air mataku berguguran...
dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu,tak siapa pinta ujian bertamu..
segala takdir...ku terima dengan hati yang terbuka.
walau terseksa kerna apa??
kerna ku yakin padaNYA ada hikmah disebalik dugaan yang menimpa..
biar kepahitan itu pergi,agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu,agar kegembiraan mewarnai...
biarkan kegelisahan lenyap,jangan aku hilang semangat..
biar penderitaan itu menyapa,agar kekuatan aku jana semula..
penderitaan ini hanya cebisan kesengsaraan dan penderitaan Rasulullah saw..
ya ALLAH kau perhalusi akal ku dengan ad-dinMU..
perhalusilah akhlak ku dengan akal yang KAU anugerahkan..
kurniakanlah akhlak pada ku mencantikkan pekrti...
menjadi sebaik-baik umat,tunduk sebagai hamba..
berjalan sebagai khalifah..
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "IMAN"
menyemai sepohon "TAQWA"
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"..
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"
dalam mencari KEREDHAAN MU YA ALLAH...

teori self-concept...


Assalamualaikum kawan-kawan...

saya selalu berfikir tentang identiti saya,personaliti saya dan tingkah laku saya.."siapa aku??"..."aku siapa??" dan saya pernah terfikir bagaimana ingin menzahirkan identiti,personaliti yang hebat.oleh itu,di kesempatan cuti yang panjang ini, langkah pertama saya membaca tentang teori self-concept,tidak kira di internet mahu pon buku..

teori ini sangat penting dalam psikologi kejayaan.istilah lain bagi self concept ialah self image.saya masih baru dalam pembacaan teori ini..tapi saya cuba untuk sampaikan apa yang saya dapat hasil daripada langkah pertama yang saya katakan tadi.

apabila kite memperkatakan konsep diri atau self concept,soalan paling sinonim yang akan di tanya ialah "siapakah aku" atau "aku siapa"..dan jawapan nye mungkin pelbagai,mungkin sangat banyak jawapan untuk soalan seperti ini kan??

mungkin kita akan memberi jawapan berdasarkan pandangan orang lain terhadap diri kita..

mungkin kita juga kan menjawab soalan itu dalam skop hubungan sosial kite dengan orang lain dan pelbagai kemungkinan jawapan yang mungkin akan dijawab oleh kite semua..

konsep diri seseorang itu adalah gabungan segala kepercayaan berkenaan diri sendiri, termasuk semua kepercayaan tentang sifat semula jadi dirinya, ciri-ciri unik peribadinya dan tingkah lakunya.konsep diri adalah asas personaliti seseorang. apabila seseorang itu mengubah konsep dirinya, personalitinya dan tingkah lakunya berubah selaras dengan konsep dirinya yang baru itu.

manusia yang hebat,berjaya dalam apa jua yang ia lakukan ialah manusia yang mempunyai konsep diri yang positif, manakala manusia yang gagal dalam kehidupannya ialah manusia yang mempunyai konsep diri yang negatif..di sini kita dapat peri pentingnya konsep diri kepada kejayaan hidup kita..

Tuesday, December 1, 2009

akhirnya...bulan dan bintang..



ibarat bulan dan bintang
satu pasangan yang sangat cantik dipandang mata...
tapi hakikatnye,bulan itu sangat jauuuhh dengan bintang..
bulan rindukan bintang...
bintang rindukan bulan...
tapi cara mereka berbeda,
pemikiran mereka juga berbeda,
hanya sinaran mereka aja yang sama..
Yang lain semuanye berbeda...
hati bintang mula merintih..
bila dan bagaimana,
sang bulan kan bisa mengerti si bintang..
bintang udah coba untuk menyamakan kedua-duanye,
tapi segala-galanye percuma aja..
kerna bulan tidak pernah merasai dan memahami
apa yang ada dalam hati bintang..
bulan...
bisakah dikau menyelami hati bintang...
cukup hanya seketika..
agar bisa engkau mengerti apa yang tersirat di dalamnya...
alangkah bagus jika bulan mengerti dan bisa menerokai
lubuk hati bintang...
bintang...
jangan meminta sebegitu rupa dari bulan,
kerna bulan itu bukan bintang..
sampai kapan pon dia ngak bisa mengamati isi hati bintang..
bintang dan bulan...
dua jenis yang berbeda..
ngak mungkin engkau bisa mengerti antara satu sama lain...
bintang dan bulan....masing-masing tidak ada yang salah...
cuma jenis yang berbeda...
bulan...
segalanya udah berubah...berubah...
lupakan aja...
bulan dan bintang tidak bisa bercantum...
dan tidak akan bercantum...
bulan tidak pantas untuk bintang....
bintang ngak pantas untuk bulan...
biarlah bulan dengan bulan..
bintang dengan bintang...
bulan dan bintang...
usah engkau bersedih...
Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui...
Allah juga Maha Kuasa, mungkin engkau bisa bercantum dengan kuasaNYA...
jalan terbaik untukmu bulan dan bintang...
bawa dirimu dengan cara masing-masing...
perjalananmu masih jauh...
biar aja masa berlalu pergi...
DIA MAHA MENENTU....

keperluan menilai pemikiran role model


salam perkongsian tentang role model.

Dalam pengembaraan hidup mengejar seribu satu kejayaan,kite memerlukan contoh atau model untuk kite turuti. anologinye seperti fenomena dalam bilik darjah.kita mahu jadi pandai.tapi yang bagaimana?pandai seperti apa? mestilah seperti "ORANG YANG DAPAT NOMBOR SATU DALAM UJIAN"..


dalam kehidupan seharian kita mestilah meletakkan role model bagi setiap matlamat yang ingin kita capai. tahap kejayaan dan cara yang ada pada role model dapat kita jadikan sebagai target dan ia boleh dijadikan penanda aras atau kayu ukur dalam arena mengejar kejayaan yang perlu diusahakan. saya pasti dan pasti anda semua ada role model masing -masing kan??


kawan-kawan,sedar atau tidak dalam usaha kite untuk mencapai target sebagaimana role model yang kita pilih,kite lupa satu perkara..ada satu kecacatan yang dikenalpasti..kite ghairah untuk menjadi seperti role model masing-masing tetapi kite tidak belajar dan tidak mengetahui bagaimana cara role model berfikir untuk mencapai matlamat kejayaan..kite perlu tahu perjalanan hidup mereka,cabaran dan dugaan serta kesusahan yang meraka telah alami..kite bukan setakat perlu mengukur kejayaan mereka tapi kite juga perlu mengukur usaha yang mereka curahkan.berapa banyak pengorbanan yang meraka telah korbankan dari segi tenaga,wang ringgit,masa, dan banyak lagi..kite perlu ingat satu perkara tidak ada jalan singkat untuk berjaya.


walaubagaimanapun, kita perlu memastikan untuk tidak memilih atau meletakkan role model yang terlalu jauh dan tinggi kedudukannya sehingga tidak mampu mencapai target yang diinginkan...kadang2 kalau target itu terlalu tinggi,seseorang itu akan menghadapi tekanan.kerana target yang terlalu tinggi menggunung..apabila dalam keadaan yang tertekan,tindakan tidak rasional akan diambil.maka akan wujudlah tindakan mengikut emosi.
tapi kawan-kawan perlu ingat,kadang-kadang hidup ini perlu kan tekanan.kalau tidak kite merasakan hidup ini tidak ada cabaran tidak ada pelangi nye kehidupan yang warna warni.ada yang gelap dan ada yang cerah warnanya.kite perlukan cabaran untuk menolak kite ke hadapan.


kawan-kawan jangan salah faham tentang apa yang saya perkatakan. di sini,saya mahu maksudkan,sesuatu tekanan itu akan bertukar menjadi pendorong atau peransang jika kite mempositifkan keadaan itu.anggap sesuatu tekanan atau masalah yang timbul sebagai satu peluang untuk menguji kite,memperhebatkan diri kite..semakin banyak masalah dan tekanan yang kite hadapi,sebenarnye membentuk diri kite untuk jadi seorang yang tabah,cekal..pada masa yang ia memberi kite pengalaman bagaimana cara untuk menanganinye..kite perlu ingat sesungguhnye Allah itu Maha Penyayang,sesungguhnye Dia tidak akan menguji hambanye dengan sesuatu yang di luar kemampuan kite semua.

Friday, November 27, 2009

yang menarik kasihmu?

Assalamualaikum...
hai kawan-kawan..apa khabar?saya plak sihat.alhamdulillah..hehe
Kawan hari ini saya nak ajak kamu semua berfikir sejenak tentang CINTA...
huhu..bunyi cam jiwang je..
ok,bukan mase untuk jiwang2 taw
jom kite ke sidang perkongsian.....
manusia jatuh cinta kerna kecantikan dan kekacakan,
manusia jatuh cinta kerna kepintaran dan kebijaksanaan,
manusia jatuh cinta kerna kefasihan berbicara,
manusia jatuh cinta kerna budi pekerti yang tinggi,
manusia jatuh cinta kerna harta kekayaan,
manusia jatuh cinta kerna banyak membantu,

kawan-kawan,
sedarkah kita bahawa semua itu hanya secebis zarah daripada keindahan ALLAH,pemilik segala sesuatu. namun bagaimana kita terlupa bahawa ALLAH mempunyai segala sesuatu sebab musabab untuk manusia jatuh kasih kepada-NYA. Pun begitu,kita sering terhalang dek kelebihan manusia.

jika cantik dan indah menjadi puncanya,maka ALLAH adalah yang terindah. keindahan-NYA terzahir daripada makhlukNYA.

Jika banyak membantu menjadi sebabnya, maka ALLAH Maha Membantu. udara yang disediakan,matahari yang memancar,alam yang penuh dengan rezeki serta nikmatnya.

demikian juga Rasulullah saw. yang menjalankan tugasnya sebagai pesuruh ALLAH bertungkus lumus membantu kita agar terselamat di alam barzakh dan akhirat.TIDAK TERHUTANG BUDIKAH KITA DENGAN KESUNGGUHANNYA?

ALLAH dan NABI MUHAMMAD saw.,paling layak menerima kasih dan cinta kita. namun,kelemahan kita sering gagal memujuk hati ini untuk jatuh kasih kepada-NYA..Akibat dihalang tembok besar dunia,tembok besi kejahilan dan tembok penipuan yang dipasang syaitan.
kawan-kawan mari sama-sama kita RENUNGKAN.......

Wednesday, November 25, 2009

adakah anda percaya diri?

Assalamualaikum buat semua...

hari ni saya mahu kongsi tentang "percaya diri"
semalam saya ada baca satu artikel dari satu blog yang bertajuk KATA-KATA MOTIVASI yang menarik perhatian saya.jom saya kongsikan!!

fokus "percaya diri" dalam konteks bersosial dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.
mengapa orang tidak mampu tampil percaya diri??
1-tidak mengerti dan menyedari betapa unik dan berharganya dirinya
2-terlalu mencemaskan apa yang difikirkan oleh orang lain tentang dirinya

setiap manusia adalah individu yang unik dan berharga. setiap kesedaran manusia akan mengakui bahwa dirinya lebih berharga dari orang lain. sebagai contoh saya tidak secantik ratu dunia dan tidak sekaya tom cruise. tapi jika Tuhan menawarkan saya "mahu tak jiwamu ditukar dengan jiwa orang-orang tersebut?"dengan yakin,jawpan saya adalah tidak mahu..saya pasti dan pasti secra normal anda juga akan sependapat dengan saya.

jika diformulakan secara rasional
tidak percaya diri = tidak menghargai diri = tidak mensyukuri kehidupan = dosa = salah
diri kita adalah unik, kerana memang tidak ada manusia lain yang menyerupai kita sepenuhnya, dan juga berharga kerana kehidupan adalah anugerah / bukan aib atau cela. semua yang mersa hidup dan menjalani hidup ini bertanggung jawab secara moral untuk menjunjungi tinggi dan menghargainya.
kawan-kawan
jika anda menampilkan diri sebagai individu yang berharga, maka orang lainpun akan menghargai anda, dan sebaliknya, jika anda merendahkan diri anda sendiri(minder), orang lain pun akan merendahkan anda.
orang lain tidak akan peduli seberapa pintar dan hebatnya diri anda, juga tidak peduli seberapa bodoh dan buruknya diri anda, tapi orang lain akan lebih peduli jika anda mampu memberikan atau menampilkan sesuatu yang patut dihargai.
dalam berkomunikasi juga prinsip yang sama . orang lain tidak peduli seberapa banyak yang anda tahu,tapi mereka lebih peduli apa manfaatnya mendengarkan apa yang anda katakan

salam perkongsian.....