tetamu di ruangku

Monday, September 28, 2009

cinta/idola/suka/minat


assalamualaikum wbt....

segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang berkuasa melakukan apa saja,yang bijak mengatur lagi memelihara seluruh alam...Dialah yang maha pengasih lagi penyayang..
hari ini zati ingin bercakap ttg CINTA tp itu tidak bermakna saya bercakap ttg asmara semata-mata...biaselah remaja tdk terlepas dari cinta..walaupun kite sedaya upaya untuk mengelak dari bercinta ketika remaja krn berharapan ingin bercinta selepas kahwin. walaubagaimanapun amat susah untuk mengelak dari jatuh cinta ketika remaja ni..hehehhe..cm ad pengalaman lak...betullah fitrah manusia tambah2 seorg insan yang bergelar remaja...sy pon remaja jgk..sama-sama kite kongsikan n bincangkan..
kawan-kawan,
saya ingin berkongsi pendapat dgn kawan-kawan sekalian...tp sebelum itu.saya mahu timbulkan satu persoalan buat para pembaca....adakah orang yg kite suka/org yg kite minat/org yg kite cinta/org yg mnjadi idola kite ataupun role model kite mempengaruhi tingkah laku/sikap kite???respon....

bagi sayalah kan,saya katakan itu semua mempengaruhi sikap kite.kalau kite suka pada orang yg rock,yg otai mungkin kite kan terikut jadi seperti dia.tp kalau kite suka pada org yang baik akhlaknye,tutur bicaranya,hebat orangnye "of course,greentie,sure " kite kan cuba untuk jd sepertinye ataupon berlumba-lumba untuk jadi lebih baik darinya...carilah orang yang hebat,baik,brketerampilan,berakhlak mulia untuk dijadikan idola/diminati/dicintai/disukai dan sewaktu dengannya...semua ini memberi kesan pada kehidupan kite.setahu saya lah, seseorg itu mudah terpengaruh dgn org yg kite minat/suke /idola/cinta..berhati-hatilah untuk berbuat demikian..

kawan-kawan jangan salah faham pulak..hehehe..saya bukan menggalakkan anda semua bercinta...disini saya bercakap dalam skop yg luas...saya xfokus pd sudut bercinta semata-mata...situasi yg kite bincangkan disini sinonim jugak dengan idola.. sebenarnye itu yang saya mahu katakan...kawan-kawan kalau kite mahu tahu bagaimana seseorang remaja itu bila mereka mereka dewasa kelak,kite boleh nilai siapa idolanye sekarang...tun dr.mahathir kah??prof ungku aziz kah??muftie kah??penyanyi rock kah?? kita dapat nilai disitu...

kawan-kawan mungkin apa yang saya katakan diatas tdk disetujui oleh anda semua,anda boleh memberi pendapat, cetusan minda anda.saya sedia menerima dan membacanye...saya pon manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan...dan saya juga manusia yang perlu dibimbing dan sentiasa bersedia untuk mendengar nasihat dan pendapat anda semua kerana anda semua adalh kawan saya...=)

Saturday, September 26, 2009

pagi raya yg membahagiakan...






salam bahagia buat semua dan salam aidilfitri...

first of all, zati mintak maaf zahir dan batin pada semua yang mengenali zati..hidup ini kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.walaupun kita sudah merancang dengan sebaiknya dan kita sudah berhati-hati dlm apa jua tindakan tapi sudah menjadi sifat manusia pelupa. tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini. baik dia seorang guru,doktor,imam,kaunselor,penasihat yang terkenal mahupun perdana menteri. dan jangan sesekali kita terlalu berbangga dengan kelebihan diri kita. dan jangan sesekali juga kita terlalu memuji diri kita, itu dan ini..sesungguhnya sikap itulah yang akan menjatuhkan kita pada suatu masa nanti. cubalah kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur, rendah diri (tawaduk) dan hiasi lah diri kita dengan sifat-sifat mahmudah..alangkah cantiknya perjalanan hidup manusia seperti itu..setelah kita berpuasa selama sebulan,harap-harap kita semua telah berjaya mendidik jiwa dan rohani kita,jasad kita dengan sebaiknya..agar hari raya ini adalah hari yg palingbahagia menandakan kita telah menggapai,merasai kenikmatan, keindahan ramadhan itu....tapi ingatlah kita adalah manusia biasa dan kehidupan kita sentiasa diduga dan diuji dengan pelbagai ujian. pada masa yang sama kita digoda dan dihasut oleh suara-suara kecil yang tidak pernah berputus asa untuk menarik kita ke pintu jahanam...sama-sama lah kita mngingati diri kita dan memuhasabah diri agar kita tdk terpesong jauh dari landasan yg sebenarnya...
dari ruang hatiku:
diriku juga insan yg tidak sempurna yang sentiasa memerlukan bimbingan dan teguran....

Saturday, September 19, 2009

salam aidilfitri....




edisi khas....

salam perjuangan....

hidup ini adalah perjuangan. jadikan dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga. janganlah kamu meninggalkannya. kuasailah pelbagai bidang dimana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi. hanya di tangan orang-orang soleh, dunia ini akan menghentikan tangisannya....
teruskan usahamu wahai teman...nyalakan semangat juangmu, dlm mncari ilmu,jgn sesekali engkau berundur dari medan ini, kerna aku yakin kamu mampu lakukannya...mampu persembahkan yang terbaik,yang terhebat...sandarkan apa yg dilakukan KERNA ALLAH TAALA..pasti ALLAH kan sentiasa bersama mu..."KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN" come on!!! ganbatte!!chaiyok!chaiyok!!

p/s buat "saudaraku" :
penantian adalah satu penyeksaan tapi ia kan mnjd sesuatu yg manis utk dikenang jika kita mempositifkan keadaan..sabarlah menanti suatu hari itu,sesungguhnya kita hanya merancang tp ALLAH yang menentukan..sulamkan penantian ini dengan rantaian doa yang tidak pernah putus agar segala penantian ini berakhir dgn suatu harapan yg mnjd kenyataan...sesungguhnya doa yg berterusan itu pasti diperkenan kan oleh nya..ku utuskan sekalung doa bt mu "saudaraku".

MERENUNGI SEKETIKA




biar berlinangan airmata..

salam bt semua pengunjung blog ku...
biar berlinangan airmata
ku takkan hentikanya
biarkan ia menyembuh luka
hilanglah rasa duka
tidakku termampu merentasi liku-liku
oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
oh sungguh ku tak upaya
jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
bisa meleraikan iman
kan hancur semuanya
walau menitis air mata darah
tak bisa merubah segalanya
melainkan taubat nasuha
moga kan diterima
namun ku percaya
masih ada kesudahannya
kerana ALLAH itu
maha kaya maha mendengar
rintihan hamba-hambanya
kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
pasti akan ada
jala keluarnya
rezeki yang tidak disangka-sangka
cukup ALLAH baginya
berkuasa segala-galanya
terima seadanya....
DARI RUANG HATI 2_ONE:
duhai temanku...jika dirimu merasa jauh dari Nya, kau carilah,tangisilah,usahalah,brjuanglah mencari kenikmatan, kemanisan iman dari ILLAHI,,,sesunggunhnya hampir kepada NYA adalah saat-saat yg paling indah yg tidak dapat diungkap dgn kata-kata mahupun perbuatan,,,hanya hati yg suci yg pernah mnggapai kemanisan dan kenikmatan iman itu yg mampu mnceritkannya....carilah cinta ILLAHI...

Friday, September 11, 2009


"SELAMAT BERPUASA"


MENITI SEPULUH MALAM TERAKHIR