tetamu di ruangku

Friday, February 19, 2010

luahan pada sang pencipta


bismillahirrahmanirrahim.....Assalamualaikum buat para pengunjung yang aaamatt saya hargai kerana sudi untuk menjenguk di "ruangbersamaku"......

Alhamdulillah,sampai hari ini kita masih lagi diberi kesempatan,ruang untuk menikmati,menghayati,memanfaati kurniaan ALLAH swt...terutama nikmat IMAN dan ISLAM..subhanallah....maha penyayang DIA menyediakan medan kehidupan buat kita semua...

SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR.......tika mata ini,meliar,memandang keindahan dan keagungan ciptaanNYA, dan tika mulut ini melafazkan bait2 indah buat sang pencipta, dan tika telinga ini mendengar suara2 alam...dan tika akal ini menilai dan mentadabur sejuuutaa keunikan, keindahan alam yang terbentang luas.....merasakan bergetar jiwa ini...merasakan titisan2 salju mula mengalir dalam hatiku...YAALLAH...getaran itu cukup membuatkan daku rindu padaMU...rase cinta berbunga2 mula mekar memenuhi ruang hatiku..mata hatiku mula bersinar2, sentiasa mendayukan pancaran hidayahMU......YA ALLAH...makin ku memandangnya,makin ku mendengarnya, makin ku memikirkanya, makin sayu hati ku,makin cair hatiku...dengan keunggulanMU duhai sang pencipta.....

duhai sang penciptaku.....Tuhan sekalian alam.....daku rindukan syahidMU...ku tahu bukan mudah untuk KAU anugerahkan padaku...

siapalah aku untuk menerimanya...??
layakkah aku untuk menjadi seperti para mujahid mujahidah..??yang syahid di jalan MU...

YAALLAH....ku tahu diri ini amat hina,lalai dan leka....tapi bibirku hatiku kan terus berdoa padaMU agar matikanlah aku dalam syahidMU.....tidak ada guna memiliki kepandaian,kehebatan,memiliki rumah yang besar, kawan yang ramai, teman hidup yang hebat, jika kita semua tidak mampu menggadaikan diri untuk menggapai syahidNYA......

adakah aku mampu untuk mendaki sehingga ke puncak iman itu????......
adakah aku mampu menjadi sebaik2 orang2 yang terahulu???....YAALLAH aku amat2 lemah...pimpin lah daku,belai lah daku dalam petunjukMU........


YAALLAH kau permudahkan segala urusanku, kau aturlah hidupku dengan sebaik2 aturan...kau anugerahkanlah aku sahabat2 yang sentiasa bersama ku dalam medan dakwah, yang sentiasa mengingatkanku padaMU..kau anugerahkanlah aku teman yang mampu membajai imanku, mampu menyulam kata2 hikmah,yang mampu membimbing ku bersama dalam menggapai syahidMU...YALLAH...kau jagalah keluaragaku...hiasilah diri mereka dengan akhlak2 yg mulia.....YAALLAH kau bantulah aku agar segala impian ku,cita2ku,imaginasi ku menjadi realiti....

jauhkanlah aku daripada lalai dan leka, kau lindungilah maruahku,mantapkan peribadiku....jauhkanlah aku dari umpatan,fitnahan manusia....lindungilah aku daripada perkara yang memalukan diriku......lindungilah aku daripada kejahatan laki2..lindulingilah aku dari bercakap perkara yang melagho kan(melalaikan)..kau lahirkan lah kata hikmah dari pada butir bicaraku....mantapkanlah iman didada agar aku tidak rebah tika yang lain tersungkur,kau kuatkanlah semangatku, tingkatkan kesabaranku,ketabahan ku dalam meneruskan perjalanan hidup..matilahkanlah aku dalam kalimah LAAILAAHAILLAHH.MUHAMDURRASULULLAH....
kuatkan akidahku untu berpaut pada syahadahMU.....jau

segala2nya ku serah padaMU....YA RABBI.......

Friday, February 12, 2010

berfikir secara rasional

Berfikir Secara Rasional

Oleh PROFESOR DR SYED HASSAN AHMAD
(Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas)

KITA pernah mendengar kata-kata berani buat, berani tanggung?. Ini bermaksud sesiapa yang melakukan sesuatu perkara harus menerima apa-apa akibat daripada perbuatannya.

Jika perbuatan dilakukan itu baik, beruntunglah orang berkenaan. Jika dilakukan itu satu jenayah, dia akan dihukum dengan sewajarnya. Ini bermaksud seseorang itu sedar apa yang dilakukan dan bertanggungjawab di atas perbuatannya.

Ada juga individu tidak tahu apa dilakukan dan akibat perbuatannya. Dalam keadaan seperti ini, orang itu dikatakan tidak berupaya berfikir secara rasional dan hilang keupayaan membezakan antara yang benar dan salah.

Oleh itu, apabila berlaku sesuatu jenayah umpamanya, dua situasi perlu diketahui.

[color=Green]Pertamanya, adakah orang yang melakukan sesuatu jenayah itu bertanggungjawab ke atas kesalahannya.[/color]

[color=Blue]Keduanya, adakah orang yang melakukan jenayah itu hilang kewarasannya; justeru dia tidak bertanggungjawab di atas kesalahan dilakukannya.[/color]

[color=Orange]Implikasinya ialah, mereka yang bertanggungjawab di atas kesalahan mereka akan dihukum sewajarnya.[/color]

Mereka yang hilang kewarasannya pula tidak bersalah dan akan diperintah menjalani rawatan bagi memulihkan pemikiran yang tidak waras.

Jenayah dimaksudkan membabitkan semua kategori jenayah, termasuk jenayah ringan atau lebih serius seperti rompakan dan pembunuhan.

Oleh itu, apakah kriteria yang membezakan seorang pelaku jenayah yang tahu dengan seorang lagi pelaku jenayah yang tidak tahu apa dilakukan?

Dalam proses perundangan, kriteria yang kerap diterima ialah status mental orang berkenaan. Ini bermaksud jika seseorang itu boleh berfikir dengan jelas dan rasional, dia tahu apa yang dibuatnya.

Sebaliknya, jika orang terbabit didapati mengalami gangguan fikiran, iaitu mudah keliru, dilanda pelbagai gangguan pemikiran seperti delusi dan halusinasi, dia dikatakan tidak siuman. Oleh itu, dia dianggap tidak tahu apa dia lakukan.

Isu asas yang dibicarakan di sini ialah mengenai pemikiran. Orang yang rasional dikatakan dapat berfikir dengan jelas, oleh itu emosi dan perilakunya bersesuaian dengan pemikirannya.

Orang yang tidak rasional pula tidak berupaya dan tidak mampu berfikir secara logik. Akibatnya, dia tidak terdaya membuat pilihan dan keputusan munasabah.

Dalam aspek perubatan psikologi, bukti menunjukkan seseorang itu tidak rasional boleh didapati apabila status mental dikaji dan diuji. Dalam perkara gangguan pemikiran, fenomena delusi dan halusinasi adalah tanda utama yang dicari.

Delusi ialah gangguan pemikiran. Pemikiran seseorang dipengaruhi persepsi, budaya dan kepercayaan yang diamalkan orang itu. Lazimnya semua orang perlu memikir sebelum ia melakukan sesuatu.

Apa yang dilihat dan diketahui akan mempengaruhi pemikirannya. Pemikiran yang normal dapat membuat seseorang itu memilih sesuatu keputusan yang baik dan berfaedah kepada dirinya. Oleh itu, proses pemikiran memerlukan kematangan supaya ia mampu menerima dan menilai maklumat yang ada padanya.

Fungsi pemikiran adalah untuk mencapai perkembangan diri yang terbaik supaya kawalan diri menjadi mantap. Kualiti hidup lebih bermakna pada masa sekarang dan masa akan datang. Kemakmuran dan kesejahteraan dapat menghasil keharmonian dan kedamaian.

Dalam konteks ini, orang tidak matang seperti kanak-kanak dan orang nyanyuk dikatakan tidak bertanggungjawab di atas perilaku mereka.

Golongan kanak-kanak dikatakan belum mencapai tahap keupayaan membezakan apa yang betul dan salah. Oleh itu jika mereka membuat sesuatu yang dianggap sebagai jenayah, mereka tidak bertanggungjawab sepenuhnya.

Keadaan sama boleh dikatakan dengan orang nyanyuk. Mereka mengalami gangguan perubatan dementia. Ada perubahan pada daya intelek, ingatan dan personaliti.

Orang yang mengalami dementia tidak tahu apa mereka lakukan dan tidak dapat membeza antara betul dan salah.

Keadaan pemikiran, emosi dan perilaku mereka seperti kanak-kanak.

Justeru, apabila terbabit dengan jenayah, mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan. Begitu juga dengan urusan perundangan seperti menyediakan surat wasiat. Orang yang mengalami gangguan dementia tiada kuasa membuat wasiat kerana daya fikir tidak sempurna.

Selain delusi, gangguan persepsi seperti halusinasi adalah satu lagi tanda bahawa kewarasan seseorang itu terganggu.

Banyak kes membabitkan perbuatan jenayah berpunca daripada fenomena halusinasi yang dialami penjenayah itu.

Contoh kejadian menyayat hati seperti kanak-kanak dibunuh ibu atau bapa yang mengalami sakit jiwa serta isteri atau suami dibunuh oleh pasangan yang turut mengalami penyakit sama ada kaitan dengan gangguan halusinasi.

Contoh halusinasi adalah apabila pesakit terbabit mendengar suara ghaib menyuruh melakukan perbuatan seperti membunuh.

Susulan daripada suara itu, pesakit percaya sepenuhnya arahan diberi, justeru dia melakukan perbuatan yang dia sendiri tidak tahu apa akibat dan kesudahannya.

Oleh itu, daya berfikir secara waras, rasional dan logik adalah satu nikmat berharga kepada kita. Jagalah ia dengan baik supaya tidak berlaku gangguan yang boleh menyebabkan sesuatu tidak diingini berlaku.

http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-183993.html

jangan kerana mulut orang kita ketepikan sahabat..


assalamualaikum.....
hai. kawan-kawan......

kali ini saya mahu bercakap ttg "jgn kerana mulut orang kita ketepikan sahabat"....
pernah tak kawan-kawan terdedah dgn situasi - kerana mulut orang kita menjadi kurang selesa dengan sahabat kita....betullah kan, percakapan itu lebih tajam drp mata pedang....
kerana mulut hubungan suami dan isteri bertekak....
kerana mulut adik dan abang bertumbuk.....
kerana mulut majikan dan pekerja bermasam muka....
dan kerana mulut juga SAHABAT DAN SAHABAT MENJADI RENGGANG......

mungkin kawan2 pernah terlibat dengan situasi seperti ini....terutama bila ada orang ketiga yang cuba memberi perencah yg tidak enak....

mungkin sekali dua kali kita boleh buat cool je...rilek je...seolah-olah xamik kisah ttg apa yang diperkatakan........tp kita semua tahu akan satu hakikat..."KITA ADALAH MANUSIA BIASA YANG MEMPUNYAI KESABARAN YANG AGAK TERHAD"...betul ke??...mungkin ya dan mungkin tidak.....

saya juga ada byk pengalaman dalam hal ni baik dibangku sekolah mahupon di institusi tnggi.....
kadang-kadang rse mahu aja tidak bertegur sapa dgn sahabat kerana ingin melarikan diri drp MULUT org......kadang-kadang mahu aja kita declare perang dgn sahabat kita agar MULUT2 itu berpuas hati.....

tp igt satu perkara kawan-kawan......
setelah difikir dan fikir, itu adalah tindakan yang tidak bijak....tidak rasional....tidak profesional....itu adalah "cara kampung"....

"pekak kan telinga.....pandang ke depan dan pandu mengikut arah kita..."

sebenarnya....hmmm
cuba saudara-saudari berfikir sejenak....apakah hikmah disebalik ujian drp situasi ini???
sebenarnya ia menguji sejauh mana kita mengaplikasi skill dalam pengurusan emosi....menguji sejauh mana rasionalnye fikiran kita untuk menilai kebenaran dan taufan drp MULUT2 orang...

mungkin bila kita cerita pada orang lain akan hal ini....mereka mengatakan.."alaa,small matter je pon"....bak kata pepatah..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.....panas telinga dalam pon panas jugak.....

kadang-kadang disebelah pihak kita,...bg kita benda tu juz a small matter...itz nothing..tp orang ketiga yang membesar2kannya...and mereka take serioys akan hal hal yg kecik2 ini..dan boleh mempengaruhi kita....kerana mulut itu tajam....pernah tak kdg2 rse menyampah bila benda kecik di ulang2 oleh org ketiga..sedangkan byk benda lg kita nk fikirkan dan kita nk dengarkan......saya faham mmg kita xpedulikan benda remeh spt ini..tp analoginye mudah...percikan api yg sedikit lama sebuah rumah boleh terbakar..benda kecik bila diulang2..ia boleh mmberi kesan....fikir2kn...hati yang rilek pon boleh jd kecamuk.....mereka hnya mahu lihat yang selesa jd xselesa..yg rapat jd renggang...

so nasihatnya.....pada kita semua termasuk saya sendiri...jauhkan diri drp org MULUT2 ini...be positive....pandang kedepan.....jgn kerana si MULUT kita semua jadi kurang selesa....be profesional n rational......mencari sahabat bukan mudah....so,sama2 kita berhati2 dlm menjga tali persahabatan..tali ukhwah......

Wednesday, February 10, 2010

keteladanan Rasulullah s.a.w

Keteladanan Murabbi
Pernahkah Anda mengalami suatu saat ketika Anda membuka mushaf dan Anda mulai membaca Al-Qur’an kemudian anak-anak Anda datang mendekati Anda sambil membawa buku Iqra’nya lalu mereka melakukan hal yang sama seperti apa yang tengah anda lakukan? Pernahkah Anda mendapatkan mutarabbi (objek dakwah/peserta didik/murid) Anda mengerjakan shaum (puasa) sunnah padahal Anda secara eksplisit tidah pernah menyuruhnya? Hal tersebut dilakukan oleh mutarabbi Anda hanya karena ia mendapatkan Anda juga melakukan shaum sunnah pada hari-hari sebelumnya, itulah buah dari keteladanan.

Ketealadanan adalah cara berdakwah yang paling hemat, bahkan bahasa keteladanaan jauh lebih fasih dari bahasa perintah dan larangan sebagaimaana pepatah mengatakan: “Lisaanul hal afshahu min lisaaanil maqaaal”, bahasa kerja lebih fasih dari bahasa kata-kata. Dalam ungkapan lain keteladanan ibarat tonggak, dimana bayangan akan mengikuti secara alamiah sesuai dengan keaadaan tonggak tersebut, lurusnya, bengkoknya, miringnya, tegaknya. Benarlah pepatah ini: “Kaifa yastaqqimudzdzhillu wal ‘uudu a’waj”, bagaimana bayangan akan lurus bila tonggaknya bengkok.

Oleh karena itu, penting bagi para murabbi (dai/pendidik/guru/orang tua) untuk berusaha semaksimal mungkin menjadi figur murabbi teladan agar keteladanaannya memberi keberkahan bagi perkembangan dakwah dan peningkatan kualitas maupun kuantitas para mutarabbi yang mereka bina. Perhatikanlah kehidupan pendidik ummat Rasulullah saw. Telusuri keteladanan figur murabbi pada diri sahaabatnya, para tabi’in, dan ulama salaafussalih. Kita sungguh tidak ada apa-apanya dibanding mereka.. Tetapi kita dinasihati oleh satu pepatah: tasyabbahu in lam takuunuu mislahum, Innattasyabbuha bil kiraami falaahun, teladanilah meski tidak sama persis dengan mereka, sesungguhnya meneladanani orang-orang mulia adalah satu keberuntungan.

Keteladanan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam.

Sebagai murabbi Rasulullah saw. selalu melakukan pendekatan komunikasi sebagaimana yang direkomendasikan Al-Qur’anm yaitu qaulan layyinan (Thaha: 44), qaulan maysuran (Al-Isra’: 28), qaulan ma’rufan (As-Sajdah: 32), qaulan balighan (An-Nisa’: 63), qaulan sadidan (An-Nisa’: 9), dan qaulan kariman (Al-Ahzab: 31).

Rasulullah tidak pernah menjaga jarak dengan mutarabbinya. Sehingga tidak terjadi kesenjangan psikologis antara mutarabbi dengan murabbi. Hal ini dapat dilihat dari dialog lepas antara Jabir bin Abdillah dengan Rasulullah saw. “Aku pernah keluar bersama Rasulullah saw. pada peperangan Dzatirriqa’. Aku mengendarai seekor onta yang lamban jalannya sehingga aku tertinggal jauh dari Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. menemuiku seraya berkata, “Kenapa engkau, hai Jabir? ” “Ontaku, ya Rasulallah, jalannya lamban sekali,” balasku. Kemudian Rasulullah berkata lagi, “Berikan kepadaku tongkat yang ada di tanganmu atau berikan aku sepotong kayu.” Aku berikan kepadanya dan beliau pun memukulkan kayu tersebut secara perlahan ke onta saya. Lalu beliau menyuruhku menaiki onta itu. Demi Allah, tiba-tiba ontaku berjalan dengan sangat cepat, kemudian obrolan berlanjut. Rasulullah saw. bertanya kepadaku, “Hai Jabir, apakah engkau sudah kawin?” “Sudah, ya Rasulallah,” jawabku. “Dengan janda atau gadis?” tanya beliau lagi. “Dengan janda, ya Rasul,” tegasku. “Kenapa tidak dengan gadis saja sehingga engkau dapat bersenang-senang dengannya dan ia dapat bersenang-senang denganmu?” balas Rasulullah saw. dengan nada bertanya. Lalu aku menjelaskan, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku meninggal pada Perang Uhud dan meninggalkanku saudara perempuan sebanyak tujuh orang. Maka dari itu aku menikahi seorang wanita yang sekaligus dapat menjadi pengasuh dan pembimbing mereka.” Kemudian Rasulullah berkata, “Engkau benar, insya Allah.”

Keteladanaan Para Sahabat Radhiyallahu 'Anhu.

Di antara para sahabat yang paling menonjol keteladanannya adalah Abu bakar As-Shiddiq r.a. Bukan hanya karena ia adalah satu-satunya sahabat yang mendapat gelar as-sihiddiq dan juga bukan hanya karena satu-satunya sahabat yang menemani Rasulullah saw. dalam perjalanaan hijrah ke Madinah. Tetapi lebih dari itu, karena Abu Bakar layak disebut sebagai murabbi hadzihil ummah sepeninggalnya Rasulullah saw.

Ketika dua pertiga Jazirah Arab ditimpa gerakan pemurtadan, dalam bentuk pembangkangan tidak mau membayar kewajiban zakat, Abu bakar tampil sebagai pelopor. Dengan ketegasan sebagai murabbi, Abu Bakar menegakkan amar ma’ruf nahi munkar dengan memerangi mereka. Banyak para sahabat, termasuk Umar bin Khattab, masih beranggapan bahwa bukan itu jalan keluar untuk menghentikan gelombang kemurtadan. Abu Bakar langsung memberikan pelajaran kepada para sahabat khususnya Umar dengan kalimat, “Hatta anta, ya Umar, ajabbaarun fil jahiliyah hhawwarun fil Islam? Wallaahi, laa yanqushuddinu wa anaa hayyun, lau mana’uuni ‘uqqaalu ba’iirin yuadduunahi ila Rasuulillah lahaarabtuhu hatta tansalifa saalifaty, sampai engaku juga, Ya Umar. Apakaah engkau hanya tampak perkasa pada masa jahiliyah kemudian jadi ragu pada masa Islam? Demi Allah, tidak akan berkurang agama ini (Islam) sedikitpun selama aku masih hidup, walaupun mereka tidak memberikan hanya seutas tali onta yang harus diberikan kepada Rasulullah, maka tetap akan ku perangi mereka sampaai urat leherku terputus.”

Keteladanan Ulama Salafusshalih

Salah satu di antara mereka adalah Atho bin Abi Rabaah rahimahullah. Beliau memimpin halaaqah (kelompok pengajian) besar di Masjidil Haram semasa Sulaiman bin Abdil Malik menjadi Khalifah. Khalifah sering menghadiri halaqah Atho bin Abi Rabah. Padahal Atho adalah seorang habsyi (negro asal Ethiopia) yang pernah menjadi budak seorang wanita penduduk Kota Mekkah. Atho dimerdekakan karena kepandaiannya dalam mendalami ajaran Islam.

Kapabilitas takwiniyah (kemampuan membentuk pribadi mutarabbi) Atha bin Abi Rabaah dalam mentarbiyah bukan hanya kepada kalangan pembesar dan terpelajar, tapi sampai seorang tukang cukur. Ini sebagaimana dikisahkan oleh Imam Abu hanifah. “Aku melakukan kesalahan dalam lima hal tentang manasik haji, lalu aku diajarkan oleh seorang tukang cukur, yaitu ketika aku ingin selesai dari ihram. Aku mendatangi salah seorang tukang cukur, lalu aku berkata kepadaanya, berapa harganya? “Semoga Allah menunjukimu. Ibadah tidak mensyaratkan soal harga. Duduk sajalah dulu. Soal harga gampang,” jawab tukang cukur. Waktu itu aku duduk tidak menghadap kiblat, lantas ia mengarahkan dudukku hingga menghadap kiblat. Kemudian menunjukkan bagian kiri kepalaku, lalu ia memutarnya sehingga mulai mencukur kepalaku dari sebelah kanan.

Ketika aku dicukur, ia melihatku diam saja. Lalu ia menegurku, “Kenapa koq diam saja? Ayo perbanyaklah takbir.” Maka aku pun bertakbir. Setelah selesai, aku hendak langsung pergi. Lalu ia berkata, “Mau kemana kamu?” “Aku mau ke kendaraanku,” jawabku. Tukang cukur itu mencegahku seraya berkata, “Shalat dulu dua rakaat, baru kau boleh pergi kemana kau suka.” Aku berkata dalam hati, tidak mungkin tukang cukur bisa seperti ini kalau bukan dia orang alim. Lalu aku berkata kepadanya, “Dari mana engkau dapati mengenai beberapa manasik yang kau perintahkan kepadaku?” “Demi Allah, aku melihat Atho bin Abi Rabaah mempratekkan hal itu, lalu aku mengikutinya, dan aku arahkan orang banyak untuk belajar kepadanya,” jawab tukang cukur alim tersebut.

Suatu ketika Imam Abu Hanifah melihat salah seorang mutarabbinya berpakaian lusuh sehingga terkesan tidak enak dipandang. Setelah murid-murid yang lain keluar dari majelis, sehingga tidak ada seorangpun di dalam majelis itu selain Imam Abu Hanifah dengan mutarabbinya tersebut, beliau berkata kepadanya, “Angkatlah sajadah ini lalu ambil sesuatu yang ada di bawahnya.” Setelah diambilnya ternyata uang sebanyak seribu dirham. “Ambilah uang itu dan perbaikilah penampilanmu,” tegas Imam Abu Hanifah. Lalu kata orang itu, “Aku sudah cukup. Allah telah melimpahkan nikmatnya kepadaku. Aku tidak membutuhkan uang ini.” Dengan cerdasnya Imam Abu Hanifah menyanggah omongan mutarabbinya itu, “Jika memang benar-benar telah melimpahkan nikmatnya kepadamu, lalu mana bukti kenikmatan-Nya itu? Bukankah Rasulullah saw. bersabda, ‘Innallaha yuhibbu an yaraa aaatsara ni’matihi ‘ala ‘abdihi, sesungguhnya Allah swt. senang melihat bukti kenikmatan yang diberi-Nya terlihat pada hamba-Nya? Karena itu, sudah sepantasnya engkau memperbaiki keadaanmu agar engkau tidak membuat sedih saudaramu.

Itulah beberapa keteladan yang dicontohkan oleh para pendidik ummat, yang tidak hanya pandai dalam bertutur kata, tetapi lebih dari pada itu ahlak dan keteladannya melebihi ucapan dan tutur kata mereka. Wallahul a’lam ( sumber : Dakwatuna.com)

Friday, February 5, 2010

buat seorang sahabat itu ...bacalah entry ini..

entry ini saya tujukan pada sahabat saya yang mungkin sekarang sedang diuji...mungkin diuji dengan kesakitan,kesihatan,diuji dengan kemiskinan atau kekayaan,diuji dengan perasaan,diuji dengan kesibukan atau kelapangan.....dan pelbagai ujian lagi.....

sahabat....
dengarlah bicaraku ini...
hari ini kau diuji dan diuji dengan seribu satu msalah...
mungkin tika ini kau diasak dan diasak dengan kebimbingan dan kebuntuan....

sahabat....
ingatlah DIA tak pernah sesekali meninggalkan kau bersendirian....
yakinlah DIA ada disisi mu....
bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya,
bila tangis dukamu berpanjangan, ALLAH telah mengira titis air matamu...
bila kau rase ditinggalkan, ALLAH setia disisimu..
bila kau telah mencuba segalanya tapi tak ketahuan tujuanmu,ALLAH punya penyelesaiannya...
bila kau keliru dan kecewa hingga semuanya xbeerti buatmu,ingatlah ALLAH xberhenti menyayangimu....

ayuh sahabat...
bangkitlah dan terus bangkit....
tidak ada yang mustahil dalam hidup ini.....
yakin setiap kesakitan yang hadir pasti ada penawarnya....
jangan biarkan kesakitan itu menyelubungi benak fikiranmu....

sahabat...
aku yakin kau seorang yang tabah...
aku yakin kau mampu harungi dan tempuhi ujian ini dengan tenang....

maaf mungkin aku xberdaya untuk berdepan menanyakan khabar berita mu...ak dapat merasakan apa yg berlaku....
maaf aku xmampu untuk berada disisimu tika kau perlukan bisikan semangat...(faktor keadaan)
mungkin dengan hanya coretan ini yang aku mampu lakukan sebagai wasilah untuk menenangkan mu......
jika kamu sudah bersedia untuk kongsikan cerita dengan saya,sebagai sahabat saya sedia untuk mendengar.......

anggaplah sakit adalah pemanis pada kehidupan......
kerana ia mengajar erti kesabaran,
kerana ia melakar sebuah warna pelangi yang indah...ada gelap dan cerah....
kerana ia mampu mematangkan perjalanan hidup kita....
kerana ia membuktikan bahawa ALLAH sedang membelai mu dengan kasih sayang...
maka DIA hadirkan mu ujian kesakitan...agar darjat mu ditingkatkan disisinya.....

semoga segala pulih seperti sedia kala......=)

sama2 kita renungkan kata2 ini.....


cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membals dendam..dimana ada cinta disitu ada kehidupan,manakala kebencian membawa kepada kemusnahan...
~jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan...hidup utk memberi insyaallah kita menerima baik dan buruk dgn hati terbuka dan memberi utk menampalkan kekurangannya..

jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti.cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya..
~cinta itu bukan perkara main2..dan jangan sesekali bermain dgn cinta....

jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita..
~pasangan yang hebat adalah sentiasa mngutuskan rantaian doa bt org yg dicintai..itu lbh berharga daripada hadiah yg mahal...jimat taw...haa..pakailah petua ni...huhu

cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan..cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat..

~kawan2...hati2 dlm mencari cinta...carilah pasangan yang mebina bukan melemahkan kita..carilah yg mnyokong kita bukan mematahkan hasrat kita...carilah yg sudi utk "memberi"...dan kita juga sudi untuk "memberi"..i'llah..menjadi gandingan yang mantap....

cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat,,,
~seperti yang sy pernah katakan..cinta itu suatu yg positif sifatnya jika kita mempositifkannya dgn cara yg positif...

cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya..
~jangan cepat melatah kawan2..igt..perjalanan masih jauh....

kesimpulanya....untuk mendapatkan yg terbaik..CINTAILAH ALLAH DENGAN SEPENUHNYA,INSYAALLAH DIA KAN HADIRKAN INSAN YANG MAMPU MENCINTAI KITA DENGAN SEWAJARNYA...JAGALAH HUBUNGAN KITA DGN ALLAH,ALLAHKAN WUJUDKAN SUATU HUBUNGAN SOSIAL YANG MANTAP BUAT KITA...semuanya adalah kerana ALLAH....yakinlah DIA maha mengatur,,aturanNYA sangat hebat...sangat cantik susunanNYA....

so,jom sama-sama kita mencari dgn mata hati CINTA ILLAHI....semoga kita semua menjadi insan yang dikasihiNYa....INGATLAH..surah az-zariyat ayat 56..TUJUAN HIDUP KITA INI ADALAH UNTUK BERIBADAH KEPADANYA DAN MENJADI KHALIFAH DIMUKA BUMI INI....

renungkan ttg ini..dan fikirlah secara matang....

assalamualaikum sahabatku,temanku,kawanku,...dan tidak lupa juga pada pembaca sekalian yang masih lagi setia menatap di ruangbersamaku...huhu..thanx u all....
ok,hari ini saya mahu menjawab persoalan yg ditimbulkan oleh kawan2 saya...dan mereka meminta sy utk mengulasnye...persoalan tentang CINTA..kenapa dan mengapa mesti ditimbulkan persoalan ini wahai kalian...hmmm..mungkin fitrah remaja kot yg sememangnye excited dgn topik ini...ok lets we talk about it....jap2..tapi sy bukan lah org yang layak utk menjawab ttg soal cinta cz sy sendiri adalah remaja yang masih lagi bertatih dalam era ini....so ini sekadar perkongsian daripada ap yg sy baca dan dgr....
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.,...
http://safruddin.wordpress.com