tetamu di ruangku

Friday, November 27, 2009

yang menarik kasihmu?

Assalamualaikum...
hai kawan-kawan..apa khabar?saya plak sihat.alhamdulillah..hehe
Kawan hari ini saya nak ajak kamu semua berfikir sejenak tentang CINTA...
huhu..bunyi cam jiwang je..
ok,bukan mase untuk jiwang2 taw
jom kite ke sidang perkongsian.....
manusia jatuh cinta kerna kecantikan dan kekacakan,
manusia jatuh cinta kerna kepintaran dan kebijaksanaan,
manusia jatuh cinta kerna kefasihan berbicara,
manusia jatuh cinta kerna budi pekerti yang tinggi,
manusia jatuh cinta kerna harta kekayaan,
manusia jatuh cinta kerna banyak membantu,

kawan-kawan,
sedarkah kita bahawa semua itu hanya secebis zarah daripada keindahan ALLAH,pemilik segala sesuatu. namun bagaimana kita terlupa bahawa ALLAH mempunyai segala sesuatu sebab musabab untuk manusia jatuh kasih kepada-NYA. Pun begitu,kita sering terhalang dek kelebihan manusia.

jika cantik dan indah menjadi puncanya,maka ALLAH adalah yang terindah. keindahan-NYA terzahir daripada makhlukNYA.

Jika banyak membantu menjadi sebabnya, maka ALLAH Maha Membantu. udara yang disediakan,matahari yang memancar,alam yang penuh dengan rezeki serta nikmatnya.

demikian juga Rasulullah saw. yang menjalankan tugasnya sebagai pesuruh ALLAH bertungkus lumus membantu kita agar terselamat di alam barzakh dan akhirat.TIDAK TERHUTANG BUDIKAH KITA DENGAN KESUNGGUHANNYA?

ALLAH dan NABI MUHAMMAD saw.,paling layak menerima kasih dan cinta kita. namun,kelemahan kita sering gagal memujuk hati ini untuk jatuh kasih kepada-NYA..Akibat dihalang tembok besar dunia,tembok besi kejahilan dan tembok penipuan yang dipasang syaitan.
kawan-kawan mari sama-sama kita RENUNGKAN.......

Wednesday, November 25, 2009

adakah anda percaya diri?

Assalamualaikum buat semua...

hari ni saya mahu kongsi tentang "percaya diri"
semalam saya ada baca satu artikel dari satu blog yang bertajuk KATA-KATA MOTIVASI yang menarik perhatian saya.jom saya kongsikan!!

fokus "percaya diri" dalam konteks bersosial dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.
mengapa orang tidak mampu tampil percaya diri??
1-tidak mengerti dan menyedari betapa unik dan berharganya dirinya
2-terlalu mencemaskan apa yang difikirkan oleh orang lain tentang dirinya

setiap manusia adalah individu yang unik dan berharga. setiap kesedaran manusia akan mengakui bahwa dirinya lebih berharga dari orang lain. sebagai contoh saya tidak secantik ratu dunia dan tidak sekaya tom cruise. tapi jika Tuhan menawarkan saya "mahu tak jiwamu ditukar dengan jiwa orang-orang tersebut?"dengan yakin,jawpan saya adalah tidak mahu..saya pasti dan pasti secra normal anda juga akan sependapat dengan saya.

jika diformulakan secara rasional
tidak percaya diri = tidak menghargai diri = tidak mensyukuri kehidupan = dosa = salah
diri kita adalah unik, kerana memang tidak ada manusia lain yang menyerupai kita sepenuhnya, dan juga berharga kerana kehidupan adalah anugerah / bukan aib atau cela. semua yang mersa hidup dan menjalani hidup ini bertanggung jawab secara moral untuk menjunjungi tinggi dan menghargainya.
kawan-kawan
jika anda menampilkan diri sebagai individu yang berharga, maka orang lainpun akan menghargai anda, dan sebaliknya, jika anda merendahkan diri anda sendiri(minder), orang lain pun akan merendahkan anda.
orang lain tidak akan peduli seberapa pintar dan hebatnya diri anda, juga tidak peduli seberapa bodoh dan buruknya diri anda, tapi orang lain akan lebih peduli jika anda mampu memberikan atau menampilkan sesuatu yang patut dihargai.
dalam berkomunikasi juga prinsip yang sama . orang lain tidak peduli seberapa banyak yang anda tahu,tapi mereka lebih peduli apa manfaatnya mendengarkan apa yang anda katakan

salam perkongsian.....

MOTIVASI UNGGUL


Assalamualaikum wbt.....
salam perjuangan,salam aspirasi buat semua pembaca..baru-baru ni zati dapat hadiah sebuah buku seperti yang terpapar diatas.buku tu bertajuk UNTUKMU UMAT ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Sarjana Takhassus Fiqh dan usul Fiqh.
dalam buku ni ada sub-topik yang bertajuk motivasi diri...jom baca apa yang saya mahu kongsikan daripada buku ini dgn anda semua.
semua manusia memerlukan motivasi. Nabi Muhammad s.a.w diberikan motivasi melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Nabi Ibrahim juga memohon motivasi daripada Allah s.w.t.
surah al-Baqarah:260
Allah swt berfirman "Ingatlah ketika Nabi Ibrahin berkata:Wahai TUHANku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana ENGKAU menghidupkan makhluk-makhkuk yang mati? ALLAH berfirman :"Adakah engkau belum yakin (dengan kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab:"Bahkan (aku percaya dan yakin), tetapi (aku mohon yang demikian) supaya hatiku mantap dengan iman."
kita semua perlukan motivasi. motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan keredhaan dan syurga ALLAH sebagaimana nabi dan para sahabat. ALLAH mencatatkan di dalam Al-Quran betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan dan syurga ALLAH.
Firman ALLAH swt. surah al-Mutaffifin:26
maksudnya:" Tempat penamatnya harum semerbak kasturi (syurga).bagi (memperolehi nikmat kesenangan) itu, mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan hendaklah ber;umba-lumba mendapatkannya."
kawan-kawan
lihat,bagaimana ALLAH sentiasa ingin kite bermotivasi bagi mencapai kebaikan syurga iaitu dengan menyuruh kita berlumba mendapatkannya. Namun amat dikesali, manusia sering berlumba bagi memperoleh nikmat sementara dunia iaitu harta,nama dan pangkat.
Jangan engkau jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana dia akan mencelamu di kemudian hari,
Jangan engkau jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis
Jangan engkau jadikan pangkat sebagai motivasi unggul kerana ia akan tamat dan dicemburui
Jangan engkau jadikan keluarga sebagai motivasi unggul kerana mereka jua akan mati
TETAPI
Jadikan ALLAH ,rasul dan syurga yang dijanjikan-NYA sebagai motivasi, pasti ALLAH tidak akan mati dan janji-NYA pula tidak akan mengecewakan.
membiarkan orang lain bermotivasi dan memperoleh pahala,bukanlah sifat orang yang beriman. jangan biarkan kata2 negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat membantutkan semangat anda.sebaliknya ,jadikan ia pendorong dan motivasi.
coretan adalah petikan dari buku UNTUKMU UMAT....SALAM PERKONGSIAN BUAT SEMUA
kalau ada kesempatan nanti saya kongsikan lagi tentang apa yang saya baca dari buku ini...kalau berpeluang,belilah buku ni...bagus untuk kite semua..=)

Saturday, November 21, 2009

merenung sejarah dengan mata hati-mukhayyam-isk..




bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt. pada para pembaca...terima kasih kerana masih lagi sudi untuk berkunjung di laman blog saya yang tidak seberapa ini.alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Illahi kerana masih lagi memberi kesempatan, ruang dan peluang kepada saya untuk melakar coretan di "ruang bersamaku" ini.alhamdulillah..
seperti yang kite semua telah sedia maklum musim cuti sekolah sudah bermula..mesti seronok kan kawan2,dapat cuti.? ada yang mengatakan musim cuti ni ialah saat yang paling sesuai untuk berhibernasi.hehe..betul ke??ada jugak yang mengatakan musim ni macam honeymoon lah..haha..sebab dapat buat apa saja tanpa terikat dengan peraturan..huhu..macam2..semuanye ada rancangan masing-masing untuk mengisi mase cuti mereka yang terluang..
kawan-kawan,saya plak membuka tirai cuti saya dengan mengikuti mukhayyam di tanjung chap,bachok untuk mengikuti "ISK" Inilah Sejarah Kita..sangat bermakna.disini saya dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak bertemu, bertemu kawan baru, pengalaman baru dan yang paling penting ilmu..

kawan-kawan,salam perkongsian disini
marilah kite melihat sejarah dengan mata hati.kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid." sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati...."

Allah swt berfirman dalam surah Hud 11:20- "dan tiap2 berita dari berita rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya.dan telag datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman"
hadith 1: manusia seperti logam
"manusia seperti logam,terpilihnya mereka semasa jahiliyyah juga mereka semasa islam,sekiranya mereka faham"
kawan,kalo kite renungkan logam suatu benda yang bernilai dalam mana-mana zaman.nilainya tidak pernah berubah. seandainya lah jahil, nilai yang beranalogikan logam tadi akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya,seandai dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. segalanya bergantung kepada KEFAHAMAN
cuba kita perhatikan pada bahagian terakhir hadith itu mempunyai dua sebutan
1- memahami imu fiqh
2-memahami islam
jom kite membuat pemerhatian, ada jenis orang yang mngetahui soal hukum-hakam tetapi masih tidak memakai tudung contohnya. mereka mengetahui hukum Fiqh tetapi masih tidak memahami Islam. jom kite lihat jenis orang yang satu lagi.mereka ni memahami Islam tetapi tidak menguasai Fiqh. mereka yang memahami Islam akan mengamalkannya,sebaliknya yang tidak memahami akan meninggalkannya walaupun telah datang hujah dan pengetahuan.
kita memahami hukum fiqh melalui kuliyah2 "Fardhu-ain". tetapi bagaimana kite mahu memahami Islam itu sendiri???..didiklah jiwa kite melalui proses usrah dan tarbiyyah.

Hadith 2: kebaikan bagi mereka yang faham
"sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-din."
surah Al-An'am 6:125- "maka sesiapa yang Allah kehendaki hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam..."
Al-Quran- memahami dengan hati (surah Al-A'raf 7:179)
"dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya(ayat2 Al-Quran). dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya(bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi,mereka itulah orang2 yang lalai"

analoginye, mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan menggunakan hati. sebaliknya sekiranya kite membaca buku2 akademik (medic or physic),kite akan menggunakan akal untuk memehami. apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang.filem2 romantik pasti meneyntuh jiwa, menyebabkan manusia sedih dan gembira. filem2 dokumentari belum pasti dapat menembusi jiwa manusia..hmm penah ke kawan-kawan tgk orang yang baca buku physic menangis kerana terharu??haha..menangis kerana xfaham formula adalah..hehehe
hadith 3: hati menentukan perilaku manusia
"ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.ketahuilah ia adalah hati"-hadith ke-6,hadith hadis 40 an-Nawawi)
tujuan hidup manusia : ibadah dan kahlifah
ibadah kepada Allah surah Az-Zariyat 51:56-58)
"dan (inagtlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku.Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya ,ereka memberi makan kepada Ku. sesungguhnya Allah sahaja yang memberi rezeki (keoada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga lagi, Yang maha kuat kukuh kekuasaaNya".
manusia mungkin keliru tentang tugas mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintah Nya. mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan Allah, antaranya persoaln rezeki dan kebahagian dunia.,
coretan diatas ada juga ku petik dari halaqah.net

ini yang mampu saya kongsikan dengan kawan-kawan.hasil dari mukhayyam-isk..kalo anda berpeluang untuk ISK.saya syorkan joinlah..tidak rugi..malah banyak inputnya..saya pon mahu join lagi kalo ada lagi program seperti yang dianjurkan spt ini..
sekian.salam terus untuk berkongsi..

Tuesday, November 17, 2009

pemerhatian - sifat lelaki...


gambar hiasan semata-mata


assalamualaikum kawan-kawan...apa khabar?semua sihat?...saya harap semuanye dalam keadaan baik-baik hendaknya.

kawan,
saya mahu kongsikan satu perkara dengan kalian iaitu tentang sifat lelaki.
dulu mase kecik-kecik,mse zaman berhingus lagi saya igt sifat lelaki sama sperti perempuan cuma bezanya jantina.bila saya masuk alam remaja baru saya tahu yang lelaki ada sifatnya yang tersendiri..

dalam diam saya suka memerhati dan mnganalisis orang disekeliling saya....hehehe dalam diam ke dalam kecoh ek??..hehehehe..maklumlah saya ni suka bercakap lah katakan..pok pek pok pek..susah tol nk tengok saya diam.wadoio gawat..hehe..walaubagaimanapun saya kan cuba memperbaiki diri saya untuk jadi yang lebih baik.

sekarang saya mahu senaraikan sifat lelaki berdasarkan pemerhatian saya...jangan salah faham ye,saya bukan membuat kesimpulan tentang sifat lelaki tapi saya menyatakan sifat lelaki berdasar kan pemerhatian melalui kaca mata saya.saya tidak berani untuk membuat kesimpulan tentang mereka kerana kite tidak kenal hati budi mereka.saya hanya memandang dengan mata kasar sahaja..

jom kite lihat apa sifat mereka ini..hehehe..

pertama.HIDUP LELAKI LEBIH MUDAH BERBANDING WANITA
kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disamapaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita..perempuan suka berkias ibarat dan berharap lelaki faham,tetapi lelaki lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara terus terang.

kedua.BAHASA LELAKI ADALAH BERLAINAN
apa yang dikatakannya adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya.ini bukan bererti dia berbohong. maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya.lelaki tidak pandai melahirkan rase hatinya dalam bentuk kata-kata.

ketiga LELAKI SUKA MEMBISU
biasanya ,perempuan berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagi salah satu cara berhadapan dengan realiti,tetapi lelaki masih lebih suka untuk emnyembunyikan dan membisu...hmm penim2..

keempat.LELAKI TIDAK KOMPLEKS
Haa..ini satu lagi masalah..secara rata-rata lah, perempuan suka sangat mengganggap lelaki .sebagai kompleks. tetapi sebenarnya..nk taw tak?..lelaki adalah mudah..simple,.am i right??ntah lah ini hnya sekadar berdasar pemerhatian je taw.

kelima.JANGAN PAKSA LELAKI
bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya,mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya.maka saya syorkan adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sehingga ke akar umbi.lebih membaca bahasa badan mereka daripada bertanya..ok saya berikan contoh..jika dia pada kebiasaanya suka membaca tetapi tidak melakukannya,mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau..ye ke?ntah lah

keenam LELAKI TIDAK SUKA DIKRITIk
ini juga salah satu sifat yang pernah saya perhatikan.kenapa ya??hmm..apa yang dapat saya katakan.jangan mengkritik melainkan jika anda bersedia untuk bertikam lidah dengannya.lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.saya rase lah kalo orang jenis ini cara yang baik untuk mengkritik ialah dengan jenaka dan lembut.mungkin elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian...ntah lah..

ketujuh LELAKI DAN EGO
hmm..orang yang bersifat.no komen.xberani nk ulas..cz saya tak faham ..hahaha

kelapan LELAKI SUKA MENYELERAK
hahaha..ni dah ramai yang tahu kan...mmg majoriti suka menyelerak..hai macam2...perempuan ada jugak yg mcmni kan?kan..kan??

pada para pembaca lelaki jangan marah taw...mungkin apa yang saya katakan diatas itu betul dan ada yang salah atau jauh terpesong..tapi INGAT SAYA BUKAN MENYIMPUL TENTANG SIFAT LELAKI .tapi hanya sekadar berdasarkan pemerhatian mata kasar sahaja...tidak semua yang begitu...sama lah dengan perempuan ..ada perempuan yang baik , separa baik, xbaik dan sebagainya...dan sekali lagi saya nk igtkan kita xboleh menghakimi seseorang hanya sekadar berdasarkan pemerhatian atau luaran semata-mata..ini hanya sekadar perkongsian pemerhatian saya ..mungkin ia salah...jangan take serius taw..

nanti sy tulis ttg sifat perempuan plak..jangan bimbang .nanti kite ckp sal pmpuan lak..hhehhehehehe....

Monday, November 9, 2009

insan bergelar sahabat...


ya allah hanya engkau yang maha mengetahui dan mengenali siapa diri ini,dan apa yang terpendam di dalam kamar hati ku..

salam pertemuan buat para pembaca yang saya sangat hargai...

para pembaca yang kukasihi,,

beberapa minit yang lalu saya terfikir tentang satu perkara yang membuatkan hati saya resah dan tertanya-tanya....adakah diri ini memberi hak yang sepatutnya kepada sahabat-sahabat disekelilingku.??.adakah kehadiran ku menyenangkan dan menceriakan hari mereka?.dan adakah aku terlalu memilih kasih dalam persahabatan??...sejak beberapa hari ini, aku diselubungi oleh persoalan-persoalan sedemikian yang membuatkan aku terfikir dan termenung seketika untuk menilai dan memuhasabah diri ini...

post ini kutujukan khas buat insan bergelar -SAHABAT ...saya harap insan itu membaca coretan saya buat kali ini..sahabat ingin kujelaskan dan ingin ku luahkan padamu,sebenarnya diri ini amat menghargai dan menyayangi kamu semua. cuma sukar untuk ku zahirkan secara langsung dan untukku lafazkan buat kalian..mungkin secara mata kasar aku melayan dirimu seperti biasa seolah-olah tidak ada apa-apa..tapi dengarlah duhai sahabat, jauh di dasar hatiku..hatiku berkata-kata bahawa kalian adalah insan yang sangat bermakna..

usahlah kalian khuatir tentang hati ini terhadapmu,sesungguhnya aku menyayangi semua insan disekelilingku, tidak kiralah ia teman,sahabat.kawan mahupun lawan...kasih ku tetap mengalir dalam ikatan ukhwah..once again..i wanna 2 say "you are so precious"...
usah kau ragui tentang kasihkku pada mu duhai sahabat..mungkin hanya dengan cara coretan ini dapatku zahirkan segalanya..

adanya diriku,sebagai teman pemberi ingtan,bkn untuk melalaikn,adanya diriku sbg teman penghambur semangat jihad,bkn penggoyah iman,namun andai dikau merasa kedatanganku ibarat embun,muncul dikala dinihari,hilang kala terbitnya matahari,maka ingatlah aku masih disini...sentiasa berdoa agar terpelihara sepanjang hari.walau rembulan jauh mnyepi..ingatlah perjalanan kita tersangat jauh..moga ukhwah kite kekal hingga ke syurga....aminnn