tetamu di ruangku

Monday, June 29, 2009

asal-usul solat

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:-
Dukacita terhadap anak Firaun.

Sunday, June 28, 2009

yaiks!!!






Human parts processing factory (like sardines)

A factory in Russia harvesting kidneys, eye corneas and other human body parts for sale. Bodies are collected from drunk drivers who died in car accidents, people staying alone who had frozen to death in the cold winter, criminals on death row or unexplained death and unclaimed bodies. Some body parts and bones are sold to Universities in various parts of the world. Leg bones are exported to pharmacies in Ireland and Germany to make tooth-fillings which is popular in Europe . Other than Russia , India is also known to harvest human parts for export .

What a shocking trend!! Friends be very very careful, when you go out in public & also do not hang around with people you have just met. Avoid going about alone at night. This can happen to both females & males too. Also thought is being given to the child who passed away at the Kuliyapitiya hospital recently whose body was found minus some organs at the mortury ! Stay close to your little ones, kids as they are easiest to be grabbed into a vehile & taken away. There was a mention of a human body parts factory in India too. They may well have associates over here too. So for what it's worth to be careful of you & your family.

actually dah lama nak kongsikan cerita ni..tp xjadi2..sehingga hari ni saya baru terdetik nk kongsikan semua ni.walaupun ia sudah lama berlaku or u've already know bout this,never mind i juz want to share for those who do not know yet.



Saturday, June 27, 2009

INFO: Ingat-mengingati sesama islam (Flash back)

Jolly Shandy : Arak Alaf Baru yang mengelirukan!!
PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .
Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.
Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. Minuman Berkarbonat Ternama Mengandungi Bahan Asing



KUALA LUMPUR – Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca – Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan. Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca – Cola minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli " air makhluk asing." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran. Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang . PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya. PPIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca – Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman. Sokonglah produk keluaran Islam. AYAM TESCO Tak Halal PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 20 FEBRUARI 2008





Produk paling LARIS tetapi TIDAK HALAL
1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3..Lychee NARCISSUS
KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR. JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.


* Di atas adalah barang2 keluaran Narcissus "Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings



Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni: Tolong sebarkan dan jgn sekali-kali membelinya.. http://www.kickapoojoy.com/history.html

Jangan Minum AIR KICKAPOO dan Coca-cola



kasut daripada kulit khinzir


"....adalah tidak mustahil, seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun,...kalau dihitung ....mungkin dah termakan seekor babi secara syubhah...!!!" "...SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI, SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA...ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..." ...masih lagi dok fikir ??? sampai bila nak fikir ??? "....marilah bersama-sama kami,..kita sama-sama berjamaah mencari, mempromosi & mengguna produk-produk yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% Bumiputra Muslim.....demi masa depan anak bangsa kita... MELAYU & ISLAM...INSYAALLAH"

Friday, June 26, 2009

jom selami ank remaja!!!





hai kawan2!!!

saya sgt merindui ruang ini utk berkongsi dgn kamu semua taw...sblm tu zati nk tnya semua ok ke?ke ada yng xsihat ke apa ke?...semoaga ALLAH merahmati kamu semua...hmm kali ni zati nk berkongsi ttg topik komunikasi taw..ni sekadar perkongsian pendapat zati lah hasil daripda pembacaan artikel2 dan buku2 yg ditulis oleh teman2 kita yg hebat dalam bidang penulisan dan komunikasi ni..so kalau pendapt atau apa yg dikongsikan zati ni salah harap kamu semua tegur ye..heheh..sy xpro lg dlm bidang komunikasi ni...baru nk bljr teknik2nya..


jom kita kongsikan!!!
seandainya kita adalah ibu/bapa yg mempunyai anak remaja...hehehe...


pada saat anak memasuki usia remaja, dia pun memulai proses pembentukan identitas atau jati dirinya. Sebetulnya, anak sudah mulai mengumpulkan bahan-bahan untuk pembentukan jati dirinya jauh sebelum masa itu. Namun, pada masa remajalah jati diri anak mencapai bentuk yang relatif matang. (Saya katakan relatif sebab menurut hemat saya, pembentukan jati diri merupakan suatu proses yang berkesinambungan melampaui masa remaja.) Identitas diri sebenarnya adalah gambar atau pemahaman tentang siapakah kita ini. Pada waktu kita masih kanak-kanak, kita sangat bergantung pada orang tua yang mengasuh kita. Perlahan-lahan kebergantungan pada orang tua semakin berkurang seiring dengan kemampuan kita. Pada masa remaja, praktis dapat dikatakan bahwa kita sudah dapat hidup secara mandiri, kecuali dalam aspek kewangan. Pada saat itu, barulah kita mulai bisa melihat diri kita secara lebih jelas, terpisah dari orang tua. Gambar atau pemahaman tentang siapakah kita (jati diri) mulai muncul dan kita pun semakin menyedari keinginan-keinginan dalam diri kita.



Pada masa ini, kehidupan sosial anak juga sudah meluas sehingga peranan orang tua mulai menciut. Orang tua yang tadinya merupakan pusat kehidupan sosial anak sekarang tersisihkan dan digantikan dengan teman-teman sebayanya. Sebelumnya anak selalu bertanya bila hendak melakukan sesuatu. Sekarang anak mulai menunjukkan keengganannya meminta pendapat, apalagi izin orang tua. Kalau dulu anak selalu menceritakan semua peristiwa yang dialaminya, sekarang anak mulai menyimpan rahasia. Nah, di sini letak kesulitannya. Acapkali orang tua menafsirkan perilaku anak ini secara negatif, seolah-olah anak merahsiakan sesuatu yang buruk. Sudah tentu adakalanya anak memang menyimpan hal-hal yang buruk. Namun, yang biasanya terjadi adalah anak bukannya merahsiakan sesuatu tetapi hanya tidak lagi merasa perlu menceritakan setiap peristiwa yang dialaminya kepada orang tua.



Kecenderungan anak untuk berbincang-bincang dengan teman-temannya sebenarnya masuk akal. Bukankah kita juga pada umumnya lebih selesa kalau berbicara dengan teman-teman sebaya kita dibanding dengan orang-orang yang lebih tua. Teman sebaya sudah pasti lebih memiliki kesamaan dengannya karena hidup dalam dunia yang sama. Di sinilah dituntut kesediaan orang tua untuk memelajari dunia anak remaja agar anak remaja dapat melihat bahwa orang tuanya sungguh memahami fikirannya.
"jadilah remaja ISLAM cemerlang,gemilang dan terbilang"

Tuesday, June 23, 2009

kaum adam dan kaum hawa



Dalam kehidupan sejak dari dahulu lagi, semua orang terlibat dengan komunikasi sekalipun mereka yang bisu atau pekak. Malah dalam aktiviti gerakan Islam, keperluan komunikasi agak memuncak. Gerakan yang selaras dan saling melengkapi adalah diperlukan di aantara sayap muslimin dan muslimat. Akan tetapi, sebagai mana adatnya, harus dikenal dan difahami dahulu sifatnya, barulah gerakan boleh berjalan dengan lancar. Sunggguhpun lelaki dan wanita adalah makhluk yang mempunyai keunikan, terdapat juga beberapa perbezaan di antara keduanya yang harus diterima agar tidak menimbulkan konflik.



"Sebagai contoh, lelaki lebih bersifat rasional, sedangkan wanita lebih bersifat intuitif. Lelaki mulutnya di hati, sementara wanita pula hatinya di mulut" Dr. Fadzilah berkata. Selain itu, lelaki berfikir dengan mendalam sebelum bercakap. Wanita sebaliknya menumpukan kepada berkongsi maklumat, perbezaan, rahsia dan cerita dengan temannya. Lelaki biasanya bercakap ringkas, sedangkan wanita bercakap dengan lebih terperinci. Ini kerana mereka cenderung berbicara soal mewujudkan hubungan dan persefahaman dengan temannya. Lelaki pula hanya akan menceritakan masalahnya untuk mencari jalan penyelesaian atau membuat keputusan. "Perangai dan tindakan lelaki mudah berubah-ubah. Namun, wanita tak boleh mengalihkan tumpuannya dengan serta merta," tambah beliau lagi.



Katanya lagi, lelaki akan memberi lebih tumpuan dan tidak menghiraukan persekitaran apabila dalam keadaan tekanan. Bagaimanapun, wanita menjadi tambah tertrkan kerana lebih peka kepada persekitaran. Oleh kerana lelaki dan wanita memiliki kedua-dua sifat jantina, keseimbangannya dapat membantu komunikasi. Lebih penting lagi, apabila melihat masa depan pula, lelaki sering memikirkan cara terbaik untuk mencapai matlamat. Sebaliknya, wanita sering memikir dan bimbang akan apa yang bakal terjadi. Perbezaan seterusnya ialah lelaki membawa dompet, sedangkan wanita biasanya membawa beg tangan. Ini bererti lelaki memberi tumpuan kepada perkara asas, sementara wanita bersedai untuk sebarang kemungkinan kerana beg tangan adalah ' pusat keselamatan' dan kawan rapat mereka.



Mengenai masalah pula, lelaki biasanya menumpukan kepada satu masalah pada satu masa. Wanita sering memikirkan beberapa masalah serentak. Jadi, lelaki sukar atau tidak memahami kebimbangan wanita. Lelaki gemarkan dorongan dan penghargaan, sementara wanita begitu gembira apabila lelaki menyetujui apa yang diperkatakannya. Namun masalahnya, lelaki sering terlalu yakin sehingga meremehkan masalah dan kebimbangan wanita. Lelaki juga biasanya kurang teliti mendengar, tetapi lekas mahu memberi komen. Wanita pula lebih pandai mendengar, sabar dan teliti dalam bertindak balas. Sesuai dengan fitrah kejadian, tidak hairanlah jika lelaki lebih kerap memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau material. Relevan dengan lemah lembut dan keibuan, wanita lebih memusatkan perhatian kepada aspek perasaan dan kemanusiaan.Benarkah lelaki sukakan atau mudah terlibat dengan pergaduhan? Jika benar, ia mungkin ada kaitan dengan aspek perbezaan seterusnya. Bagi wanita, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan, sedangkan lelaki menganggap mengalah itu simbol kelemahan atau ketiadaan prinsip yang kukuh.


Bagaimanapun, pergaduhan gabi lelaki itu tidak semestinya bertumbuk. Dalam pertengkaran, lelaki akan memberi penjelasan yang difikirkan adil dan tidak suka berbincang panjang apabila bertengkar. Sebaliknya perempuan gemar perbincanagn panjang lebar tentang apa yang difikirkan dan perasaannya. Wanita mengukur nilai dirinya berdasarkan perasaan dan kualiti perhubungan dengan temannya, lelaki menilai dirinya berdasarkan kebolehan memperoleh hasil atau prestasi yang diharapkan. Wanita mudah menjadi marah, cemburu atau mearjuk apabila imejnya menurun. Lelaki sebaliknya menjauhkan diri apabila imejnya tergugat.



Emosi lelaki umpama getah, sedangkan emosi wanita seperti ombak. Marah atau rajuk lelaki tidak lama (kira-kira 2-3 jam). Marah atau rajuk wanita selalunya agak lama (berhari-hari atau berminggu-minggu).Wanita suka bercakap tentang perasaannya dan menghormati perasaan orang lain. Lelaki kurang selesa bercakp tentang perasaan dan selalu meremehkan perasaan wanita samada sedar atau tidak, tambah Dr. Fadzilah.Maka sahabat sahabiyah sekalian, kekuatan yang ada perlu kita garapkan bersama dan kelemahan yang wujud perlu kita tampung bersama bagi memastikan gerakan dakwah terus cemerlang, gemilang dan terbilang…



artikel bukan hasil coretan saya...tapi saya hanya ingin berkongsi apa yang saya baca...

sebenarnyaaa....


sebenarnya
hati ini
cinta kepadaMU

sebenarnya
diri ini
RINDU kepadaMU

tapi aku tidak mengerti
mengapa CINTA masih tidak hadir

tapi aku tidak mngerti
mengapa RINDU belum berbunga

sesungguhnya
walau kukutip semua permata di dasar lautan

sesungguhnya
walau kusiram dengan air hujan dari tujuh langit MU

namun CINTA
takkan hadir

namun RINDU takkan berbunga
jika tidak mengharap rahmat MU
jika tidak menagih simpati pada MU

YA ALLAH
tuhan hadiahkanlah kasihMU
kepadaku
tuhan kurniakanlah rinduku

kepadaMU
moga kutahu syukurku adalah milikMU

Sunday, June 21, 2009

3 golongan saintis



salam aspirasi buat teman sekalian....

petang tadi saya telah membaca satu artikel dari majalah kosmik tentang tiga golongan saintis...jom kita berkongsi bersama-sama!!!=)



apabila saintis berhadapan dengan wahyu dan ilmu sains,biasanya timbul tiga jenis persepsi yang menghasilkan tiga golongan saintis.


1. golongan pertama

saintis yang meletakkan peranan wahyu sebagai sumber kebenaran hakiki.inilah golongan saintis terang-benderang, iaitu keadaan saat awal dan saat akhir kejadian alam semesta.golongan ini melihat kesamaan dan keselarasan antara wahyu dengan sains sebagai peneguhan keyakinan dan takwa.mereka mengambil wahyu untuk menentukan pandangan sains.sekiranya pandangan sains menyimpang daripada wahyu,pandangan sains mesti ditolak.




2. golongan kedua

golongan yang cuba mencari kesesuaian antara sains dengan agama dan menganggap bahawa kedua-duanya secocok dan tidak bertentangan.golongan ini menggunakan hujah-hujah agama langit (al-Quran,Hadis dan kitab-kitab agama langit yang lain) untuk mengesahkan kebenaran sains.

3. golongan ketiga

tidak banyak beza dengan golongan kedua.golongan ketiga bersifat sekular semata-mata.sebahagian besar golongan ini memuja kebenaran ilmu dan sains berteraskan hujah-hujah rasional dan empirikal.sebahgian saintis golongan ini juga menggunakan dongeng-dongeng agama bukan langit.

Saturday, June 20, 2009

Friday, June 19, 2009

pendidikan seks atau reproduksi tidak menyalahi agama



anak-anak perlu diberi kefahaman yang betul tentang seks.janganlah dibiarkan anak-anak dalam kejahilan seks.seks adalah sebahagian daripada kehidupan yang penuh misteri dalam kehidupan manusia yang diselimuti oleh perasaan ingin tahu,kerahsiaan,aspek-aspek yang tersembunyi,ghairah,dan penyesalan.

remaja cintakan kisah misteri.kewajipan ibu bapa memberitahu anak-anak bahawa perasaan seks adalah "normal".seks bukan sahaja setakat 'keperluan biologi' tetapi juga adalah isu kompleks ghairah (dan juga maruah) dari dalam diri (personal passion) dan juga 'hubungan kasih prihatin' dengan orang lain (interpersonal caring).

seks ibarat api atau pistol. ia tidak boleh digunakan oleh orang yang belum bersedia.tersalah laku dalam kefahaman dan tindakan tentang seks akan memberikan padah yang membawa penyesalan dan kekejian.
islam dalam banyak dalilnya mengharuskan para ibu bapa berterus terang mengajar anak-anaknya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan seks dan 'keinginan batiniah'. malah,kadang-kadang sesuatu topik itu mnjadi wajib bagi ibu bapa menerangkannya kepada anak-anak,terutamanya apabila menyentuh perkara-perkara syarak,contoh bab 'taharah' dan bersuci..
hasil pembacaan dari buku ROHA HASSAN..

galakan-pujian



leteran sudah tidak berkesan utk ank2 skrg..

“…seorang kanak-kanak itu memerlukan galakan seperti pokok perlukan matahari dan air”.


Pujian ialah satu ganjaran yang perlu dimenangi.

Galakan pula ialah satu hadiah.

Pujian menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan kita menghakimi.

Galakan menggunakan pertuturan perkataan yang menunjukkan kita mengambil berat.

Pujian menggalakkan pertandingan.

Galakan menggalakkan kerjasama.

Pujian menunjukkan penerimaan bersyarat.

Galakan menunjukkan penerimaan tanpa syarat.

Pujian mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati orang dewasa.

Galakan pula mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati mereka sendiri.

Pujian hanya boleh diberi apabila kanak-kanak itu berjaya.

Galakan pula boleh digunakan apabila seseorang kanak-kanak itu sedang menghadapi kegagalan atau kekecewaanpuji-pujian boleh mendatangkan ketagihan dan boleh menyebabkan kanak-kanak itu mencari motivasi yang berbentuk luaran.

Sebaliknya, galakan akan kurang menyebabkan ketagihan dan lebih menggalakkan motivasi dalaman kanak-kanak itu.

Secara amnya, pujian itu berkesan, tetapi galakan lebih berkesan!

Thursday, June 18, 2009

wasiat Rasulullah s.a.w yang pertama..

gambar hiasan

selamatkan diri dari neraka


Said berkata, "pada hari Aidiladha atau Aidilfitri, Rasulullah s.a.w pergi ke masjid. di pertengahan jalan, baginda melewati sekumpulan wanita lalu bersabda,

"wahai kaum wanita,bersedekahlah, sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku, kaum kalianlah yang lebih banyak menghuni neraka."


mereka bertanya,"kenapa?"
baginda menjawab,"kerana kalian sering mengutuk dan menolak bergaul. aku tidak melihat kekurangan akal dan agama yang dapat menghapuskan kecerdasan seseorang lelaki yang cermat dari salah seorng di antara kalian."


mereka bertanya lagi,"apakah kekurangan agama dan akal kami?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"bukankah kesaksian seorang wanita itu nilainya hanya separuh daripada kesaksian seorang lelaki?


mereka mengiakan
Rasulullah s.a.w bersabda," itulah di antara kekurangan akal wanita.bukankah ketika wanita sedang haid,dia tidak solat dan tidak pula berpuasa?"


mereka mengiakan
Rasulullah s.aw. bersabda lagi,"itulah di antara kekurangan agama wanita."

(Riwayat Bukhari)

Monday, June 8, 2009

coretan dari ruang hati




Assalamualaikum.salam pembuka bicara..

segala puji bagi Allah yang menciptakan apa yang ada di langit dan di bumi serta yang ada di antara kedua-duanya. Dia lah yang maha menguasai seluruh alam raya ini. Tiada kuasa yang dapat menandingi kekuasaanNYA. Selawat serta salam ke atas kekasihNYA rasulullah s.a.w. ahli keluarga baginda, para sahabat serta para-para pejuang agama Allah yang sentiasa berjuang dalam menegakkan kalimah Haq di atas muka bumi ini.


Subhanallah…Alhamdulillah…Allahukbar…


alhamdulillah..alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi melimpahkan nikmat kehidupan dan memberi kesempatan,ruang dan peluang ini kepada saya untuk meneruskan laman perkongsian ini..

hmmm. Kali ini saya hanya mahu mencoret dan meluahkan apa yang tersulam di ruang hatiku...kadang-kadang saya rasa hidup ini saaaanggaaatt indah,kadang-kadang sangat pedih,kadang-kadang sangat pilu,kadang-kadang sangat keliru...
kenapa ye??? Betullah kata teman2 di blog, hidup ini macam pelangi warna-warni..ada warna gelap,warna cerah dan macam2 lagi...

ada satu perkara yang berlegar-legar di ruang fikiranku..kenapa dan mengapa susah sangat mencari teman/sahabat/kawan yang “very2 understanding,caring,loving,supporting”???? “teman sejati”..teman yang membina”...teman yang memahami apa yang kita buat...bukan mematahkan semangat kita untuk terus mara ke puncak...biasalah untuk mencapai sesuatu kejayaan,kita tidak boleh lari daripada pengorbanan dan perjuangan.

bagiku sewaktu aku di alam remaja inilah iaitu zaman muda,aku perlu mencari dan membentuk identiti yang hebat untuk diriku..kegagalan ku dulu bukan bermakna aku kalah,aku lemah..sewaktu muda inilah aku perlu mencari bekalan untuk masa depan ku..aku tidak tahu dan aku tidak mampu untuk meramal masa depan ku nanti..
sememangnya aku tahu aku seorng bakal guru,tapi aku tidak tahu guru jenis apakah aku ini..guru yang berdedikasi kah?guru yang pemalas,curi tulang kah?guru yang makan gaji buta kah?guru yang hebat kah?guru yang bertanggungjwab kah?...seoeng guru memang harus tahu teknik komunikasi,tekinik mempengaruhi orang,tahu cara bersosial dengan baik,dan mempunyai banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan, dan banyak lagi...jadi,saya perlu bermula dari sekarang untuk mencari semua "skill2" itu sebagai bekalan...


kata-kata perangsang semangat dari Uzumaki Naruto yang dikongsikan oleh seorang cikgu “nature” akan ku pegang dalam medan perjuanganku..

“I'm Not Good At Giving Up”
Maksudnya, “saya memang lemah bila sampai masa nak mengalah. Masalahnya, saya tak pandai nak mengalah
!



saya masih ingat lagi nasihat daripada seorang cikgu yang hebat,cikgu harun..bunyinya macam ni;

"izzati,kamu orang muda..ubah cara pemikiran kamu..dunia hari ini tidak sekadar memerlukan A semata2..izzati,dalam hidup 15% adalah IQ, 85% adalah ESQ + ESQ dan PSQ.."

"izzati,cikgu mahu pesan hari ini keperluan kita untuk menampakkan diri di kalangan ramai melalui apa yang diistilahkan sebagai stand out.kita kena bangun dan bercakap.bagaimana untuk bagun dan bercakap. ini mungkin di luar kebiasaan dan kepercayaan kita yang selama ini sudah dibisakan-duduk belakang dan diam.."


disini saya ingin kongsikan petikan yang dipetik dari blog cikgu harun..:

DUNIA HARI INI tidak sekadar memerlukan A semata2. ada yg lain perlu di lihat bila bersama sekumpulan pelajar yang rata2 datang dari kelompok diyakini A. rentaknya amat2 berbeza.

CGU SAYA TAK BOLEH BUAT INI.
mak tak bagi masuk hutan....
mak tak bagi mandi sungai....
mak tak bagi aktiviti begini....
mak tak bagi...

AKHIRNYA MEMBESARLAH ANAK2 A INI..sekadar tahu apa yang dia tahu. masuk kolej dan seterusnya keluar ke dunia sebenar.dan saya semakin yakin bahawa
dalam hidup
15 % adalah IQ
85 % adalah ESQ + ESQ
dan PSQ

Dunia hari ini tidak memerlukan orang yang diam
Keperluan hari ini memerlukan kita zahirkan diri dengan mengambil risiko - cabar keselesaan diri - keluar zon selesa.bangun dan bercakap.
untuk itu apa lagi.
untuk naik di tangga seribu keharusannya bermula langkah satu
MULAKAN




dari ruang hati ku;
1. aku yang daif.. yang mencari makna sebenar kehidupan.. yang mencari keredhaan ALLAH.. dalam masa aku mencari Cinta Allah, terkadang aku hanyut dengan cinta dunia, aku hanyut dengan cinta manusia. Namun aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kekhilafan... Ya Allah.. bantulah hambaMu ini dalam mencari CintaMu...
2..ouh,aku masih ingat lagi kata-kata dari seorng kawan yang sudah lama tidak berjumpa..katanya,cintakan bunga bungakan layu,cintakan manusia manusia kan mati,cintakan ALLAH cinta yang hakiki..hidup ini bermacam2 dugaan dan cabaran yang datang menduga kita...
3. "Allah tak akan ambil sesuatu yang kita sayang melainkan Dia menggantikannya dengan yang lebih baik.."kata-kata ini diberi oleh seorang ukhti kepada ku ketika aku dalam kesedihan,kekecewaan..kata2 membuatkan aku lebih yakin dengan ketentuan ILLAHI..sesungguhnya ALLAH itu maha adil,dia tahu yang baik dan buruk untuk kita...jadi,untuk capai sesuatu aku perlu ada keinginan bukan sekdar harapan,dan disulami dengan usaha, dan bertatahkan doa dan tawakal...ya ALLAH permudahkanlah segala urusan ku,kuatkan lah semangat ku,untuk aku mengejar frasa "KEJAYAAN"...
4. seandainya aku tidak dapat mencapai impian ku,setelah melakukan segala2nya..ENGKAU gantikan lah dengan sesuatu yang baik...
ya allah engkau tuhan yang maha mendengar,maha mengasihani,maha penyayang,dan ,maha mngatur segala-galanya..........
5.ungkapan yg diberi oleh seorng teman "i wish i would know the nex big bang"...hmm..renungkan..

That's ALLAH..........


have you ever been down and out and
nobody seems to be around for you to talk to...
THAT'S ALLAH...he wants you to talk to him.


have you ever been just sitting there and
all of a sudden you feel like doing nice for someone you care for...



THAT'S ALLAH...he talks to you.
have you been thinking about somebody
that you haven't seen in a long time ang then
next thing you know you see them or receive a phone call from them..


THAT'S ALLAH...there is no such thing as "coincidence."
have you ever received something wonderful
that you didn't even ask for


THAT'S ALLAH...he knows the desires of your heart.
have you ever been in a situation and
you had no clue how it is going to get better,
but now you look back on it...
THAT'S ALLAH...he passes us through tribution to see a brighter day.



in all that we do,we should totally give ALLAH
thanks and our prayers blessings will
continue to multiply....

Friday, June 5, 2009

Pengikat cinta di gerbang redhaNYA...



SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAKAK KU....
SEMOGA POHONAN CINTA BERSEMI,
DAUNAN RINDU MERIMBUN DI HATI,
SELAMANYA,
DIBAWAH RAHMAT DAN KASIH ILLAHI...


Saatnya Untuk Menikah
"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." (HR Tarmidzi dan Ahmad)



Rasulullah s.a.w. berpesan:
Wahai Ali, ada TIGA PERKARA JANGAN DITUNDA-TUNDA; apabila SOLAT telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." (HR Ahmad)



Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung maupun tak langsung. Secara LANGSUNG adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang TIDAK SECARA LANGSUNG. Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah. Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan Sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri. Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata HANYA kerana masalah ini.

ruang hatiku;

bukan harta yang kuperlukan,
bukan keturunan yang menjadi keutamaan
bukan paras rupa yang kuidamkan tetapi kefasikan agama daN
semangat juangmu dalam menegakkan
kalimatul Haq itu yang kudambakan
itulah himah sekufu yang menjadi
asas usrah muslim antara aku, dirimu
Dan zuriat pewaris ketauhidan Islam
dalam mengesakan ALLAH yang satu



wahai Tuhan kami,kurniakan lah kami
pasangan yang beriman, dan zuriat keturunan kami
(zuriat yang soleh): perkara-perkara yang
menyukakan hati melihatnya dan
jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang
Yang bertaqwa...al-Furqan:74

Tuesday, June 2, 2009

wassini..........


Wassini.....

Bismillahhirahmanirahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Semoga sahabat sekalian sentiasa dalam keberkatannya..hari ni zati rase tak bertenaga mungkin kerana cuaca sekarang yg agak panas mnyebabkan suhu badan ku meragam sikit..ptg tadi zati terbaca satu artikel dan zati rase patut dikongsikan dgn teman sekalian.mungkin ada yang pernah baca artikel ini.tp xpe lah sekadar perkongsian pada teman yg belum pernah membacanya...


salam perkongsian,,

Kejadian seorang wanita begitu unik. Dari tulang rusuk kiri Adam. Kaum hawa juga diberikan satu kelebihan iaitu memiliki sifat penyayang (Rahim). Namun, apa yang menyedihkan kini, wanita seringkali diekploitasikan dengan memperagakan pakaian – pakaian yang menjolok mata. Ke mana hilangnya maruah seorang wanita ? Rentetan dari situ, kita dengar banyak kejadian rogol yang melibatkan kanak – kanak dan remaja. Apabila nafsu menguasai diri, manusia yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

Buat muslimah,
Jadilah seperti mutiara yang dipamerkan di dalam kaca. Sukar untuk disentuh, dipegang dan diusik sesiapapun. Namun, ia tetap menjadi rebutan ramai kerana sifatnya yang terpelihara. Ia begitu bernilai bagi si pemilik. Sekiranya anda ingin membeli sesuatu barang, inginkah anda pada barang yang dipamerkan atau barang lain yang masih berada dalam simpanan penjual ? sudah semestinya bukan yang dipamerkan. Kerana ia telah diusik oleh pengunjung yang datang ke kedai itu.

Hawa,
Jadilah seperti epal yang berada dipuncak. Sukar untuk digapai. Epal yang tidak berkualiti mudah untuk diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Berbeza dengan epal ini. Kadang – kadang epal ini risau juga. Kenapa tidak ada sesiapa yang ingin memetik dirinya. Lantas epal ini merendahkan sedikit martabatnya dan menggugurkan dirinya mneyembah Allah. Sedangkan epal ini dijadikan begitu istimewa oleh Allah agar tiada siapa berani memetiknya. Kecuali PEMUDA yang begitu hebat sahaja mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana.

Hawa,
Lupakah engkau pada janji Allah ? Perempuan- perempuan jahat untuk laki – laki jahat, laki – laki jahat untuk perempuan – perempuan jahat pula, perempuan – perempuan baik untuk laki – laki baik, laki – laki baik untuk perempuan – perempuan baik pula. ( An – Nur : 26 ). Satu persoalan yang sering ditimbulkan. Bagaimana pula sekiranya seorang lelaki yang baik berkahwin dengan wanita yang jahat dan sebaliknya ? setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sekiranya ia berlaku, bermaksud Allah ingin menguji hamba Nya. Apa yang pasti Al – Quran adalah kalam Allah sepanjang zaman. Menyingkap kembali sejarah zaman Nabi, hal ini juga berlaku. Renungkan kembali bagaimana kisah Nabi Ayyub yang ditinggalkan isteri kerana tidak sanggup hidup dengannya yang sakit. Begitu juga dengan Asiah. Isteri Firaun. Seantero dunia mengetahui Firaun merupakan raja yang zalim. Bagaimana Asiah berdepan dengan situasi ini.

Terdapat kata – kata yang menyatakan bahawa sekiranya seorang wanita baik memiliki laki – laki yang jahat, maka ia akan mendapat ganjaran seperti mana Asiah. Sekiranya seorang lelaki baik mendapat wanita yang jahat, dia akan diberikan ganjaran seperti Nabi Ayub. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat penulis pastikan. Cuma, satu perkara yang ingin diingat, apa yang berlaku kini semua telah jelas di dalam Al – Quran. Hendaklah kita kembali kepada Al – Quran dan sejarah.

Hawa,
Tipu sekiranya ku katakan kau tidak mempunyai perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tapi ingatlah ! lelaki yang baik tidak memandang kepada kejelitaan wajahmu, dan keayuanmu. Lelaki yang warak tidak mengimpikan sebuah hubungan antara lelaki dan wanita. Kerana dia tahu tiada hubungan yang dibenarkan antara lelaki dan wanita bukan muhrim melainkan ikatan perkahwinan. Tapi lelaki yang soleh akan memilih wanita berdasarkan pegangan agamanya. Yang akan menjadi penjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.



Adam,
Wanita dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Maka, hendaklah dirimu memperbetulkan ia dengan sebaiknya. Sekiranya tersilap langkah, ia boleh patah. Awasi setiap perlakuannya. Seorang wanita yang baik akan menghargai suatu teguran yang diberikan oleh kaum adam untuk kebaikan dirinya.

Adam,
Sanggupkah engkau melihat kaum ibumu ini menjadi makanan api neraka jahannam ? bimbinglah mereka ke jalan yang lurus. Jalan yang diredhai oleh Khalid. Bawalah ia bersama – samamu ke majlis – majlis keilmuan. Agar ia menjadi bidadari kepada dirimu di Syurga kelak.

Adam,
Jangan mendambakan wanita yang solehah sekiranya diri tidak soleh. Jadilah yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik. Dalam menongkah hidup ini.

Adam,
Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS, jika diri tak seindah SULAIMAN...kenapa mengharap teman setampan YUSUF jika kasih tak setulus ZULAIKHA...tak perlu menjadi sebahagian IBRAHIM jika diri tak sekuat HAJAR & SARAH...kenapa di damba teman seistimewa KHADIJAH jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w..

Monday, June 1, 2009

kekuatan terpendam membangkitkan tenaga akal dan ingatan

gambar ni sekadar hiasan


saya mahu kongsikan artikel ini dengan anda semua..petang tadi saya search pasal minda bawah sedar dan saya terjumpa artikel ini sangat menarik untuk dikongsikan bersama

Di dalam diri manusia terdapat kekuatan yang maha hebat. Sekiranya seseorang itu tahu menggunakan kekuatan ini nescaya dia mampu membunuh manusia dengan tenungannya, meruntuhkan rumah, menjatuhkan kapal terbang dan menghancurkan kereta kebal dengan mengisyaratkannya dengan tangan. Paling-paling tidak, dia mampu menukarkan lampu isyarat merah kepada lampu hijau, membengkokkan sudu dan garpu dengan sebuah renungan dan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan terjadi.
Apakah ini mustahil? Ya, memang mustahil bagi orang yang tidak tahu menggunakan kekuatan terpendam yang terdapat di lubuk fikiran bawah sedarnya. Benarlah penyataan ahli kaji minda terkini yang melaporkan bahawa kebanyakan manusia menggunakan kurang dari satu peratus daripada kemampuan dan potensi mindanya. Manusia sudah boleh melahirkan perkara-perkara yang ajaib dan pelik sekiranya dapat menggunakan hanya 10% daripada keseluruhan kekuatan mereka yang sebenarnya.

Anda mungkin pernah mengalami, sewaktu terdetik di hati untuk menelefon rakan anda, tiba-tiba rakan anda itu pula yang menelefon anda. Atau ketika anda sedang berbual-bual tentang seseorang yang sudah lama tidak ditemui, tiba-tiba dia muncul lalu dikatakan "panjang umur"nya. Mungkin juga hati anda rasa tidak sedap dan mengagak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak disenangi, kemudiannya peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Itulah sebahagian daripada bukti-bukti kewujudan kekuatan terpendam di dalam diri kita.

Pada asasnya, manusia mempunyai dua jenis minda iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Di dalam minda bawah sedar atau minda terpendam inilah terdapat kekuatan yang luar biasa, menakjubkan dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Kekuatan bawah sedar ini boleh digunakan dan diarahkan untuk mencapai apa jua perkara yang dihajati seperti kewibawaan, kesembuhan, kecerdasan, kekuatan daya ingatan, wang, pangkat, pengaruh, pengasih, menurunkan berat badan, berhenti merokok, menghilangkan kegelisahan dan sebagainya.

Kini ilmu membangkitkan kekuatan dalaman sedang berkembang pesat di beberapa bahagian tertentu di dunia terutamanya di Eropah. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya dikenali dengan Ilmu Psikik, Deria keenam, Extra Sensory Power (ESP), Cosmic Power, Subconscious Mind Power, Telepathy dan sebagainya. Ilmu menggunakan kekuatan terpendam ini semakin giat dikaji oleh ahli-ahli psikologi terutamanya selepas perang dunia kedua. Terdapat pelbagai kaedah telah diamalkan oleh orang-orang yang ahli untuk melahirkan kekuatan ajaib ini. Ada melalui teknik bertapa, bermeditasi, berpuasa, bermuraqabah, ilmu pernafasan, hypnotisme, saranan diri dan sebagainya.

Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan. Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri.

Eksperimen ahli-ahli neurologi menunjukkan sel-sel otak boleh dikembang dan dicergaskan melalui saranan diri dan rangsangan. Sel-sel otak yang diaktifkan akan menjadi lebih subur dan cepat tumbesarannya. Bilangan sel gila akan bertambah. Manakala hubungan antara saraf-saraf semakin kemas dan mantap. Proses ini akan memperkembangkan ketrampilan dan kecerdasan mental individu.

kawan-kepentingan


Assalamualaikum teman sekalian…apa khabar semua?harap semuanya sihat walafiat hendaknya..sudah beberapa hari saya menyepi dari laman blog ni kerana sibuk dengan persiapan kahwin kakak yang bakal berlangsung pada hari khamis ni…hmm xsabar nk tgk kakak bersanding..kebahagian kakak adalah kebahgian kami sekeluarga...ok zati tak mahu bercoloteh panjang lebar.hari ini zati mahu bermenulis tentang kawan-kepentingan..entahlah tetiba je datang idea di benak fikiran ku untuk menulis tentang itu..

Hmm..kawan –kepentingan.ada orang mencari kawan demi kepentingan, ada orang mencari kepentingan demi kawan,ada pula yang xde kepentingan tapi sudi berkawan,dan ada plak yg tak mahu berkawan cam kera sumbang kdg2 ibarat enau dalam belakau melepaskan pucuk masing-masing..tp spesies yg kedua ni jarang ditemui.kalau kita perhatikan zaman sekarng,ramai yang bersikap seperti “jual ikan”.hehe. selfish lah..lebih mudah lagi sy luaskan skop ni,iaitu hubungan sosial-kepentingan.zati mahu tnya anda semua,kamu rase hubungan social ni ibarat apa??? Ada orang menganggap ia seperti saham,melabur dan mengharapkan pulangan dari pelaburan itu tadi…jika tidak ada pulangan baik xpayah melabur.disini menunjukkan berkawan untuk kepentingan.bila xde kepentingan baik xusah berkawan..ada orang mengganggap hubungan social ni macam makan nasi.satu keperluan..bg mereka,mereka sgt memerlukan hubungan sosial dalam kehidupan.orang seperti ini mungkin adalah orang yg suka hidup bermasyarakat...bagi sy,sy xtau nk ibarat hubungan sosial ni macamana..bg sy,sy berkawan dengan semua orang kecuali orang yang boleh memusnahkan diri sy..huhu..sy xkisah org tu ada kepentingan atau tidak.sy tetap berkawan..kalau kita berkawan demi kepentingan saja,kesianlah pada yang lemah,tidak ada kawan.mereka kan terpinggir..mmg sy akui kehidupan sekarang banyak persaingan.dan menuntut kita supaya bijak mencari peluang dan ruang..dan berusaha mengikut kapasiti semasa..bg sy juga kita tak boleh mewujudkan hubungan sosial demi kepentingan semata-mata..kadang-kadang kita mesti memberi iaitu membantu golongan yg lemah..sy akui,mmg benar kdg2 kita wujudkan hubungan sosial utk kepentingan..tp biarlah ikhlas,niat murni bukan untuk kepentingan semata2 tapi demi hubungan silaturahim sesama manusia...sy akui bg seorang usahawan,peniaga,ahli politik,dan macam2 lagi hubungan sosial sgt penting bg mereka...tp kita tak boleh simpulkan bahawa wujudkan hubungan sosial demi kepentingan kan???...hmm..sy hnya membuka isu ini..bagaimana pula dengan pendapat temanku sekalian???mari kta berfikir sejenak.....