tetamu di ruangku

Wednesday, June 30, 2010

bercakap tentang PERUBAHAN~

kali ini zaty mahu bercakap tentang PERUBAHAN...
setiap individu mesti ada kemahuan untuk BERUBAH..
IAITU PERUBAHAN KEARAH YANG LEBIH BAIK DAN YANG TERBAIK

saya percaya dan percaya semua orang mahu jadi yang terbaik...yang memastikan kemahuan itu tercapai atau tidak, semuanya bergantung pada USAHA,KEGIGIHAN DAN KESABARAN seseorang itu dalam mencapai dan menjadi yang terbaik...

kalau setakat membina kemahuan dan keinginan setinggi gunung everest sekali mana pon, ia tetap tidak berhasil jika tidak ada TINDAKAN SUSULAN yang berterusan...ibarat mat jenin berangan berlebihan , akhirnya jatuh pokok kelapa jua...

saya sendri pon dalam proses untuk melakukan satu PERUBAHAN....IAITU SAYA mahu jadi yg terbaik..sgt subjektif..sukar untuk diceritakan disini...secara ringkasnya SAYA MAHU JADI LEBIH MATANG DALAM SEMUA PERKARA.....

DARI 2_ONE:
MANUSIA SERING MEMUSUHI PERKARA YANG TIDAK DIFAHAMINYA. SEMAKIN BANYAK YANG TIDAK DIFAHAMI,SEMAKIN SUKARLAH MEREKA MENERIMA PERUBAHAN TERSEBUT...

LIHAT SAHAJA BAYI YANG BARU LAHIR.SEBAIK SAHAJA KELUAR DARI RAHIM IBUNYA BAYI AKAN MENANGIS DAN MERENGEK KERANA BERDEPAN DENGAN PERSEKITARAN YANG BARU...BEGITU JUGA BAGI PELAJAR BARU MEMASUKI SESEBUAH SEKOLAH ATAU MANA2 INSTITUSI, MEREKA KAN RASA TIDAK SELESA DAN MULA MERUNGUT ITU DAN INI...

KENAPA YE??
INI KERANA MEREKA TIDAK MEMAHAMI PERUBAHAN YANG BARU BERLAKU KE ATAS MEREKA....ADALAH MALANG JIKA TERUS-TERUSAN MENOLAK SERUAN KEPADA PERUBAHAN YANG POSITIF TANPA BERUSAHA MEMAHAMI PERUBAHAN YANG INGIN DIPERKENALKAN TERSEBUT. LEBIH MALANG LAGI JIKA KITA PULA TERBABIT DALAM USAHA MENGHALANG ATAU MENGGAGALKAN PERUBAHAN ITU.....

PALING BAIK IALAH KITE SAMA2 MENJADI PENDUKUNG PERUBAHAN KERANA HAKIKATNYA ISLAM ADALAH AGAMA YAG MEMBAWA PERUBAHAN...PERUBAHAN PALING BESAR ADALAH MNGUBAH AKIDAH UMAT DARIPADA AKIDAH SYIRIK DAN SESAT KEPADA AKIDAH YANG SAHIH DAN SEJAHTERA..

hadiah yg paling aku suka..!!

TERIMA KASIH KAWAN ATAS HADIAH BUKU ITU...
BARU JE AKU TERFIKIR TENTANG BUKU......THANX3X!!!

HADIAH YANG PALING AKU SUKA BUKAN BAJU,BUKAN KASUT,BUKAN TUDUNG, BUKAN BUNGA, BUKAN CINCIN, BUKAN BROOCH.....
TAPI HADIAH PALING AKU SUKA ADALAH BUKUUUU!!!!!

bila kita sabar....


SUBHANALLAH.....YA ALLAH....MAKIN HARI MAKIN KUAT RINDU KU PADA MU...

KU POHON , TIKA NAMA KU DISERU UNTUK KEMBALI PADA-MU,
MATIKANLAH AKU DALAM KALIMAH LAAILAHAILLAHMUHAMMADARRASULULLAH....

YA ALLAH,
KAU AMPUNILAH SEGALA DOSA2KU, SUCIKANLAH HATIKU DARIPADA SEGALA KEKOTORAN DAN DAKI2 DOSA YG TELAH KU LAKUKAN....SERIKANLAH WAJAHKU DGN CAHAYA KEIMANAN-MU.....YA ALLAH KAU IKATLAH HATI, PAUTKAN HATI INI PADA JALAN DAKWAH MU.......

TERIMA KASIH YA ALLAH...ALHAMDULILLAH......KAU SENTIASA ADA BUAT KU......
SUBHANALLAH....TIKA HATI INI DALAM KESEDIHAN,KERESAHAN, KEKECEWAAN DAN KERINDUAN PADA-MU....KAU TELAH HADIRKAN SESUATU UNTUK MENGUBATINYA..
SUBHANALLAH.....KAU MENGAJAR KU ERTI KEHIDUPAN DGN PENUH SENI DAN KIASAN YG SGT HALUS....DISELITKAN dgn SERIBU SATU PENGAJARAN DALAM SETIAP UJIAN YG DIHADIRKAN......

THANX YA ALLAH....DAN KALI INI KAU MENGAJAR KU  
ERTI KETENANGAN DAN KESABARAN.....

DARI 2_ONE:
BILA KITA SABAR DAN TENANG, KITA KAN MENANG......SUBHANALLAH......MAKIN BERTAUT CINTA PADA MU YA ALLAH...MATIKAN AKU DALAM SYAHID MU...

Tuesday, June 29, 2010

yeah!!!..

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana....
ALHAMDULILLAH......
I GET THE CHANCE AGAIN!!!
Hehe..ALLAH itu amat3 penyayang....hee...Kau bagi berita gembira lagi!!!!...yes!!!!....
NOW I SHOULD START!!!!

semak dlm perjalanan ku............


tika aku memandang daun2 yang melambai-lambai itu.....seolah2 daun itu mahu berbicara dgn ku....

tika aku merentasi padang hijau yang terbentang luas....angin bertiup merdu seolah2 menyapa kuu..
kurasakan begitu indah bila kite berkawan dgn alam...
cuba memahami bahasa2 alam...kerana alam tidak pernah menipu kita, alam mendatangkn angin semulajadi yg menenangkn...

tapiiii... ada satu perkara yang membuat kan aku berasa kurang selesa dgn angin..iaitu khabar2 angin yg bercaj negatif....mungkin angin inilah yg dikatakn angin industri...or "manufactured air"..hee..main2 je...angin yg direka2 oleh manusia...direka dan ditafsir dgn salah..lantas tercetuslah khabar2 angin yg tdk mnyenangkn, mnimbulkan kesalahfahaman....
yang kadang2 seolah2 melampau...dan tidak mustahil boleh memalukan....tapi xpe, aku boleh bersabar...aku xkisah....
kerana DIA maha mengetahui lirik hati ku...
,,.kamu semua tidak ada hak untuk menafsirkan lirik2 itu...dan tidak ada hak untuk menyanyikan lagu hati ku dgn lirik yg salah..amat memedihkan telingaku.....

secara ikhlas ku katakan..aku masih berpaksikan pada garis keneutralanku...
walaupon seolah2 tiap2 hari,tiap2 detik...aku disiram...dimandikan dgn pelbagai jenis asid dan alkali.....jujur ku katakan, jika aku tidak jelas akan sifir perjalananku mungkin aku kan terhakis dan terkesan dgn itu semua...uhh asid yg diberi amat kuat sekali..datang dari pelbagai arah...tp berani ku katakan....aku masih belum TERHAKIS......jangan sesekali menyangka aku terhakis....sbnrnya makin kuat angin2 negatif itu berterbangan ...makin kebal aku untuk terhakis...ku mahu segala kesalahfahaman itu yg terhakis bukan aku yg terhakis...ku pohon agar semuanya memahami...aku tdk menyalahkn pada "objek" itu..yg ku kesal ialah pada pembawa angin yg cuba menyanyikan lirik lagu hatiku dgn salah...xyah lah susah2 nk tolong nyanyikan...aku boleh menyanyi sendri..kerana aku lebih memahami lirik hati ku sendri..

semoga segalanya dilindungiNYA dan dipermudahkan..


p/s:come on juz be positive....i wanna be happy!!!

Saturday, June 26, 2010

jom baca!!!...SAINS BUKTIKAN- penciptaan hujan dalam Al-QURAN...


SUBHANALLAH.....lidah ku kelu buat seketika....tika hati ini mencari dan mencari makna kehidupan, dan tika tangan ini mencari tentang SERIBU RAHSIA MUNGKIN SEJUTA DAN MUNGKIN TAK TERKIRA RAHSIA ALAM....

kurasakan seolah-olah alam sekeliling ini adalah teman yang amat mendamaikan dan seolah-olah memahami rentak hidup ku......saat itu lidah ku kelu, xterkata, hilang bicaranya untuk menyatakan betapa nikmatnya bersama alam....

jiwa ku meronta2 untuk kembali ke "LAUT",menikmati tiupan angin pantai yang seolah2 membelai lembut hati yang dalam kerinduan....rindu akan CINTA-MU YA ALLAH....

makin ku kenal apa itu alam..makin ku mengkaji dan makin ku menyelongkar rahsia alam...makin terpaut cintaku padaMU....SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH kerana telah menghadirkan aku di bumi hijau ini untuk merasai, menghayati keindahan ciptaan MU..

kalo sebelum ini aku berkongsi tentang rahsia susu ibu dalam Al-Quran dan kali ini ak mahu berkongsi tentang SAINS BUKTIKAN PENCIPTAAN HUJAN DALAM AL-QURAN..

  " Tidakkah kamu melihat bahawa ALLAH mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikan bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan(butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpalkan-NYA ais itu kepada siapa yang dikehendakiNYA dan dipalingkan-NYA siapa yang dikehendakiNYA.kilauan kilat itu hampir2 menghilangkan penglihatan" SURAH AN-NUR:43)

kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden.satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16juta tan air mengewap dari permukaan bumi. jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. ini beerti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dlm satu "kadar". hidupan dalam bumi brgantung kpd kitaran air ini. 
Hanya dgn sedikit kekurangan dlm keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologi yang besar yang akaan memusnahkan hidupan dlm dunia. bagaimanapon, fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan ttp turun dlm kadar kuantiti yang tepat spt yg dinyatakan dlm AL-QURAN

"Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dgn air itu negeri yang mati..." (SURAH ZUKHRUF:11)
p/s :nantikan sambungannya.......saya sedang mencari lagi...ada banyak maklumat menarik ingin zaty kongsikan......

buat auntie itu..=)


Assalamualaikum auntie...boleh zaty membahasakan "auntie" ye...
baru sekejap tadi zaty membaca mesej yang ditaip oleh seorang ibu. katanya dia ibu kepada kawan zaty...tp tidak di nyatakan pula kawan zaty yang mana satu...zaty ada ramai kawan...agk terkejut.ehe..igt kan mesej dari siapa tadi...diluarjangkaan..ayatnya agk romantis sih..adoi siapakah auntie itu??nampak cam sporting....

p/s:auntie, boleh auntie bgtau siapa auntie??boleh lah kita perkenalan. tak kenal maka tak cinta.makin ramai kawan makin bagus..zaty mmg suke berkenalan...
anyway nice to know u....salam perkenalan,singgah lah lagi di blog..=)

rahsia susu ibu

susu ibu adalah satu sebatian yang tiada tandingan yang diciptakan oleh tuhan yang merupakan sumber makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan satu sebatian yang meningkatkan kerintanga melawan penyakit. sekalipun makanan bayi tiruan yang dihasilkan oleh teknologi terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi ini yang sungguh menakjubkan.

setiap hari, faedah susu ibu ini kepada bayi ditenui. satu fakta bahawa sains telah menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Allah memberikan kita satu maklumat penting yang ditemui sains baru ditemui kini, dengan ayat ".......susuannya mengambil dua tahun" 1400tahun lalu.

"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah tempat kembalimu," 
(surah Luqman :14)

sekalung penghargaan..


assalamualaikum dan selamat pagi semuanya...

Hidup ini terasa lebih indah dan bermakna jika diri kita dihargai oleh yang lain begitu juga dengan sebaliknya.

Cuba buatkan orang disekeliling anda berasa dirinya penting buat anda. Saya pasti mereka juga turut membuatkan anda orang yang penting dalam hidupnya. 

Jika berlaku penyalahtafsiran terhadap penghargaan yang diberi, sila jelaskan dengan sebaik yang mungkin untuk mengelak daripada ada yang terluka.

Jangan memberi penghargaan yang keterlaluan kerana  ia boleh mencetuskan sesuatu yang negatif seperti riak dan sebagainya. Bersederhanalah dalam setiap kelakuan kita.

luka masih basah...

... kuliah kan bermula..tapi "luka masih basah"...pedih lagi....dan sedang ditoreh2...
Ya ALLAH berikan aku kekuatan dan kesabaran.......
KAU hadirkanlah "plaster ke minyak gamat ke ubat TYT ke" sebagai perawat luka yg masih basah ini.....

kenapalah luka kali ni pedih sangat ye...??
dalam sangat ke luka tu..?
waallahu'alam...haha...
anyway...
Bak kata Dr HM Tuah...hari2 mesti bahagia.
Bak kata Dr.Sidek,cari butang hijau anda pada setiap pagi...
Bak kata Dr.2_one plak...hee..jadikan keceriaan sebagai ulam hidup kite..=p

teknik NLP:teknik mmotivasikan diri dgn monolog...Aku kan selalu bahagia..mana mungkin terseksa dek kerana luka yg entah apa2 ...alaa..juz a small matter..lantak r..banyak keje lg yg nk dibuat yg nk dipk..kan2??..haha....

p/s: jika anda dalam kesulitan bacalah surah ke-94:ASY-SYARH sebagai doa amalan..

BERFESYENLAH JANGAN TAK BERFESYEN

Oleh:YUSSAMIR YUSOF ALJOHORI
Berpakaian adalah satu keperluan bagi setiap makhluk yang bergelar insane,kerana pakaian juga dapat memberikan kita satu nilai yang tidak ternilai iaitu MARUAH.Bila kita memperkatakan tentang pakaian,tentu kita akan mendefinisikan pakaian ialah sesuatu yang dapat melindungi badan kita dari dilihat oleh orang ramai,tapi sedar atau tidak kita sendiri telah menyelongkar definisi itu secara tidak langsung.Betul atau tidak saya tinggalkan persoalan itu kepada anda semua sendiri,kerana itulah gunanya akal kita untuk meletakkan sesuatu pada yang selayaknya.

Bila kita bincang pakaian dalam konteks Islam,ramai yang beranggapan bahawa islam menolak fesyen tapi sedar atau tidak Islam itu sendiri menyogok kita dengan Fesyen.Islam itu sendiri menyukai kepada perkara yang cantik dan bergaya,ia jelas sekali dengan satu riwayat mengenai seorang lelaki datang kepada Nabi, rambut dan janggotnya kusut masai tidak terurus, kemudian Nabi mengisyaratkan, seolah-olah memerintah supaya rambutnya itu diperbaiki, maka orang tersebut kemudian memperbaikinya, dan setelah itu dia kembali lagi menghadap Nabi.

Maka kata Nabi: "Bukankah ini lebih baik daripada dia datang sedang rambut kepalanya morat-marit seperti syaitan?" (Riwayat Malik).

Bila kita lihat hadis ini dari segi konteks nya secara tak langsung ia memang membenarkan kita bergaya sama ada dalam berpakaian atau dalam konteks personality kita sendiri.Kita perlu sedar bahawa Islam yang dibawa oleh nabi pada 1400 tahun dahulu sudah menyatakan tentang fesyen,sedangkan kita yang mengaku sebagai masyarakat moden dan bertamadun baru menyuarakan fasal fesyen ini dalam masa lebih kurang 50 tahun kebelakangan ini.Islam tidak jumud atau terkebelakang Cuma mereka yang mengatakan Islam tak moden adalah kerana mereka tidak melihat islam itu dengan lebih dekat dan teliti.Kalaulah mereka sedar tentang perkara ini,mungkin mereka akan melaung2kan dalam segala slogan mereka,tapi sayang mereka tidak kenal.

Namun Islam itu sentiasa meletakkan asas dalam segala kelonggaran yang Islam salurkan.Dalam konteks ini Islam menggariskan beberapa syarat agar manusia dapat merasai manfaatnya dan sentiasa dilindingi.Syaratnya tidak banyak Cuma beberapa perkara antaranya ialah ,Tidak boleh melebih-lebih.Islam menentang sikap berlebih-lebihan dalam berhias kerana maksud Berlebih-lebihan, ialah melampaui batas ketentuan dalam menikmati yang halal. Masalah ini akan menghasilkan sikap yang disebut kesombongan, iaitu ia menyangkut kepada hubungannya dengan masalah niat, dan hati manusia itu berkait dengan masalah yang zahir. Apa yang disebut kesombongan itu ialah bermaksud untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjukkan serta menyombongkan diri terhadap orang lain. Padahal Allah sama sekali tidak suka terhadap orang yang sombong. Seperti firmanNya:
“Allah tidak suka kepada setiap orang yang angkuh dan sombong.” (al-Hadid: 23)

Jika sikap ini tidak ada dalam diri seorang muslim(iaitu berlebih-lebihan),maka pakai lah apa-apa pakaian sekalipun selagi ia mencukupi syarat berpakaian Islam.MAhu pakai tudung Levis ke,seluar levis ke,dan apa jenama sekalipun pakailah tapi kena patuhi syarat yang digariskan Islam.Saya secara peribadi suka melihat seorang muslim yang berpakaian pakaian moden dan mengikuti perkembangan fesyen malahan saya sendiri mengikutinya,tapi fesyen kita masih dalam lingkungan Islam itu sendiri.Dengan cara begini kita dapat menunjukkan bahawa Islam itu sendiri mensyorkan dan menggalakkan penganutnya berfesyen selagi mana ia tidak menyanggah prinsip islam itu sendiri.Kita kena mengubah mentality masyarakat kita yang melihat Islam itu mengongkong penganutnya untuk berfesyen,kita perlu berusaha untuk memperlihatkan islam itu sendiri membawa kemodenan dalam setiap zaman yang Islam lalui.
Islam telah memberikan kebenaran kepada umatnya supaya berhias dan Islam juga menentang keras kepada siapa yang mengharamkannya, seperti yang dikatakan Allah dalam al-Quran:
“Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hambaNya dan begitu juga rezeki-rezeki yang baik (halal)?” (al-A'raf: 32)
Oleh itu tidak syak lagi bahawa Islam itu sendiri menyuruh penganutnya berfesyen malahan menentang sesiapa yang mahu mengharamkannya.Didalam satu hadis menyebut “Allah itu cantik dan Allah suka kepada kencantikan”.Oleh itu kesimpulannya memakai pakaian berfesyen adalah satu saranan Islam tapi mestilah dalam lingkungan prinsip Islam itu sendiri,iaitu menutup aurat dan tidak berlebih-lebihan….

Fesyen Seorang Muslimah


Ciri Pertama: Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.
 
Dalam Islam, segala sesuatu bermula pada niat atau tujuan. Fesyen tidak ketinggalan, di mana syarat pertama adalah ia tidak dipakai demi meraih kemasyhuran. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Kiamat (pakaian) yang semisal, kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api neraka.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4029]
Tidak bertujuan meraih kemasyhuran bukanlah bermakna seorang muslimah tidak boleh memakai pakaian yang baru, kemas, berwarna dan indah. Ini kerana ukuran dalam ciri pertama ini ialah tujuan pemakaian dan bukan apa yang dipakai. Adakalanya seseorang itu turut mencari kemasyhuran dengan memakai pakaian yang buruk, robek dan kelihatan selekeh. Kemasyhuran yang dicarinya adalah mengharapkan pujian daripada orang ramai bahawa kononnya dia memiliki sifat zuhud. Ini juga adalah tujuan pemakaian yang dilarang.

Ciri Kedua: Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.
Islam adalah agama yang unik dan sebagai seorang muslimah, anda dituntut meraikan keunikan tersebut. Di antara caranya ialah memakai fesyen yang unik kepada Islam dan menjauhi fesyen yang unik kepada kaum bukan Islam. Ia juga menggambarkan kecintaan dan kebanggaan kita kepada Islam. Seorang sahabat menceritakan: “Rasulullah s.a.w. melihat saya memakai dua buah kain yang berwarna “Ushfur”, maka baginda bersabda: “Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka janganlah memakainya.” [Shahih Muslim, no: 2077]
 
Ciri Ketiga: Tidak menyerupai kaum lelaki.
 
Selain daripada fesyen yang tidak menyerupai orang bukan Islam, seorang muslimah juga dituntut untuk berpakaian yang tidak menyerupai kaum lelaki. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya, no: 5885: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Hikmah larangan adalah kerana pakaian merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan perbuatan seseorang. Apabila seorang muslimah berpakaian seperti lelaki, dia akan cenderung untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang lelaki. Ini akan menyebabkan berlakunya kesongsangan dalam peranan dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita.
 
Ciri Keempat: Tidak jarang kainnya.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada akhir umatku nanti akan ada wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang.” [Mu’jam al-Thabarani dengan sanad yang sahih] Maksud Rasulullah dalam hadisnya di atas adalah wanita yang mengenakan pakaian yang jarang kainnya sehingga menampakkan tubuh badan mereka di sebaliknya. Justeru sekalipun mereka berpakaian, mereka sebenarnya tetap telanjang. Oleh itu dalam memilih sesuatu pakaian, hendaklah diperhatikan agar kainnya tidak jarang atau nipis.
 
Ciri Kelima: Tidak menampakkan bentuk badan.
 
Rasulullah s.a.w. pernah melihat isteri seorang sahabat yang memakai pakaian yang diperbuat dari kain yang tebal, tetapi menampakkan bentuk badannya. Lantas baginda menegur kepada suaminya: “Suruhlah dia memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya.” [Sunan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan]
“Bentuk tulang” ialah kiasan kepada bentuk badan. Akhlak mulia yang ada pada baginda menyebabkan baginda tidak menyebut “bentuk badan” secara terus. Berdasarkan hadis ini, hendaklah seorang muslimah mengenakan pakaian yang dapat menghindari daripada menampakkan bentuk badannya semampu mungkin, seperti memakai baju dalam, baju tambahan di luar, pakaian yang longgar atau pakaian yang diperbuat daripada kain yang tidak mudah mengikut bentuk badan.
 
Ciri Keenam: Menutup aurat.
Jika diperhatikan segala yang berharga di dunia ini, akan didapati ia dalam keadaan tertutup. Ambil saja contoh emas, berlian dan minyak, ia tertutup jauh di dalam perut bumi. Demikianlah juga bagi seorang muslimah, Islam memandangnya sebagai sesuatu yang berharga sehingga menutupinya, agar kemuliaan dan kehormatannya tetap terjaga. Oleh kerana itulah Allah berfirman:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya …… jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” [Sebahagian dari ayat 31 surah an-Nur]
Maka fesyen seorang muslimah hendaklah menutupi keseluruhan dirinya kecuali muka dan apa yang berada di bawah pergelangan tangan. Sebahagian ilmuan berpendapat muka juga patut ditutup. Maksud “belahan leher”, iaitu bentuk “V” di antara buah dada yang lazim didedahkan oleh fesyen masa kini. Justeru apabila memakai tudung, pastikan ia dilabuhkan sehingga menutupi ke bahagian bawah dada.

http://hafizfirdaus.com/content/view/200/43/

Friday, June 25, 2010

Senyuman si bulan....bulan itu masih tersenyum.....

BAGUS BULAN.!!!.kau sangat kuat dan tabah..kau sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku..
haa itu lah bulan yg ku mahukan =)  ceria selalu...juz be yourself...!!!

ahh!! pedulikan mentari tu, yang bergah dengan sinarannya..walaupon ia memancarkan sinarnya pada yang lain....Kau juga punya sinar..!!
sinaran yang mendamaikan...ramai manusia menjadikan sinaran bulan untuk ketenangan...
tapi xramai manusia yg mencari mentari untuk ketenangan dan kedamaian...
dan sinar mu bulan kelihatan pada waktu malam , menerangi manusia yang dalam kegelapan

walaupon kau menderita sakit dihentam dan dihentam
permukaan mu berkawah-kawah dek kerana di langgar oleh asteroid2 di angkasa sana
 tapi....kau bulan, tetap senyum bersinar...ceria dalam sinaran mu...
 SUBHANALLAH ALLAH telah kurniakn ketenangan jiwa buat mu.....
BERSYUKUR....mungkin DIA menyediakan sesuatu diluar jangkaan mu yang lebih bermakna berbanding mentari yang dikatakan gah itu...percayalah DIA mngatur dgan bijak dan maha adil.....

SEKALI LAGI SYABAS BUAT BULAN...ini menunjukkan kajian mu berjaya dibuktikan..dan ini menunjukkan kau telah melakukan apa yang sepatutnya dengan izin ALLAH SWT...=)

DOAKAN YANG TERBAIK BUAT BULAN...AMIN40X...=)

Dari 2_one:
untuk menjadi orang yang hebat, hebat di mata Allah dan manusia...mestilah mncari ilmu.. disini, kita belajar dan diajar..
belajarlah skill kehidupan ..tidak rugi kita belajar..
belajar dan aplikasikan dalam perjalanan hidup kita....insyaallah segalanya berlaku dengan baik...

Thursday, June 24, 2010

gerhana bulan di angkasa hati...

Gerhana bulan...nampaknya betol2 gerhana .. 
honestly hati bulan itu amat terhiris dgn satu hirisan yg sangat halus...hirisan yg berseni sifatnya..hirisan dari mentari yang bersinar..
tdk nampak di mata kasar..sgt halus secara batinnya..segalanya tdk dizahirkan..

duhai bulan...dengarlah..
 berhentilah mengharap pada sinar mentari itu jika kau sudah mengenalpasti hala tuju sinarnya...

duhai BULAN....ku sangat mengenali siapa dirimu..
usahlah engkau mengerhanakan diri...

 KU UCAPKAN SYABAS BUAT MU, 
SI BULAN..
peredaran yang kau lakukan memang tepat pada orbitnya..
ibarat kau telah mgatur langkah dan strategi yang tepat untuk menilai sinar UV dari mentari...
usah kau gundah..hari masih muda.....

suara bulan: bagaimana untuk ku tempuhi hari seterusnya...??sedangkan ku tahu sinar mentari itu akan menjadi sinar yang panas buat ku walaupon ia satu sinar yg cantik...

duhai bulan.. igt pesanku....walauapa pon yang terjadi...teruskan sinarmu..!!
tanpa berputar dgn mentari pon kau bisa bersinar dengan GAH nya...=)

KERANA ALLAH ADA BERSAMA KAMU.....SENYUMMM....
Dari 2_ONE:
KADANG-KADANG DALAM HIDUP INI KITA TIDAK MENANG DALAM SEMUA PERKARA

ADA TIKA...PERKARA YANG KITA INGINKAN, YANG KITA HARAPKAN TIDAK MENJADI  KEPUNYAAN KITA

ADA TIKA... KEMENANGAN JUGA TIDAK BERPIHAK PADA KITA

HIDUP INI IBARAT RODA...SEKEJAP DI ATAS, DAN DI BAWAH......
BERTINDAKLAH DENGAN BIJAK, RASIONAL DAN PROFESIONAL...MARUAH TETAP DI JULANG..

Sekadar renungan buat kita semua...


Sekadar renungan buat kita semua...


1. Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi
keibuan dalam diri masing2.

2. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian.

3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.
Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9. Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

~~~ Sekadar Renungan buat kita bersama... Tetapi terpulang kepada kita sendiri WANITA... aper yang PATUT  & PERLU kita JADI....
Kesimpulannya.... BE YOURSELF !!! ~~~

 p/s: awal2 lagi saya katakan..ini bukan karya saya...saya xigt saya amik dari mana.... pada penulis ini terima kasih=)

T.R.A.C - sebagai asasnya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
salam muhibbah dan salam aspirasi buat pembaca yang saya hargai sekalian..

Alhamdulillah kita bertemu kembali ...
kali ini saya mahu berkongsi dengan anda semua tentang 
PERHUBUNGAN SOSIAL

Saya yakin dan yakin.. pasti ada di kalangan kita yang pernah GAGAL dalam hubungan sosial baik hubungan persahabatan ataupun percintaan dan sebagainya...

cuba kita perhatikan satu persatu, kita analisis dan kita nilai
APAKAH FAKTOR SESEBUAH PERHUBUNGAN ITU GAGAL??

saya kongsikan begini:
ASAS dalam PERHUBUNGAN itu ialah 
T= Trust
R= Respect
A= Admire
C= Caring

Cuba anda bayangkan jika salah satu daripadanya tidak ada, hmm..agak2nya apa yang akan terjadi??....KITA FIKIRKAN BERSAMA

P/S: hasil perkongsian dari cgu harun (jinggo)- TQ

Wednesday, June 23, 2010

Kata HAMKA..


DARI 2_ONE: 
saya membuat pemerhatian di sekeliling kita.Dewasa ini, ramai muda mudi seolah2 sudah tdk mengerti apa itu adab dan budi..lantas, saya mencari dan membaca tentang adab dan budi....hasil pembacaannya saya kongsikan disini..... ayuh..kite renungkan kata-kata HAMKA..sebagai sesuatu yang boleh dipelajari..

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).
 
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).
 
Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
 
Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
 
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

suke2nye..hehe

hee..sukenya..bila kawan2 ku mula minat apa yg aku minat....jgn minat pd org yg aku minat  sudah....boleh naik darah aku dibuatnya..makan hati ulam jantung lah jawapnye...hakhakhak..tergeletek pankreas aku mmbaca ayat aku nih....mengarut tol..eh main2 je lah...juz bt geli2 je ek..i mean hobi laa...minat baca jenis buku yg aku juga minat....means dat aku akan ada ramai kawan yang sealiran dengan aku nanti...so we can share da knowlegde each other...sharing is caring..hasil pembacaan ,kite kongsikan bersama,kita kembangkan..yay!!!good3x....i like!!.....go on...we are here not to compete but to complete =)

yeah...sem baru kn bermula..

akan ku buka tirai semester ini dengan SENYUMAN........
menghadapi seribu kemungkinan dengan SENYUMAN...
walauapa pun yang terjadi kan ku cuba untuk TERSENYUM.....
memberi dan menerima dengan sebuah SENYUMAN...
kan ku serikan lirikan langkah ku dengan SENYUMAN.....=)

JOM kita nyanyi sama2 nak??...lagu tema semester ini........

Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri

SENYUM.... umpama titian
dalam kehidupan
kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan menguntum

SENYUM....kepada semua
SENYUMANMU  amatlah berharga
SENYUM....membahagiakan
dengan SENYUMAN terjalinlah 
ikatan.............

DREAMS....

 i would like to share something here..juz to raise up ourself....

Always Keep Your Dreams Alive

dear my readers.....
Now is a time for you to celebrate ... 
the accomplishment of a dream you have worked so hard to realize. 
You have shown so many people how special you are.
Now is the time to begin to pursue the next path, 
to reach out for the next star, 
and to achieve the things that are so important to you.
Always keep your dreams alive.
And keep them coming true.

Orang Bestari Sentiasa Mengingati Mati

saya kongsikan hasil pembacaan disini:

LEKAS LAKUKAN SESUATU
sebelum penghujung usiamu!
tiada lagi kesempatan bagi mu
pada waktu malam ataupun siang

Syair Arab menyebut:
jangan katakan
umur masih muda 
masih banyak kesempatan 
tetapi renungkanlah ramai anak kecil yang dikuburkan

ORANG YANG CERDAS,
menjaga dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas matinya.

Dari 2_one: 
ingatlah.. dunia ini hnya sekadar tempah persinggahan untuk kite mencari bekalan. bekalan untuk suatu kehidupan kekal yang akan datang....setiap nafas yang dihembus, setiap kaki yang melangkah, setiap mulut yg berbicara, setiap kelip mata memandang, setiap telinga yang mendengar...semuanya mempengaruhi "bekalan kite"....ayuh,kite mengingati antara satu sama lain..

kita fikirkan bersama.....selamat beramal!!

Tuesday, June 22, 2010

Hadiah Terbaik

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan


DARI 2_one:  kita fikirkan bersama.....

cuti ~ merembeskan "acid dan alkali"


hai kawan2...herm=( zaty mintak maaf lah pada semua jika sejak akhir2 nih....zaty banyak tulis entry yg boleh dikatakan tidak mendatangkan faedah pada kamu semua...banyak sesi celoteh yg bukan2..ntah apa2 jew...

bkn apa..actually zaty nak "meneutralkan segala2nya"...so zaty tulis semuanye disini...bagus jgak ad blog nih..mcm teman lah plak...berkongsi disamping meneutralkn kehidupan kite agar tdk terlalu berasid dan tdk terlalu beralkali...huhu....dalam cuti nih aku banyak merembeskan acid dan alkali kat ruang blog nih..uhh..satu tindakan yg agak berani...mmg selarilah dgn aura warna ku..
 
warna MERAH...BERANI, BERTERUS TERANG, SUKA BERSOSIAL, SUKA BERGAUL, SUKA KAN PERSAINGAN (YG SIHAT LAH)...

cuti pon dah nak habis..nampaknye..zaty kena cepat2 mengeluarkan semua "acid2 dan alkali2" yg bertakung nih..hahhaa...biar kasi neutral gitu....menstabilkan kembali apa2 yg xstabil..haha...jgn ckp mental xstabil lak..adoi tu mental disorder tuuu..kes parah..oh tdk...NOT ME!!..hahaha.....buang sifat malas2 tuh..ske tdo..makan..mcm2 lah bile dh cuti lama nih..haha......ok tata.....I WANNA BE HAPPY.....PEACE!!!..

bye2.....slm=)

form 2...hee..~


Assalamualaikum,,,,,
hehe,,bila tgk gmbr nih aku tersenyum sendirian...ni gmbar masa form 2..before this...aku mmg seorang yg kecoh dah..tp kecoh dlm versi yg skema laa..aduish...aku xreti sgt nk join kwn2 yg cmne ek yg gler2 kot..i mean yg "huhahuha" yg happy selalu...hehe..sori bahasa aku nih berbelit ckit...kuikui....biasenye ble kwn2 jumpa aku, berjalan dgn aku..automatik mereka pon bt skema dgn aku cm ada protokol lak....ak xreti nk bt lawak...mmg straight je...serius...ckp tu mmg ckp tp ayat yg agak formal.....kesian kat kwn2, mesti dorang rimas dgn aku..xpon rse kekok..

 tp sejak kenal mereka nih( dlm gmbr tu), especially khadijah (mekjoh)..huhu mmpengaruhi hidup aku....dia ni deskmate ak..agk sempoi orgnye...slumber jew....ak rse enjoy dgn dia....start mse ni lah aku mula flexible kn dri dgn kwn2...huhu....

kalo dlu mekjoh adalah salah seorang yg penting bg aku...aku ske kacau dia..cm main perang2 lak..huhu ganas tol bile berjumpa...dulu cita2 aku nak jd DENTIST...mmg minat gler nk jd dentist..xtau kenapa..kat semua benda aku tulis DENTIST..kat loker asrama penuh dgn DENTIST..sehinggakan nk jumpa dentist kat klinik pon bkn main excited lg...huhu..masih igt lg..aku penah dpt anugerah GIGI PALING PUTIH MSE darjah 6 kat assembly..hakhak..lawak tol....dan mek joh nk jd CIKGU...tut2..tut2...sekarang lain plak jadinya...mekjoh insyaallah dia kn amik DENTISTRY dan aku plak insyaallah bakal menjadi GURU.....mmg tdk disangka2kn............

cerita ttg kawan aku...kenalan baru...


Assalamualaikum..hai kawan2...=) peace..!!
bercakap soal kawan..kenalan..
memang zati suka berkenalan tak kisah lah adik2 ke kakak2 ke abang2 ke mak2 ke ayah2 ke..semua zaty berkawan..seronok tau ada kawan dari pelbagai peringkat umur..dari pelbagai negeri...kita dapat kenal macam2 ragam dan style pergaulan mereka.cara bercakap, cara berfikir, cara memberi pendapat dan sebagainya..

baru-baru ni zaty ad kenal beberapa orang kenalan baru..hmm berapa org ye?? haa..3org dari peringkat umur yg berbeza..apa yang menarik nye...zaty baru  je kenal dorang..tp kami sudah mesra seolah2 macam dah lama kenal...mcm saudara..dan kalo xcontact lama2..boleh jd rindu lak...hmm biasenya ak rilek2 aja dgn kenalan di siber nih..xdelah smpai kangan2 nih..haha..yg syok nye kami bertiga kenal secara xsengaja..rupe2nye mereka semua dah saling kenal antara satu sama lain...tp aku xtnya lak dorang kenal kat mana..salsilah mereka bertiga tu kenal..hmm nnti ak tnya..haha

honestly aku happy kenal dorang..dan mereka tdk segan silu utk brkongsi jika ada masalah...mungkin ada keserasian kot antara kami bertiga..yg sedihnye kami hanya berkawan kat alam maya ni jew..kami xpenah jumpa lagi...insyaallah mungkin suatu hari nanti aku boleh jumpa mereka semua..tp ntah biler ntah..xtau biler..haha..haa..mereka pon penasihat terbaik tau..kalah dato fadzilah kamsah..hakhak...mcm2 ragam..

TAPI ada satu perkara yg membuatkan aku sedih..........kawan aku yg dah lama xjumpa, sampai hari ni masih xdapat jumpa2 pon...dah hampir 3tahun...........seolah2 tidak dipermudahkan.....dh banyak kali kami rancang untuk jumpa tapi mesti ada aje aral yang melintang....msuk kali nih dah tiga kali kot bt reunion tp still xdpt jumpa....anyway..i'm always pray for "the sky"...=) disini kite dapat lihat kite hnya merancang ALLAH yang menentukan...

tp kenalan yg baru aku kenali seolah2 dipermudahkan.....segala yg dirancang menjadi aja sih..pdahal xde lah rancang sgt..kebetulan je kot...ini membuatkn aku ingin kenal siapa mereka....seolah2 ada "law of attraction" disitu....
ada kemungkinan mereka itu saudara ku ???

hmm mmbuat kan aku terpk..

apa kami ada bertalian darah??
adakah mereka tu saudara mara ku yg xpenah ku kenali???..
hmm.mungkin ye..n mungkin tdk cz biasenye saudara2 ku nama mereka bermula dgn "tuan"."raja", "nik"....

siapa kah mereka itu pada aku...???

p/s: bt kenalan baru tuuuu...huhu..korang jgn gelak lak bila baca entry nih.....malu che'..hakhakhak....=p anyway...im happy with u all......keep in touch....ada masa datang lah kat terengganu n kelantan..huhu..pantai KLUANG...kluang mann!!!..hahaha...eh cpt lah publish blog korang tuuu..adoi...semuanya belajar elok2 ye...jgn main2..haha..-pesanan cgu zaty.uhuks
.....UKHWAH ITU INDAH.....

Sunday, June 20, 2010

I'm so jeleous!!!!!......

arghhh!!!.....i'm so jeleous......what should i do??
what should i change??
when should i start IT???
how to show IT???
how comes IT happened again??

...IT's nothing.....is IT precious??

The Game of Life
Charles Ghigna
Give all you've got in every game
Until your games are gone
For when your final game is played,
The game of life goes on.
 


The Spirit of Play
Charles Ghigna
The final score is more than how
We win or lose with pride;
It's how we play the game of life
With laughter on our side.
COME ON MYSELF..DONT BE SAD....
ALLAH ALWAYS BE WITH U ...