tetamu di ruangku

Saturday, August 22, 2009

guru sebenar guru

dalam pencarian "Guru sebenar Guru"...antara ilmu,amal dan bual,manakah satu yang sebenarnya bekal??

ramai mengaku "berilmu" tapi kurang berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal; itulah punca amal dan bual tidak menjadi bekal..

MEMPERKASA GURU SEBENAR GURU
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
MENGAJAR TIDAK LESU

"THE MEDIOCRE TEACHER TELLS,THE GOOD TEACHER EXPLAINS.THE SUPERIOR TEACHER DEMONSTRATE,THE GREAT TEACHER INSPIRES
william A Ward

ciri seseorang guru yang amat berkesan yang dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:


ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan

seorang yang 'bermatlamat'(mission-driver) dan juga seorang yang 'asyik' dalam pekerjaanya.kedua,ianya bersikap positif dan 'real' yakni yakin dalam apa pun yg dilakukan disamping sabar menerima 'kenyataan' biar punpahit utk ditelan.ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin';disamping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan siapa saja..

ciri mengajar yang memberikan hasil

seorng yg memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya' (with-it-ness) dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yg murid2nya mesti buat.ia juga mempunyai stail yg tersendiri,sesuai dgn semua keadaan dan persekitran, nilai dan budaya,peraturan dan undang2.ianya juga memiliki kepakaran memotivasi serta keberkesanan dalam pengajaran dan pembeljaran..


ciri intelek yg menunujukkan ilmu,sedar-diri dan faham -kendiri
seorang yang suka 'membaca buku' dan mempunyai 'mental-life' yg segar,berkembang dan bersifat 'berpenyungguhan kendiri'(self-actualization) dgn minda yg sihat dan terbuka,melihat alam dan kehidupan didalam ruang lingkup yg luas dan menyeluruh(byk) disamping melihat,menganalisis,mensintisis, dan menilai satu didalm yg byk..

ingin sy kongsikan disini...
dee fink(1999), dlmsatu artikelnya "evaluating your own teaching" menyebut:
"assuming that no one is prefect and therefore everyone has room for improvement,evaluation is the means by which ewe try to identify which aspects of our teaching are good and which need to be changed.the question then arises as two who should take responsibility for doing this evaluation. my believe is that evaluation is an inherent part of good teaching.therefore it is the teacher himself or herself who should take primary responsibility for doing the evaluation"

guru sering menilai anak didiknya tetapi pernahkah kita menilai diri sendiri? sedarkah kita sebagai guru yang kerjayanya "mengajar sepanjang hayat"(sebelum bersara wajiblah) kita telah tidak cukup melakukan satu perkara sepenting ini? kalau begitu bagaimana kita tahu dan boleh meningkatkan tahap profesionlisme kita...sebagi guru???
renung2kanlah.....

aku punye teman......







kembali senyummm....=)



jangan terlalu ikutkan kata hati dan perasaan..


kita mesti pakai otak dan selalu berfikiran rasional.jangan terlalu emosi..

hidup ini kita mesti selalu ceria...

tetapi pada masa yang sama kita jangan lalai dan leka..

masa yang ada jangan dibiar ia berlalu begitu saja tanpa sebarang pengisian yang membina diri kita

kadang hidup ini tak selalunye indah....

ada orang, cakap hidup ini seperti pelangi..

macam-macam warna...hmm btul jgk kan??mcm pelangi.
macam-macam warna mnggambarkan hidup ini ada macam2 keadaan.

ada dlm kesedihan,kegembiraan,ketakutan,kekecewaan,kemarahan,kepuasan dan sbgnye..

tp bila warna2 itu bergabung ia mmbentuk pelangi yg saaangaaatt cantik...

samalah juga dgn hidup kita ada macam2 keadaan

bila digabung dan dicampuurrr sekali semua pengalaman yg kita dpt dari pelbagai keadaan itu

baru kita sedar nikmatnya kehidupan ini...maka lahirlah org yg hebat dgn izin Allah swt lah..

tapi kawan2

even kita baanyaaakkk lalui pnglaman tp kita xpenah nk pk,nk muhasabah,nk amik iktibar dan pengajaran,ataupun ibarah dari semua keadaan dan pengalaman itu,maka amat lah rugi org itu....

hmmm...so mulai skrg aku mahu belajar dan belajar ttg pengurusan emosi atau kecerdasan emosi...walaupun kita xde sahabat yg memahami kita tp kita memahami diri kita kan??kan??..sooo..baik lah kita uruskan perasaan kita dgn cara pengurusan emosi yg betul..

hmm btul ke apa yg aku ckp ni??ke merapu je..hmm ..ntahlah labu...hehehehe...

yang pasti "always be positive"....n senyum sokmo!!!!

Friday, August 21, 2009

aku termenung seketika...=(


kenapa dan mengapa hidup ini mesti ada keraguan,persoalan,tanda tnya dan macam2lah..
kadang-kadang aku bermonolog dengan diriku sendiri..(nada sedih)
kenapa susah sgt utk memuaskan hati semua orang disekeliling kita??
kenapa orang tdk memahami kita,kdg2 kita terpaksa berlakon kononnya org yg mendgr itu memahami kita.pdhal jauh sekali dari itu..
kenapa org salah fhm dgn perasaan kita??wadoi..hmmm...
kenapa dan mengapa kadang-kadang org lain ske sangaaaatt menuntut kesempurnaan dlm dri kita.......
hmmmm......izzati...izzatiii...izzatiii....
kadang2 kita hnya menunujuk,mempamerkan air muka,reaksi yg gembira seolah2 hati kita tdk terluka..kdg2 kita terguris dgn kata2 dan tindakan org lain..tp kita abaikan semua,sehinggakan bile difikir seolah kita terlalu mjga hati org lain..daripada hati sendri...
bagaimana,macamne,utk melakukan yg terbaik....
kenapa kdg2 kita xboleh nk zahirkan rase sedih,pedih,marah pd org lain....sehinggakan org tdk tau apakah perasaan,isi hati kita yg sebenar...
adakah ini dikatakan hipokrit????
dikala org lain kesedihan,kita yg memujuknya
dikala org lain kemarahan,kita yg menyejukkannya
dikala org lain memerlukan pertolongan,kita yg menghulurkannya
dikala org dlm keadaan tdk bermaya,putus asa,kita yg mmbangkitkan semanganya
kita yg mnyulamkan kata2 semangat.....
tapiii...
bila tiba saat,giliran diri ini memerlukan semua itu siapakah,dimanakah sahabat yg kuharapkan...kuharapkan seorang insan yg bergelar sahabat utk meniupkan semangat,memberi sokongan pada diri ini....
ya allah kau hadirkanlah seorang sahabat yg ku idamkan agar myerikan lg hidup ku...
ya allah
sahabat yg beriman ibarat mentari yg menyinari.sahabat yg setia bgai pewangi yg mngharumkan.sahabat sejati pndorong impian..sahabt berhati mulia mbwa kita ke jalan allah.........

Sunday, August 16, 2009

anak mengamuk


dari ruang hati 2_one:
salam buat para ibu,bakal ibu,bapa ,bakal bapa dan siapa saja yg ingin mengenali kerenah anak-anak kecik yang sememangnya menagih kasih sayang,perhatian,belaian daripada orang lebih tua daripadanya...jom kita kongsikan kenapa dan mengapa "ANAK MENGAMUK"...

'Temper tentrum' atau mudah marah dialami budak gagal berkomunikasi dengan baik PERNAHKAH anda menjadi perhatian di pusat beli belah gara-gara kerenah si kecil yang tiba-tiba mengamuk? Dia menangis tanpa henti, menghentak-hentak kaki sehinggakan orang yang lalu lalang tersenyum sinis pada anda. Salahkah kalau anda mencubitnya supaya dia diam? Atau menarik telinganya? Atau mungkin anda patut mendukungnya saja dan pulang terus ke rumah.



Kemarahan secara tiba-tiba ini disebut ‘temper tantrum’ dan ia bukanlah kemestian pada setiap kanak-kanak. Namun, di kalangan sesetengah ibu bapa, sikap anak yang baran atau mudah marah memang memeningkan kepala. Lebih sukar lagi jika anak kecil ini tidak makan pujukan dan menangis lebih kuat apabila mereka tidak diendahkan. Pakar sebuah pusat perubatan Amerika Syarikat, Dr Jay Hoecker menyifatkan tantrum adalah satu proses tumbesaran yang normal. Ia juga bukan penyakit dan mulai hilang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat. “Apatah lagi jika anda dan dia sudah boleh berbual dan berkongsi pendapat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh. Sebenarnya, tantrum dilihat oleh kebanyakan pakar psikologi kanak-kanak sebagai luahan rasa kekecewaan seseorang kanak-kanak tidak kiralah sama ada ia dari sudut fizikal, mental atau emosi.


“Kekecewaan itu ada kalanya kerana kesukaran anda sebagai ibu bapa memahami kehendaknya disebabkan penguasaan perbendaharaan kata yang sedikit,” katanya yang menulis di Mayoclinic.com. Tantrum dianggap normal kerana sebahagiannya berpunca daripada kegagalan anak kecil itu menguasai kemahiran asas. Misalnya, gagal membuka atau menutup butang baju. Ini disebabkan ada segelintir kanak-kanak memiliki kecenderungan untuk mudah marah berbanding kanak-kanak lain dan lazimnya faktor seperti letih, lapar atau tertekan menyebabkan mereka mengamuk. Apabila usianya semakin bertambah, dia akan belajar menangani emosi yang mencetus kemarahan. Dia juga selalunya sudah mampu menguasai pertuturan dengan baik serta semakin berdikari. Namun, dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun, anak kecil ini cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami. Membaling barang, menghentak-hentak kaki atau menjerit sekuat-kuat hati adalah cara meluahkan kekecewaan itu. Ada kala luahan kemarahan itu berlaku selama 20 saat atau mungkin hingga berjam-jam lamanya.


Dr Hoecker berkata, kanak-kanak mula memperlihatkan kemarahan (tantrum) pada usia dua atau tiga tahun. Namun, ada juga kanak-kanak yang mula mempamerkan sikap tantrum pada usia yang lebih muda daripada itu. Apabila dia berusia empat atau lima tahun, dia masih mudah mudah tetapi apabila usia semakin meningkat, penguasaan bahasanya juga meningkat dan anda boleh mengajaknya berbual dan mudah bertolak ansur. Tantrum ialah tingkah laku untuk menarik perhatian. Justeru, satu cara untuk meminimumkan tantrum si kecil anda adalah dengan tidak mempedulikannya. Selalunya, dia akan menjerit lebih kuat dan menarik perhatian. Jadi, ambil peluang itu untuk berbincang tentang sikapnya.


Apabila si kecil meradang, penting untuk anda bertenang dan mengawal kemarahan. Menjerit padanya atau memukul hanya akan memburukkan lagi keadaan. Selalunya, apa yang terbaik untuk anda dan si kecil yang mengamuk ialah suasana senyap tanpa anda mengalah dan tunduk padanya. Dia akan diam dengan sendiri apabila dia gagal menarik perhatian anda.


Jadi perlukah anda menghukumnya sebagai balasan ‘mengamuk’? Logiknya tentulah tidak. Walau sebesar mana pun kemarahan anda kepadanya, cara terbaik ialah mengingatkannya sikap itu tidak betul. Justeru, mengelak kemarahan anak kecil itu adalah lebih baik. Mulakan dengan diri sendiri dengan memberi perhatian dan pujian padanya bagi membina keyakinan dirinya. Secara tidak langsung dia tahu anda menyayangi dan mengambil berat. Perhatikan juga tanda-tanda yang boleh menyebabkannya marah dan cuba alihkan perhatiannya. Beri sedikit kebebasan pada si kecil anda. Misalnya, jika memesan minuman tanya dia apakah air yang diinginkan, jus atau teh. Jika memintanya memberus gigi tanya padanya, hendak berus gigi sebelum atau selepas mandi? Beri perhatian kepada permintaannya dan jika tidak boleh ditunaikan beritahu sebabnya. Sebagai ibu bapa anda lebih memahaminya, jadi jangan bawa dia membeli belah pada waktu tidur semata-mata hendak mengejar jualan murah. Bagaimana jika dia tiba-tiba mengamuk walaupun anda sudah cuba sedaya upaya mengelak berlaku tantrum?
Jangan marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum.
Cuba fahami mengapa si kecil anda marah.
Alih perhatiannya.


Dakapnya, belai rambutnya dan tenangkan dia - mungkin kadang kala anak-anak akan terus menjerit, jadi tinggalkan dia sekejap. Jangan pedulikan dia dan lihat bagaimana reaksinya. Info Tip tangani anak mengamuk Tiada cara atau kaedah mengelak anak mengamuk tetapi masalah ini boleh ditangani dengan menggalakkan sikap positif kepada anak.


Konsisten - Adakan rutin harian yang tetap bagi memudahkan jangkaan anak seperti waktu tidur mengikut waktu ditetapkan.
Buat perancangan awal - Jika perlu membeli-belah barangan keperluan, lakukan seawal mungkin iaitu pada waktu pagi ketika anak tidak lapar atau keletihan. Bawa sekali bekalan snek atau permainan untuk anak jika ada kemungkinan anda perlu beratur panjang.
Kreatif - Galakkan anak anda bercakap. Jika dia masih belum boleh bertutur, gunakan kreativiti anda dengan mengajarnya bahasa isyarat ringkas dan mudah difahami bagi merujuk perkataan seperti 'Saya Mahu', 'Cukup', 'Sakit' dan 'Penat'. Lebih mudah komunikasi anda dan anak, lebih kurang anda berdepan masalah anak mengamuk.


Buat pilihan - Benarkan anak kecil membuat pilihan bagi membolehkannya berasakan dia juga boleh memilih. Ini seperti menyuruhnya memilih antara baju warna putih atau biru, jenis buah-buahan yang diingininya atau mainan pilihan.


Beri pujian - Pujilah anak anda jika dia berkelakuan baik seperti berkongsi mainan, patuh dan mendengar arahan.
inilah kerenah anak-anak kita...hehheh..

Saturday, August 15, 2009

the banana


hi,salam...i would like to share with you info about banana...THE BANANAS with dark patches on yellow skin



The fully ripe banana produces a substance called TNF which has theability to combat abnormal cells.So don't be surprised very soon the shop will go out of stock forbananas.As the banana ripens, it develops dark spots or patches on the skin. Themore dark patches it has, the higher will be its' immunity enhancement quality .Hence the Japanese love bananas for a good reason.According to a Japanese scientific research, banana contains TNF which has anti-cancer properties.

The degree of anti-cancer effect corresponds to the degree of ripeness of the fruit, ie the riper the banana, the better the anti-cancer quality..In an animal experiment carried out by a professor in Tokyo U comparing the various health benefits of different fruits,using banana, grape,apple, water melon, pineapple, pear and persimmon, it was found that banana gave the best results. It increased the number of white bloodcells, enhanced the immunity of the body and produced anti-cancer substance TNF.The recommendation is to eat 1 to 2 banana a day to increase your body immunity to diseases like cold, flu and others. According to the Japanese professor, yellow skin bananas with dark spotson it are 8 times more effective in enhancing the property of whiteblood cells than the green skin version...bye!!!

Friday, August 14, 2009

....2ND CHANCE....

Assalamualaikum teman-teman yang ku sayangi..moga-moga kamu semua dalam keadaan sihat sejahtera,moga kamu semua masih lagi mampu mengukir senyumam-senyuman indah dibibirmu memancarkan sinar wajah yang beriman yang menenangkan hati dan pandangan diriku..moga segala urusan kalian berjalan dengan lancar hendaknya..kadang-kadang,bila difikir-fikirkan,direnung-renungkan hidup ini umpama aiskrim,nikmatilah sblm ia cair...hehehe..ye ke???

2nd chance atau peluang kedua?? ramai orang senantiasa m,encari peluang kedua untuk membetulkan keadaan akibat kesalahan-kesalahan yang lalu.dan tidak kurang juga ramai orang yang mengharap dapat memutarkan jam dan waktu ke waktu yang lampau semata-mata ingin mengubah sesuatu perbuatan.sebahagian besar dari golongan ini akan senantiasa dalam keadaan duka cita kerana mereka ingin mengubah sesuatu yang telah ditakdir oleh Allah untuk mereka.


mereka sentiasa berfikir "andai aku berbuat demikian..."@kalaulah aku buat begini..." dengan harapan sesuatu telah berjadi berubah mengikut apa yang mereka ingini.sebagai manusia yang lemah dan sering tewas oleh bisikan syaitan,saya juga sering menghadapi keadaan ini, dan kadang-kadang membuatkan kita terlupa bahawa "manusia merancang Allah merancang dan sebaik2 perancangan adalah perancanagn Allah".


dan apabila kita sentiasa berfikir untuk mendapatkan peluang yang kedua ini akan membuatkan kita terlupa bahawa sesungguhnya dalamkita berduka cita dengan kesalahan lalu,sesungguhnya kita menggenggam satu peluang terbesar yang dikurnia oleh Allah yang maha pemurah,iaitu peluang " sebuah kehidupan" , sedangkan beratus-ratus .beribu-ribu,berjuta-juta,menangis dan berdukacita kerana tidak diberikan peluang untuk merekan bagun dari mati mereka untuk mendapatkan semula kehidupan ini walau hanya untuk seketika.


mereka dikubur menangis dan berduka cita kerana tidak mendapat peluang kehidupan walaupun seketika,sedangkan kita disini menangis dan berduka cita sedangkan kita menggenggam satu peluang kehidupan yang berjuta inginkan,alangkah ruginya kita kerana menangis dan berdukacita sedangkan kita masih mampu umtuk berbuat kebaikan dari mereka yang ditamatkan perkhidmatan.kadangkala kita lebih suka berada dalam kesedihan selama-lamanya DISANA.


jadi walau apa jua yang telah kita lakukan ,walau sebesar manapun kesalahan kita ,walau sebesar manapun dosa kita itu adalah sebuah sejarah,kehidupan sekarang adalah peluang sebenar yang ada dalam genggaman kita,peluang yang harus kita guna untuk kebaikan kita di akhirat sana,peluang yang harus kita guna untuk mencari keredhaan dari TUAN empunya.yang berlalu adalah sejarah yang tak mungkin kita ubah ,yang akan datang adalah perkara yang maya dan belum pasti akan wujudnya dan yang ada sekarang adalah sebuah "masa" yang tidak mampu dinilai untuk kita guna..


RENUNG-RENUNGKANLAH DUHAI TEMANNN KU.....

langkah kearah kesihatan mental positif


haiii...salam bertemu kembali...saya ingin berkongsi tentang kesihatan mental yang positif....jom kita lihat apa langkah-langkahnye...jom!!!


10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif



1-Menerima kenyataan diri secara realistik.
2-Mengendali masa dengan baik (time management)
3-Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
4-Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
5-Menjaga kesihatan fizikal
6-Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
7-Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
8-Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
9-Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
10-Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.




sekian,,,,selamat mencuba,,,,tatatata...

Thursday, August 13, 2009

perang pemikiran


dari ruang taman hati 2_one:

bismillahhirahmanirrahim,,assalamualaikum buat antum antuna sekalian..salam perpaduan,salam ukhwah,salam sayang dari ana yg selalu merindui laman perkongsian dgn antum antuna sekalian.alhamdulillah kita memanjat kesyukuran kpdNya krn msih lg mmberi kesempatan kpd kita utk trus hidup di bumi allah ini..alhamdulillah..arini ana igin berkongsi ttg ghawzul fikri hasil dari aktiviti yg ana join dgn sahabat2 surau semalam dalam xtvt smart fikrah..alhamdulillah byk input dan kesedaran yg ana dpt dari xtvt semlam..

ghazwul fikri ialah perang pemikiran.pihak musuh Allah swt tdk pernah berputus asa utk meracuni pemikiran umat islam agar kita jauh dari agama kita islam.ghawzul fikri dimulai ketika kaum salib dikalahkan dalam sembilan kali peperangan besar.kemenangan kaum muslimin tersebut sgt spektakuler,sbb pasukan muslim yg diterjunkan dlm pertempuran berjumlah sedikit.pasukan khalid al-walid,misalnya pernah berperang dgn jumlah tentera sekitar 3000 personil,sedangkan pasukan romawi yg dihadapi berjumlah 100ribu personil,hmpir 1 berbanding 35.allah memenangkan kaum muslimin dalam pertempuran tersebut.kekalahan demi kekalahan itu akhirnya mnyebabkan kaum salib mneciptakan taktik baru..caranya bukan lagi berupa penyerangan fisik,tetapi musuh2 allah mngirimkan putera2 mereka ke kota mekah utk mmpelajari islam..niat atau motivasi mereka tentu bukan utk mngamalkan,melainkan utk mnghancurkannya.pembelajaran niat jahat itu ternyata berhasil.tafsir dikuasai,hadith dimngerti,khazanah ilmu islam digali.setelah sampai ke tahap dan tingkat ahli,para pembelajar islam dari kaum salib ini kembali ke eropah,lalu membentuk semacam research and development untuk mngetahui kelemahan umat islam agr dpt mereka kuasai..

kesungguhan mereka dlm mmpelajari islam tersebut mmg luar biasa.smpai dlm sejarah diungkapkan kisah seorg pmbljr islam dari kaum salib snggup mninggalkan ank istri hnya utk berkeliling ke ngri negeri islam utk mncari kelemahan ngeri islam itu.dianatara pernyataan mereka "PERCUMA KITA BERPERANG MELAWAN UMAT ISLAM SELAMA MEREKA BERPEGANG TEGUH PADA AGAMA MEREKA.JIKA KOMITMEN MEREKA TRHADAP agama MEREKA AMAT KUAT,KITA xDPT BERBUAT APA2.OLEH KRN ITU,TUGAS KITA SBTULNYA ADALAH MNJAUHKAN UMAT ISLAM DARI AGAMA MEREKA,BARULAH KITA MUDAH MNGALAHKAN MEREKA." gleed stones,mantan perdana menteri inggeris juga mngatakan hal yg sama,'PERCUMA MEMERANGI UMAT,KITA TDK AKAN MAMPU MNGUASAINYA SELAMA DI DADA PEMUDA PEMUDA ISLAM AL-QURAN MASIH BERGELORA.TUGAS KITA,KINI ADALAH MENCABUT AL-QURAN DIHATI MEREKA.BARU KITA AKAN MENANG DAN MNGUASAI MEREKA".

dalam konteks ini,Al-Quran mngatakan,ertinya "sesungguhnya setan bagi kamumerupakan musuh,maka perlakukanlah ia sbgai musuh.sesungguhnya setan itu mngajak hizb(golongn)nya agar mereka mnjd penhuni nereka" (Qs.Fathir 6)
antara bentuk2 perang pemikiran yang dilancarkan oleh musush2 islam slps tamatnya perang salib adalah:

5F

1.FESYEN
trdpt pakaian2 yg dikategorikan sbg up to date,ketinggalan dan sebagainya.MENGAPA DAN KENAPA BAJU KURUNG,JUBAH,TUDUNG LABUH DIKATAKAN KETINGGALAN ZAMAN,TP BAJU "BUDAK",PKAIAN XCKUP KAIN,SELUAR JEANS KETAT PULA MNJD KEGILAAN REMaJA MASA KINI....

sedarlah wahai sahabat,Allah tlh mnetapkan cara menutp aurat yg sbnrnya.semuanya tercatat dalam Al-Quran ..apakah kita mngambil yang kita suka sahaja?

2. fun
hiburan yang melaghakan,kdg kala perkara lucah sering dijadikan sbg jenaka.jika tension,org skrg lbh gemar menonton tv berbanding membaca Al-Quran atau apa2 perbuatan mngingat allah..

3.food
makanan produk2 yg diboikot
4.faith
mmperkenalkn pertandingan yg berunsurkan nsib spt roda impian
5.female
mngeksploitasikan perempuan(kecantikan).zaman ini perempuan sgt2 mmentingkan kecantikan luaran sahaja sehingga berhabis2 wang semata2 mahu nampak cantik dimata masyarakat,sdgkan "kecantikan" dalaman (iman&akhlak) dipandang enteng sahaja..


FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI TEMAN2 YANG ANA SAYANGI SEKALIAN,,,,

CUBA FIKIR APAKAh TUGAS KITA SEKRANG????

ADAKAH KITA MAHU MELIHAT SAHAJA AGAMA KITA DIANCAM,ADAKAH KITA HNYA MAHU MNGHRAPKAN ORG LAIN YG KEDEPAN UTK NERTINDAK???SIAPA KITA,BUKAN KAH KITA UMAT ISLAM,ADAKAH KITA SYG PADA AGAMA KITA??

AYUHLAH WAHAI TEMAN...KITA FIKIRKAN TTG INI DAN BERTINDAK DGN segera..

Wednesday, August 12, 2009

cinta rindu


sebenarnya
hati ini
CINTA kepadaMU

sebenarnya
diri ini
RINDU kepadaMU

tapi aku tidak mengerti
mengapa CINTA masih tak hadir


tapi aku tidak mengerti
mengapa RINDU belum berbunga
sesungguhnya
nyawalau kukutip semua permata di dasar lautan

sesungguhnya
walau kusiram dengan air hujan dari tujuh langitMU


namun CINTA
takkan hadir

namun RINDU
takkan berbunga

jika tidak mengharap rahmatMU
jika tidak menagih simpati padaMU

ya ALLAH
tuhan hadiahkanlah kasihMU

kepadaku
tuhan kurniakanlah rinduku

kepadaMU
moga kutahu syukurku adalah milikMU

Tuesday, August 11, 2009

Monday, August 3, 2009

ukhwahfillah.......



assalamualaikum teman-teman yg ku rindui sekalian....
kali ni saya berkongsi tentang kewajipan dan tanggungjawab ukhwah...saya ada baca satu artikel yg memperkatakan tentang ini..so,sy rase lbh elok utk sy kongsikan dengan saudara,saudari semuanya...salam perkongsian...



Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:

“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:
“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.


Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).


Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).

Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat ).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).


Baginda juga bersabda:
“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).
dari 2_one:
ambillah pengajaran daripada perkongsian ini.kalau kita lihat sekarang banyak terjadinya macam-macam masalah baik masalah negara,keluraga,suami istri,jiran tetangga dan sahabat handal.cuba kita fikir sejenak kerana apa semua ini berlaku????kerana ukhwah atau ikatan persaudaraan itu ada something wrong ckit..hehe..sy akui setiap manusia ada baik dan buruknya termasuk diri sy sendri..kita sendiripun telah sedia maklum bahawa manusia ini pelupa sifat...sejajarlah dalam al-Quran Allah mngajar kita supaya berpesan2lah antara kita....