tetamu di ruangku

Thursday, May 28, 2009

kematian suratan kehidupan

tertulis kematian pada suratan kehidupan

namun hanya ALLAH yang tahu bilakah ajal bakal bertemu
detiknya menghampiri tanpa petanda yang menanti
bila tiba saatnya nanti tak siapa dapat melarikan diri
itu hakikat dan kepastian
hadirnya tidak pernah kita alukan
tua dan muda miskin dan kaya
semua insan pasti melaluinya
sakit dirasa tidak terkata
jika dipisahkan jiwa dari jasadnya
hanya amalan bisa redakan
bebanan derita di ambang kematian
denyutan nadi akhirnya terhenti
bersama nafas yang tak terhela lagi
kerana jiwa meninggalkan pergi
pulang kembali untuk menghadap ILLAHI
itu hakikat dan kepastian
hadirnya tidak pernah kita alukan
tua dan muda miskin dan kaya
semua insan pasti melaluinya
sakit dirasa tidak terkata
jika dipisahkan jiwa dari jasadnya
hanya amalan bisa redakan
bebanan derita di ambang kematian
denyutan nadi akhirnya terhenti
bersama nafas yang terhela lagi
kerana jiwa meninggalkan pergi
pulang kembali untuk menghadap ILLAHI
detiknya pasti tiba............
ADAKAH KITA BERSEDIA?????...........

Tuesday, May 26, 2009

BERSIHKANLAH DIRIMU SEBELUM KAMU DIMANDIKAN..


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi ber sedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Beserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah tanpa ruku’ dan sujud itu
Dapat membayar segala hutang ruku’ dan sujud mu
Yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lihad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosa mu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ia berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah dimana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu
Ynag kalau ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih tinggi dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan Hayya ‘alas solah
Dengan penuh rela dan bersedia
Namun pada waktu itu tiada lagi nilainya
Saham, niaga, kondominium,estet, kereta mewah
Kalau dahi tak cecah ke sejadah di dunia


Monday, May 25, 2009

kita adalah kita....


assalamualaikum duhai teman2 sekalian....

pernah anda memandang wajah anda di cermin,kemudian merasa rendah diri kerana merasakan wajah anda tidak secantik kawan sekelas anda?

hidung anda tidak semancung artis pujaan anda?

pernahkah anda merasa ketinggalan dari sudut fesyen gaya rambut,cra penampilan dan berpakaian berbanding teman sebaya?

atau artis pujaan ramai yg menghiasi muka depan majalah?

pernahkah anda terasa tersinggung kerana melihat teman karib anda memiliki teman lelaki?pernahkah anda merasakan diri anda serba kekurangan kerana tiada"buah hati" yang membawa anda keluar dating?


temankuu....KITA ADALAH KITA...

Para remaja terutamanya remaja muslim harus sedar bahawa kita sebenarnya tidak perlu menjadi orang lain.KITA ADALAH KITA. setiap orang memiliki keunikannya yang tersendiri.lagipun belum pasti lagi apa yg dilakukanoleh orng lain itu betul dari sudut keagamaan dan kemanusiaan.belum tentu juga ia baik untuk anda.tidak usah ikut-ikutan orang lain.tidak perlu terikut-ikut dgn perasaan rendah diri dan kecewa atau berasa ketinggalan kerana tidak mngikut budaya kuning yang berlawanan dengan kehendak Tuhan dan agama..

dalam buku yang bertajuk "la tahzan"..DR.Aidh bin Abdullah al-Qarni menulis "
"jangan ikut-ikutan,dgn kata lain jangan mudah memakai dan meniru-niru ciri sahsiah orang lain.kerana itu akan menjadi malapetaka yang tidak mudah diterima oleh jiwamu.orang-orang yg lupa dengan dirinya sendiri,suaranya,gerakan tubuhnya,ucapannya,kemampuannya,dan suasananya sendiri,kebanyakanya akn meniru-niru budaya bangsa lain.dan itulah yg dengan latah,mngada-ngada dan membunuh secara paksa jati dirinya sendiri."


keatahuilah bahawa diri anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain-unik,tidak ada seorng pun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah hidup ini,belum pernah ada seorng pun yang diciptakan sama denagn anda,dan tidak akan ada orang yang akn serupa dgn anda sampai bila-bila pun.keadaan anda betul2 berbeza dgn org lain,sbb itulah jgn memaksakan diri utk berbuat latah dan meniru-niru sahsiah orang lalin.tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan sahsiah anda sendiri..


DARI 2_ONE

temanku...

para remaja islam muslim harus memiliki dan memelihara jati diri berasaskan kepada apa yg diajarkan oleh Al-Quran dan sunnah.tidak salah utk kita ikut serta dalam kemajuan zaman,krn islam amat menggalakkan umatnya berdaya maju dan menguasai teknologi pada zamannya.namun teman,kita harus memiliki panduan dan keghairahan utk mgikut trend semasa samada dari sudut pakaian,perbuatan,cara hidup dan lain2....


FIKIR,FIKIRKAN LAH WAHAI TEMAN YG KUSAYANGI...

Sunday, May 24, 2009

juggling boosts brain power..


hi friends!!! today i would like to share with you about juggling....

as for your information,adults who teach themselves how to junggle can increase their brain capacity...Dr.Bogdan Dragansaki of Germany's University of Regensburg found that jungglers on his three month study programme boosted by three percent the volume of grey matter in the part of the brain that processes and stores information about how we perceive and anticipate moving objects.

if we use something a lot,it changes to cope with that use,and there is no reason why neurons in the brain should be different from our musles..

Saturday, May 23, 2009

hmmm...How true can a person be???

Sometimes I wondering how true can a person be??

How do you know whether the person is sincere & honest to you??

How do you know that every single thing that he/ she said is true???

How do you know that every action that he/ she made is sincere and with no motive???

How do you judge that the feelings are true???

How can we build a stronger wall to defense ourselves from being hurt, being swindled?Sometimes a person won’t be appreciating your honesty and sincerity towards them…

Why on earth that this happened to me???

Time would reveal the hidden identity of a person one fine day…

and the truth would be uncovered one day too…
never mind , i dun care..

Friday, May 22, 2009

islam dan logik...

assalamualaikum duhai teman-teman tercinta....izzati mahu kongsikan satu artikel tentang islam dan logik.artikel ni izzati ambil dengan kawan zati tapi tak ingat dengan siapa..biler zati baca artikel yang ada dalam folder ni izzati terbaca artikel ni dan zati rse amat menarik untuk dikongsikan bersama teman sekalian..


Doktor, Islam dan Logik :
Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullahs.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yangmenghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn airH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka,menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan ! itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh DrJamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikitinformasi yang diberikan oleh Mudarisana,

5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak diMekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak diposisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

hayatilah wahai teman ku...

Thursday, May 21, 2009

panduan remaja dalam merempuh onak duri kehidupan

assalamualaikum.....helloooo....hai kawan2.hari ni izzati nk kongsikan panduan remaja dalam menghadapi hidup dunia hari ini..pada masa yg sama mgingat diri sy juga..

1.diri remaja itu sendiri
lengkapkan diri dengan pengetahuan agama yg secukupnya bagi membina ketahanan diri dan iman..sahabat hnya iman yang mantap dapat menolak sebarang godaan ke arah jalan yang merosakkan..

2.berfikir secra tenang dan waras
kita remaja harus menenangkan jiwa sentiasa memberontak dengan tenang dan waras..cuba kita kaji baik buruk setiap perbuatan atau tingkah laku kita.analisa kebaikan dan keburukan yang akan menimpa diri,keluarga dan masyarakat di atas setiap perbuatan kita

3.mengelakkan diri daripada pergaulan bebas
duhai sahabatku yg ku sayangi.....bila diperhatikan pergaulan remaja majoriti tidak dijaga adat syariatnya..pergaulan bebas bibit-bibit maksiat.maksiat yg paling besar ialah zina.merosakkan diri,maruah,masa depan dan pandangan org pada kita....

4. mempunyai identiti sendiri..
sahabat yng aku kasihi..remaja harus mampu memilik identiti diri..sikap mudah terikut-ikut atau meniru rentak dan gaya orng lain memudahkan remaja tergelincir dari landasan agama dan norma murni kehidupan.dgn memiliki identiti,remaja tidak akan mudah dimamah ujian dan godaan...fitrah setiap org dikurniakan dengan kelebihan n keistimewaan yg berbeza2..carilah dan memahami kelebihan diri dan cari dimana kehebatan anda.seterusnya membian identiti sendiri..

5.memahami undang-undang dan akta perlindungan untuk remaja.
undang-undanga adalah amaran kepada remaja supaya tidak terbabit dengan perbutan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang..

hasil perkongsian dengan puan roha hassan n umi rosses..thanx a lot

Wednesday, May 20, 2009

sahabat seperjuangan

time study group...(kem sains)

Ingatlah sahabat…Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,

Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..

Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
dariku....-
jadilah sahabat yang baik...
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Binalah nilai seorg sahabat yg baik..

Tuesday, May 19, 2009

ABJZ

CINTA MENGGILA

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)
Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan
.

Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah 'azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.
Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya

MENYELAMI REMAJA
•Perubahan Fizikal
•Perubahan Emosi Dan Pemikiran
Buaian Perasaan (Mood Swings)
Kewarasan dan Kematangan
Tekanan Jiwa
•Narcisma
Ketagihan cinta
RAGAM CINTA
rindu,gelisah,saling berkongsi,takut,benci,xsabar

LOVE&SEX
you are not ready to have sex if you think love equals to sex.
you can love a person without having sex....

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa mampu bersetubuh dengan wanita atau gadis secara haram, lalu dia meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah menjaganya pada hari yang penuh ketakutan yang besar (kiamat), diharamkannya masuk neraka dan memasukkannya ke dalam syurga”.
Riwayat Abu Hurairah & Ibnu Abbas



APA ITU CINTA?
Cinta adalah penggerak yang menjadikan kita orang yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan
ATAU
Cinta juga boleh menjadikan kita orang yang merosakkan segalanya….

ERTI CINTA
Cinta adalah pertalian kasih sayang yang merangkumi aspek spiritual, emosi, fizikal, intelektual dan sosial antara individu yang terlibat, di mana mereka saling menghargai nilai-nilai peribadi yang dimiliki dan memuliakan perhubungan yang wujud antara satu sama lain.

Cintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain…..

MENCARI CINTA
Cinta Sahabat
Cinta Kepunyaan
Cinta Logik
Cinta Romantik
Cinta SMS
Cinta Korban

CINTAKAN BUNGA,BUNGA KAN LAYU,
CINTAKAN MANUSIA,MANUSIA KAN MATI,
CINTA KAN ALLAH SWT,CINTA HAKIKI...

RENUNGLAH WAHAI SAHABAT...ANDA,SAYA,KITA SEMUA WAHAI SAHABAT IALAH REMAJA..JANGAN CEPAT MELATAH DALAM SESUATU TINDAKAN..SAMA2LAH KITA SALING BERPESAN-PESAN ANTARA SATU SAMA LAIN...JADILAH REMAJA ISLAM YANG CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG DALAM SEMUA ASPEK....INSYAALLAH

Monday, May 18, 2009

cantik seorang wanita..

izzati nk ajak kawan-kawan utk berfikir sekali lagi..marilah kita fikir-fikirkan dan tnya diri kita...siapakah kita??wanita yang bagaimanakah kita??? cantikkah dari segi apakah kita??

Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis, Bukan kerana merah kilau lipstik Pada bibir mekar senyum kosmetik…
Cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja, Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah…
Cantiknya seorang wanita itu sebagai Hawa, Bukan kerana bijak meruntuh iman kaum Adam…
Cantiknya seorang wanita itu sebagai anak, Tidak menjerat diri pada kederhakaan…
Cantiknya seorang wanita itu sebagai isteri, Menempuh badai di sisi suami…
Cantiknya seorang wanita itu sebagai menantu, Menjauhi persekongkolan para ipar…
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ibu, Membuai anak kala suami menjalin mimpi…
Cantiknya seorang wanita itu sebagai mentua, Telus hati mengagih kasih setara pada semua…
Cantiknya seorang wanita itu sebagai nenek, Menjaring teladan para anbia' buat cucu-cicit

Sunday, May 17, 2009

mesra remaja


assalamualaikum....

hari ini sy nk kongsikan ttg mesra remaja...sy bercakap sebagai seorang remaja dan sy terdedah dengan dunia remaja yg macam-macam ada...

dengan segala cabaran dan gegaran luaran dan dalaman yang sentiasa datang,generasi remaja kita hari ini sudah pastilah memerlukan kematangan agar mereka mampu membezakan apa yang buruk dan apa yang baik. kematangan tersebut mampu memantapkan pertahanan diri remaja. sudah pastilah yang menjadikan seseorang remaja itu matang ialah sentuhan oranag-orang dewasa yang menanamkan benih-benih iman dan takwa di dalam jiwa mereka.ilmu menjadi tatapan dan akhlak menjadi perhiasan..

dalam satu buku sy ad terbaca kata-kata dari Golden Allport.beliau menulis "pesonaliti matang adalah cara individu itu menunjukkan sifat yang konsisten,positif dan mempunyai mental-emosi yang stabil walaupun berada dimana sahaja..."

bila saya fikir-fikir...


assalamualaikum...salam pertemuan,salam sayang,salam muhibbah daripada izzati yg sentiasa merindui perkongsian cetusan minda daripada sahabat sekalian...

kali ni zati ingin kongsikan apa yg saya terfikir di ruang minda saya...
petang tadi selepas zati membaca buku tetiba zati terfikir beberapa perkara:

- kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

- apa yang diperolehi dalam hidup ini,adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.

-zati ada kenal dgn seorang sahabat ni,dan merangkap sbg cikgu kpd zati,Mr.h@J selalu cakap yang kita mesti fikir hebat2..so biler zati fikir2kan,zati simpulkan bahwa fikirlah hal-hal yang paling hebat,dan kita akan menjadi hebat.tetapkan akal pada hal tertinggi,dan kita akan mencapai yang tinggi..

- zati terus berfikir dan fikir,...biler kita renung2kan dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..kehidupan kita didunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yg berkekalan .apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang.jaminan yang kekal abadi hnya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada ILLAHI.....

Hmmm..kawan-kawan,apa yg dapat zati katakan sblum zati mngundur diri,rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma...papai..bertemu lagi diwaktu yang akan datang,disiaran yang sama...diiii ruang bersamakuu...salam..


Saturday, May 16, 2009

kerana sayang


Karena SAYANG

Manusia dan keinginan

Senantiasa berjalan beriringan

Tak mampu dipisahkan

Kitalah manusia itu

Selagi nyawa dikandung badan

Kita kan senantiasa berkehendak..

Andai menginginkan kasih sayang Allah swt

Setiap perintah-Nya dipenuhi

Setiap larangan-Nya dijauhi

Kesalahanan diri ditangisi

Dosa-dosa lalu disesali

Hari-hari berikutnya dilalui dengan

bersulam doa dan pasrah kepada-Nya

"Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurusjalan orang-orang yang diberi nikmatdan bukannya jalan mereka yang dimurkaidan bukan pula jalan mereka yang sesat"

Andai mau memenuhi kehendak iblis laknatullah

Berbuatlah sesuka hatimu ...mau berpelukan...berciuman ?

mau menodai insan lemah ?

mau meniadakan kebenaran ?

mau kecam-mengecam ?

mau memfitnah insan yang tidak bersalah?

hingga musnah peradaban insanhingga terpecah ikatan persaudaraan Kita ini bersaudara...

karena kasih-sayang sesama saudara

apabila melihat kemungkaran

akan ada segolongan insan yang mencegah kebatilan

atau paling tidak dengan hati mereka

biarpun mereka tidak sesempurna mungkin

biarpun mereka pernah berdosa

biarpun masa depan tak pernah tahu bagaimana

biarpun diri bakal dibenci manusia

tak mengapalah andai dibenci makhluk

tatkala tegur menegur sesama saudara

asal tanggung jawab bersaudara terlaksana ketahuilah insan...

karena sayang, suami akan menegur isteri

karena cinta, ibu ayah akan menegur anak-anak

karena merasa berat, pemimpin akan menegur bawahan

karena kasih jugalah...akan ada sahabat...rekan...teman...yang sanggup memberi teguran

ini semua semata-mata karena sayang...

demi memelihara semangat persaudaraan ...

munajat cintaku...


Hayatilah munajat cinta ini.......dan pohonlah pada Allah swt........semoga kita tergolong dalam golongan yg benar-benar beriman.....INSYAALLAH.........
Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseoarng yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu...
Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada MU......
Ya Allah, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMU ,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cintaMU.......
Ya Rabbana jika aku jatuh hati ,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati MU....
Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan MU.......
Ya Allah jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga MU.....
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu......
Ya Allah jika kau jatuh hati pada kekasih MU,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada MU......
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu.........
Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu,telah berjumpa pada taat MU.telah bersatu dalam dakwah pada MU,telah berpadu dalam membela syariat Mu.kukuhkanlah ya Allah ikatannya. kekalkanlah cintanya. tunjukkanlah jalan-jalanya .penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tiada pernah pudar . lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalan MU............
ya ALLAH hanya engkau saja yang Maha mengetahui isi hati ku..tabahkan hatiku dan berilah petujuk yg benar pada ku...

Friday, May 15, 2009

SELAMT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BUAT SAHABAT-SAHABATKU...







pantun buat guru-guruku..


Petang-petang pergi berburu

Kami ucapkan Selamat hari Guru

Bila membaca mudah terlelap
Mengulangkaji sambil makan
Kalau ada salah dan silap
Harap cikgu maafkan

Ibu kucing kejar mengejar
Anak kucing tidak berbulu
Walau sudah tidak mengajar
Harap cikgu ingat selalu

Keluar kelas tergesa-gesa
Buat cikgu macam member
Guru pendidik Anak bangsa
Thank You Teacher

Bila berlanggar Patah gigi
Pandu kereta berhati-hati
Walau tidak mengajar lagi
Jauh dimata dekat dihati..

I LUV U,UMMI..........

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu

1)tolong pegi kedai :RM4

2) Tolong jaga adik : RM4.
3) Tolong buang sampah : RM1.
4) Tolong kemas bilik : RM2.
5) Tolong siram bunga : RM3.
6) Tolong sapu sampah : RM3.

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

KAWAN-KAWAN KU HARGAI DAN SAYANGILAH IBU ANDA...SESUNGGUHNYA IBU KITA TELAH BANYAK BERKORBAN DEMI KITA...JANGAN SESEKALI KITA BERKIRA-KIRA ATAU MENGUNGKIT SETIAP BANTUAN YG KITA BERIKAN PADANYA..PENGORBANAN IBU TAK TERBALAS DENGAN HARTA BENDA.DENGAN APA CARA SEKALI MANAPUN KITA TAK MAMPU MENANDINGI JASA IBU KITA PADA KITA..

Tuesday, May 12, 2009

kisah babi hutan dan ular..

Pengetahuan bersama........

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r..a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu Berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya".

Monday, May 11, 2009

penyakit perasan bagus...ish3x..



hai kawan-kawan...bertemu lagi di ruang bersamaku...hari ini izzati nk kongsikan ttg sejenis pnyakit ni..hmm pnyakit ape ye??..penyakit perasan bagus namanya..ok jom kita berkongsi ttg pnyakit ini...kenal pasti ape virus nya dan ape penawarnye..hehe...


Pernah tak Anda dengar frasa perasan bagus? Bagi saya, itu boleh disamakan dengan temberang, menunjuk-nunjuk, riak, membesarkan diri atau ‘cocky’ dalam Inggeris Amerika.


Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan Anda cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat Anda semakin tidak cemerlang, prestasi Anda terjejas dan emosi Anda jadi semakin rapuh, semakin down, down lalu terus down (er, bukan sindrom down!). usaha Anda menuju kejayaan semakin kurang berhasil walaupun Anda sudah bekerja keras, lebih ‘keras’ dari yang sebelumnya.


Untuk nak membuang sikap perasan bagus, latih diri Anda supaya suka belajar sepanjang masa. Pelajari sesuatu dari orang yang Anda lihat lebih mahir dari Anda dan jangan pernah merasa diri Anda sudah cukup bagus.
Jangan terlalu cepat berpuas hati tapi teruskan belajar, belajar belajar benda baru dari apa saja sumber. Lama kelamaan Anda akan semakin bagus dalam apa yang Anda usahakan tanpa Anda menyedarinya. Anda akan semakin bagus, tahap kebagusan Anda akan terus meninggi, meninggi lalu semakin meninggi.

Jika Anda student, Anda akan jadi student yang makin bagus. Jika Anda pekerja, Anda akan jadi pekerja yang semakin bagus. Jika Anda usahawan, Anda akan jadi usahwan yang semakin bagus, lebih bagus dari usahawan-usahawan seangkatan Anda!

Mulai hari ini, buang sikap perasan bagus. Puji dan kagumi orang yang kerjanya bagus, perangainya bagus dan attitudenya bagus. Kemudian, cabar diri Anda untuk cuba atasi tahap kebagusan yang dipamerkan olehnya!


haa...kawan2 berhati2 dgn penyakit ni taw...doktor pun xde penawarnya.hanya diri sendiri yg mnjd doktor dan pakarnya...

kata Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj...



salam sayang buat teman sekalian....
saya mahu kongsikan mutiara kata yang saya sering dengar daripada Dr,HM Tuah..setiap pagi suaranya sentiasa kedengaran di corong radio untuk sesi motivasi pagi...saya adalah salah seorang pendengar setianya..

jom sama-sama kita kongsikan....

kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat.tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat...
tak mampu buat semua jangan tinggal semua...
berubah itu munkin mudah,tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah...
lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai...
kaya dimata orang belum tentu kaya dimata sendiri.......
usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberi masalah.ada kalanya meragam juga.usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan,ada kalanya dia lebih mengerti....
usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahgian kita.ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita.jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila,ada kalnya menjadi hitam dan mnyusahkan.....

Sunday, May 10, 2009

fikir..fikir..fikirkanlah...

mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur..
orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri..
terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkataan iaitu USAHA...

Ketika ditimpa bencana,kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan...
pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama..
rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap..
kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar...
tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik...

nyayian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suarayang paling merdu di dunia,,,
tanpa permulaan,anda tidak akan sampai ke mana-mana...
berdoa dan meminta bukanya perkara yang sama...
kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan..
fikiran membawa kepada pekerjaan..pekerjaan membawa kepada kejayaan.kejayaan membawa kepada impian....

fikir..fikir..fikirkanlah!!!

Saturday, May 9, 2009

motivasi diri


Motivasi Diri.
Adalah keliru menuntut orang lain memotivasi anda. Tak
seorang pun bertanggungjawab atas timbul tenggelamnya
motivasi itu di dalam diri anda, melainkan anda sendiri.
Pidato pemimpin yang menggebu-gebu, program pelatihan yang
menggairahkan atau pernyataan visi yang penuh kalimat indah,
semua itu hanya usaha mengetuk pintu motivasi diri anda.
Bila anda tak berkenan membukanya, gedoran sekeras apapun
takkan berguna. Kerana anda bertanggungjawab atas
perjalanan karier dan hidup anda, maka bangunlah, bangunkan
diri anda sendiri.Anda pun tak bertanggung jawab pada naik turunnya motivasi
orang lain. Kerana anda tak selalu tahu apa harapan mereka.
Motivasi selalu bertalian dengan harapan. Sediakan tempat
bagi mereka untuk memenuhi harapan bersama; antara anda dan
mereka. Kemudian bekerjalah bahu-membahu untuk mewujudkan-
nya. Motivasi selalu muncul dari kegembiraan. Sedangkan
kegembiraan ditemukan dalam kerja bersama.

ganjaran Allah s.w.t terhadap pengorbanan wanita

Satu hari, Rasulullah saw melawat Fatimah dan mendapatinya sedang menangis. Maka baginda bertanya ”Wahai Fatimah, apakah yang membuatkan kamu menangis” Fatimah menjawab ”Wahai Ayahanda, saya menangis kerana sangat letih ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayah menyuruh Ali membeli seorang hamba, itu adalah pemberian yang besar bagiku” Mendengar kata-kata itu baginda rasa sedih, lalu baginda duduk berhampiran dengan alat pengisar kemudian mengambik segengam gandum dan melafazkan Basmallah. Ketika Rasulullah saw memasukkan gandum ke dalam alat pengisar itu, maka ia bergerak sendiri sambil bertahmid kepada Allah dengan suara yang indah sehingga semuanya dikisar. Lalu baginda berkata ”Berhentilah wahai alat pengisar” Ketika itu Allah swt membolehkan alat itu boleh berkara-kata, ”Demi Allah yang telah megutusa kamu dengan kebenaran, aku tidak akan berhenti selagi kamu tidak memberi jaminan daripada Allah untuk menempatkan aku dalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka Allah swt”. Baginda bersabda ”Kamu adalah batu, namun kamu juga takut kepada neraka” Alat itu berkata ”Wahai Rasulullah saw, aku terdengar firman Allah, jauhkanlah kamu kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan bakarnya batu-batu. Penjaga-penjaganya adalah Malaikat yang kasar dan keras, tidak derhaka kepada Allah dan sentiasa mengerjakan perintah Allah” Maka Rasulullah saw pun berdoa kepada Allah. Kemudian Jibril turun dan berkata ”Wahai Muhammad, Allah kirim salam kepadamu dan berpesan, beritahulah kepada batu itu bahawa Allah telah memberikan anugerah keselamatan daripada api neraka dan akan meletakkannya di antara batu-batu syurga dalam mahligai Fatimah dan dia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini” Lalu baginda bersabda ”Wahai Fatimah, sekiranya begitulah kehendak Allah, alat pengisar itu akan bekerja setiap hari, tetapi Allah ingin mencatat kepadamu perbuatan baik dan meninggikan darjatmu kerana tanggungjawab yang berat itu (sebagai isteri dan ibu). Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina 7 buah parit di antaranya dengan neraka yang jarak di antara satu parit ialah sejauh langit dan bumi. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatat baginya perbuatan baik sebanyak benang itu dan akan memadamkan 100 perbuatan jahat. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang menganyam benang yang dibuatnya, Allah sudah menentukan satu tempat khusus untuknya di atas tahta di akhirat. Wahai Fatimah bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuat pakaian anak-anaknya, maka Allah swt akan mencatat baginya ganjaran pahala yang sama dengan orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tiada pakaian. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatkannya, mencuci pakaian mereka dan mencuci diri anaknya itu, Allah swt akan mencatat untuknya pahala dan amalan baik sebanyaj helaian rambut anaknya itu dan memadamkan kejahatan sebanyak itu juga dan menjadikannya kelihatan berseri pada mata orang yang melihatnya” (HR Abu Hurairah)

Friday, May 8, 2009

sahabat oh sahabat...


oh sahabat..
berilah peringatan buatku yang kealpaan,
kejutkanlah diriku daripada lamunan kesilapan
kerana suatu peringatan,nasihat,panduan dan
teguran amat berguna kepada insan yang beriman
beri peringatan untuk dan untuk semua
agar ku tak tersasar dalam mengejar impian
alami luahan isi hatiku alamilah rasa dijiwaku ini
alami suasana irama hatiku yang syahdu agar kau memahami
rahsia yang terpendam di kalbu
selamilah diriku...yang sesungguhnya
amat perlukanmu
oh sahabat ku....

"ukhuwwah yang terbina bukan seperti kuntuman BUNGA...
tetapi persis TASBIH yang ada awal tiada PENGHUJUNG....


dicantum demi CintaNya...Diratib demi redhanya....."

Thursday, May 7, 2009

ujian

"betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi....


kenapa aku diuji?

"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta,"-surah al-ankabut ayat 2-3.
kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-surah Al-ankabut ayat 216.
kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.surah al-baqarah ayat 286.

rasa frust?
"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yg beriman .surah al-imran ayat 139

kekasih hati ku.....

KEKASIH HATIKU…….

Nak share tentang KEKASIH aku?
(aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sayang sangat kat DIA)
Penyayang sifatNYA…..

Betul ni, tak tipu punya..!
Pure cintalah nak diketogarikan tu..
Apa taknya,
Masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA..
Sure akan datang bantuan..
Bila aku susah hati, boleh terus mengadu kat DIA direct..!!! Bila aku mengadu kat DIA terasa peace je, for surelah KEKASIH kan ?

Ish, beruntung betullah dapat KEKASIH macam ni. Tak penah dan tak kan sakitkan hatiku. Pastu bila-bila masa je boleh contact DIA. Yang seronok tu sebab betul-betul rasa DIA dekat kat hati ini…
Ye la…cinta punyer pasal kan ??

Dia tak kisah pun aku tak ingat kat DIA, tp memang rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat dan selalu contact DIA, sure macam-macamlah aku dapat. Tak kira lah material ke,spiritual ke,emm…memang KEKASIH sejati lah tu!

Bila aku rindu kat DIA, bace je surat-surat DIA bagi tu…
Macam –macam nasihat ada dalam tu, siap bagi example lagi. Nak bagi aku faham. Sebelum ini aku pernah frust gak, memang sedih giler lah mase tu. Ye la, cinta bagai nak rak tetiba clash gitu je…

Tapi KEKASIH ku ni lain, DIA tak kisah pun dengan kisah aku yang frust tu..
Siap bagi semangat lagi dalam surat DIA. DIA tak jeles pun..
Aku je yang jeles kat DIA. Sebab ramai gak yang jatuh cinta dengan DIA…
So, aku kenalah usaha betul-betul…orang utih kata what you give, you get back.So, kalau aku usaha lebih sikit, dapat lebih lah kan?
KEKASIH aku ni baik sangat sangat….PERFECT!!!
Tu yang kadang-kadang tengah tengah malam,pukul 3 4 pagi pun, kalau aku terjaga , sure aku akan contact DIA. Rindu lah!! Asyik terinagt DIA je setiap mase..

Sebenatnya KEKASIH aku ni kaya…Billionaire, millionaire, nath ape-ape –aire lagi lah.
Tak terkata kaya NYA. Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support.

KEKASIHKU ALLAH S.WT.

Wednesday, May 6, 2009

oh my heart!!



salam sayang salam rindu buat anda sekalian...

alhamdulillah pada hari ini ana masih lagi di beri nikmat untuk menikmati kehidupan yang indah ini..yang maha penyayang,maha pengasih..sungguh besar cintaMu pada ku.jantungku masih lagi berdegup2 riang menandakan nikmat hidup yang diberi Illahi dapat kurasai lagi.
sahabat..
hati ana meronta-ronta untuk meluahkan cetusan minda untuk berkongsi dengan antum dan antuna sekalian..

cuba kita renung sejenak,ramai manusia sibuk setiap hari membersihkan dan mencantikkan diri yang lahir tapi anggota batinnya dibiarkan kotor dan berdaki.padahal rosaknya kehidupan di dunia hari ini berpunca daripada kekotoran batin..batin(rohani) kita kelaparan..kelaparan santapan rohani,dahagakan minuman keimanan..tapi adakah kita hari ini memenuhi kehendak roh kita??adakah kita membelai,memanjakan hati kita,roh kita dengan alunan zikir,mengucapkan lafaz-lafaz suci kalimah Allah,Al-Quran??

kalau kita memberi nasihat tetapi langsung tidak merubah jiwa orang samaada kita yang bersalah atau para yang mendengar yang salah atau kedua2nya yang bersalah.antara sebabnya ialah kita cinta dunia. .........

Tuesday, May 5, 2009

Salam Perkenalan










Assalamualaikum...

salam sejahtera, salam pertemuan,salam muhibbah,salam perkenalan dari ana buat saudara saudari sekalian...alhamdulillah,alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dgn kekuatan yg dianugerahkan dalam dri ana,akhirnya ana mampu mencipta sebuah blog untuk ana berkongsi idea,berkongsi pendapat,pengalaman,pengetahuan dan curahan hati dengan kamu sekalian. tidak terungkap dengan kata-kata betapa ku memanjat kesyukuran kepadamu wahai kekasih,ya rabbi,memberi kesempatan kpd ku untuk muncul di ruang bolg ini.


Wahai sahabat, buatlah yang terbaik untuk diri dan masa depanmu, lakarkanlah sejarah kehidupanmu dengan kebijaksanaan. Corakkanlah tamadun dirimu dengan kelebihan anugerah Ilahi. Peluang untukmu masih terbentang luas. Kesedaran diri untuk terus berjaya masih lagi boleh di perbaiki, Yakinlah wahai sahabatku, Pohon-pohon kejayaan sedang melambai kedatanganmu. Ia masih menanti kehadiranmu yang pernah di janjikan. Warnailah kehidupanmu dengan cahaya Ilahi. Dampingilah kitab suci mukjizat Ilahi di mana jua engkau berada. Tatapilah susunannya, fahamilah maknanya, hayatilah kandunganya, Lunakkanlah alunannya, Sesunguhnya di sebalik susunan kalimah, rentak, irama, serta alunan musikanya tersirat rahsia-rahsia kebesaran Ilahi yang hakiki. Tetapi ingatlah, Hanya akal waras sahaja yang akan dapat mengesan rahsia-rahsia yang tersembunyi. Alirkanlah lurah-lurah kejahilan dengan air mata penyesalan. Ia lebih bernilai dari dunia dan seisinya. Basahilah wajahmu dengan air-air suci, ia merupakan penyeri dihari kemudian. Hiasilah perjuanganmu dengan amalan yang disukai, engkau akan sentiasa dikasihi dan diredhai. Binalah kehidupan mendatang dengan penuh keyakinan, Tabahkanlah dirimu dalam menghadapi segala rintangan. Sabarlah di atas segala penderitaan. Ketahuilah, Sesungguhnya penderitaan itu adalah bersifat sementara, Pasti akan lenyap ditelan masa setelah tiba waktunya. Teruskanlah perjuangan mu didalam menuntut ilmu kerana Menuntutnya adalah kelazatan yang tiada tolok bandingan. Teguhkanlah semangatmu wahai sahabatku dalam melakari kehidupan dunia. Aturilah langkah perjuangan dengan lebih berhati-hati. Ingatlah, Tapak-tapak pejuang tidak akan hilang dari memori kehidupan dan tidak akan lenyap di mamah usia. Doamu sahabatku tetap akan dikenang.