tetamu di ruangku

Friday, November 25, 2011

Siapa Pemujuk Hebat

Assalamualaikum,

Tumbuh melata kuntum cempaka,
berkicau burung terbang di angkasa,
salam sejahtera buat pembaca,
lafaz pertama pembuka bicara.

Pembaca yang budiman, hari ini saya ingin bercerita untuk berkongsi pendapat tentang
"SIAPAKAH PEMUJUK HEBAT?"

Dalam arus gelombang hidup, kita mengharungi pelbagai keadaan. Kita mencuba pelbagai perkara. Kita memerlukan sokongan dan semangat untuk menetapkan dan meningkatkan kuasa langkahan kita. Saya percaya dan percaya semua orang mengharapkan hadirnya seorang teman untuk memberi sokongan, memberi semangat, menjadi pendengar dan sebagainya..Itu semua fitrah manusia. Manusia tidak mampu hidup seorang diri. Sebab itu Allah swt telah menciptakan manusia ini ramai lebih daripada satu dan ditentukan pula pasangan masing-masing. Subhanallah, tersangat hebat ciptaanNYA.

Walaubagaimanapun, dalam hidup ini kita perlu akur dan sedar tidak semua apa yang kita harap kita akan perOlehi. Ada tika tidak ada yang bisa memahami diri kita, ada masa kita keseorangan. Hal ini kerana saya percaya tidak semua orang punya teman yang memahami. Teramat sukar untuk mencari yang benar-benar memahami dan serasi dengan diri kita. Disinilah kita perlu belajar untuk MENERIMA DAN MERAIKAN SETIAP SESUATU DENGAN BERLAPANG DADA. 

Dalam meniti titian kehidupan ini ,
kita perlukan semangat untuk terus melangkah,
Kita perlukan sesuatu untuk menyokong kita,
membisikkan kata semangat,
menemani tika kesedihan,
memberi senyuman tika bahagia,
memimpin tika kegelapan,
Tapi ingatlah tidak ada yang kekal disisi kita
melainkan DIA Yang Satu,
Dalam menyusur setiap arus yang mengalir
usahlah kita berharap hadirnya sesuatu
yang setia untuk memberi apa yang kita perlu,
Bila terasa diri kita lemah dan semangat kita mula hilang,
Pandanglah wajah kita sendiri
kerana ia lebih mengenali
siapa diri kita yang sebenar….

~SAYANGILAH DIRI ANDA KERANA IA AMAT BERNILAI~

DIRI KITA ADALAH PEMUJUK HEBAT KERANA IA SUDAH LAMA BERKENALAN DENGAN DIRI KITA.

PEMUJUK YANG TERHEBAT ADALAH YANG MAHA MENGETAHUI

Bicara Kalam : Ujian membuat hati kebal

Sebelum kita berkongsi dengan lebih lanjut, marilah sama-sama kita bertasbih kepada Illahi tanda syukur dan cinta kita pada Dia Yang Satu dan Dia yang Hakiki. 

Subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakbar...
Hati bergetar terasa tenang melafazkan bait-bait cinta buat MU.Subhanallah, 
Ujian itu bisa MEMBENTUK
Ujian itu bisa MENDIDIK
Ujian itu bisa MENGAJAR
Ujian itu bisa MENGUBAH
Ujian itu bisa MENGUATKAN

Subhanallah, Allah menyayangi seseorang itu dengan menjadikan ujian sebagai teman hidupnya. Subhanallah, saya faham pada insan yang sedang diuji terasa perit dan pedih untuk berdamping dengannya. Tapi bila hati dan akal bergandingan cuba menyingkap dan memikirkan APAKAH HIKMAH YANG ALLAH INGIN TUNJUKKAN?

Dengan ujian;
1- seseorang yang pernah berada diatas telah turun bertapa di bawah
2- seseorang yang hidup senang lenang telah berada dalam kesempitan
3-seseorang yang pernah memiliki paras rupa yg mungkin memuaskan tapi telah berubah rupa
4-seseorang yang memiliki seorang sahabat yang sangat disayangi tapi hilang dengan meninggalkan barah dihati
5-seseorang yang hidup tanpa rasa derita telah menanggung keperitan bertahun-tahun
6- seseorang yang menaruh harapan pada sesuatu perkara tapi dilepaskan demi yang lebih memerlukannya
7-seseorang yang punya seribu perancangan tapi hancur dek kerana situasi yang mencemburui.

Para pembaca yang saya sanjungi,
Itulah antara senarai yang mungkin majoriti dalam kalangan kita menghadapinya. Kali ini saya bukan ingin mengajak kalian untuk menyatakan bebanan dan ujian yang menimpa. Saya bukan berhajat untuk mengajak kalian menyesali dengan apa yang telah berlaku. Tidak sama sekali tapi saya ingin menyeru kalian menyelongar  APAKAH KEKUATAN / KEHEBATAN DISEBALIK UJIAN? Subhanallah. Jom.

Ujian 1
  1. Allah menyedarkan kita, Jangan merasa bangga/sombong/angkuh dengan kejayaan yang dimiliki 
  2. Jangan memandang rendah pada kebolehan insan lain
  3. jangan merasakn diri kita adalah yang terbaik
  4. belajar untuk memberi peluang pada yang lain dan belajar untuk mengalah
Ujian 2
  1. belajar untuk hidup berkongsi kesenangan dengan yang lain
  2. belajar untuk menghargai rezeki dan kemewahan yang dimiliki
  3. belajar untuk memanfaati nikmat yang dikurniakan
  4. belajar erti bersyukur dengan apa yang ada
Ujian 3
  1. paras rupa bukan perkara utama. Allah tidak membezakan seseorang dengan paras rupa tapi Allah memandang pada ketaqwaan dan kewarakan seseorng hamba. kecantikan sebenar adalah pada kekuatan imannya
Ujian 4
  1. bersederhanalah dalam menyayangi dan mempercayai seseorang
  2. Allah tidak menghilangkan sesuatu yang kita sayang melainkan Dia menggantikannya dengan yang lebih baik
Ujian 5
  1. Allah mendidik erti kesabaran, ketabahan dan kecekalan
  2. Allah mengajar untuk jadi insan yang kuat bukan lemah dan lembik
  3. Allah mengajar untuk mengerjakan sesuatu dalam kesakitan.
  4. Allah mengajar apa itu ketaqwaan
Ujian 6
  1. tidak semestinya perkara yang kita cintai adalah milik kita. tidak semestinya yang terbaik dimata kita adalah terbaik disisi kita.
  2. mengajar erti redha dan pasrah
  3. mengajar erti berfikir secara rasional
  4. mengajar erti untuk melepas dan jangan jadi penting diri sendiri. Kita memberi pada yang lebih memerlukan
  5. belajar untuk memberi pada yang meminta
  6. nilainya APA YANG KITA BERI IA AKAN KEMBALI DALAM BENTUK YANG LEBIH BAIk
UJian 7
  1. mengajar untuk tidak berputus asa
  2. mengajar untuk terus berusaha dan mencuba
  3. mendidik untuk memiliki keazaman yang tinggi
  4. mendidik untuk matang dalam merancang
 SUBHANALLAH pembaca sekalian, lihatlah hikmah di sebalik ujian yang dihadirkan. Rupa-rupanya nilai-nilai ini yang ingin Allah sampaikan untuk kita. Mungkin terdapat lagi seribu hikmah yang belum kita singkap.

Dari 2_one:
HARGAI SETIAP SATU KEJADIAN YANG DIHADIRKAN KERANA ITU ADALAH BUKAN SATU KEBETULAN TAPI SUATU KETENTUAN YANG PUNYA IBRAHNYA YANG TERSENDIRI.
ALLAH ITU MAHA MENCATUR MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU KEJADIAN..

Bicara Kalam : 
Ujian membuat hati kebal tidak lagi kenal erti merintih dan menangis dengan keperitan ujian. Membuat hati-hati manusia kental dalam mengharunginya. Tidak lagi terasa pedi dan sedih tapi berasa bahagia dan tenang. Subhanallah.. terlalu besar nilai yang ingin ALLAH tunjukkan.. bersyukurlah pada Tuhan mu yang ESA.

Thursday, November 24, 2011

Jom kita saling Sayang Menyayangi!!!...

Assalamualaikum...
Pembaca yang saya sayangi sekalian. Subhanallah moga hati-hati kita kaya dengan nilai kasih sayang iaitu saling sayang menyayangi dan cinta mencintai kerana Allah jua memiliki sifat Maha Pengasih lagi Maha Peyanyang. Saya ingin membawa kalian berfikir sejenak. 

Apakah yang akan terjadi pada dunia ini sekiranya rasa kasih, sayang dan cinta sudah pudar di dalam hati manusia?  
Sama-sama kita fikirkan. Cukuplah hari ini kita dapat melihat banyak kes penderaan, pembunuhan, ibu dera anak, ibu buang anak, anak benci ibu, suami pukul isteri dan sebagainya.Astagfirullahalazim.Rupanya nilai kasih sayang makin beransur lupus dalam hati manusia kini.

Dimana silapnya? 
- Bila manusia mula melupakan agamanya. Saya rasa semua agama menerapkan nilai-nilai murni yang tersendiri. Apatah lagi agama Islam yang syumul menyentuh dan mengajar dalam semua aspek kehidupan tanpa tertinggal satu pun daripadanya. Subhanallah..

Saturday, November 19, 2011

CERITA TENTANG PERKONGSIAN- siri 2

 Subhanallah dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki. Kita kabur dengan sesuatu kekhilafan itu kerana kefahaman terhadap agama itu kurang jelas. Kita menilai menggunakan akal kita yang masih ketandusan ilmu dan menafsir dengan menggunakan hati yang kotor diselubungi nafsu dan dosa.


Kadang-kadang kita meneruskan sesuatu kesalahan yang kita jelas akannya iaitu membiarkan diri bergelumang dengan dosa. Menghalalkan sesuatu kesilapan dengan menggunakan alasan niat yang baik. Astagfirullahalazim, sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara. Jika kita lihat pada hari ini, ramai orang yang bermain dengan bunga api yang pada awalnya kelihatan cantik tapi pada hakikatnya boleh melukakan kita dan mungkin boleh membakar.
JANGAN BERMAIN DENGAN API. API TIDAK PERNAH ADA SEJUKNYA.


Sebagai contoh pergaulan antara lelaki dan perempuan. Walaupun sebaik dan semulia manapun niat kita dalam persahabatan tapi pasti akan timbul cetusan api. Kenapa saya mengatakan begitu? Kerana manusia bukan maha mengetahui. Maka akan terjadilah fitnah dalam pentas kehidupan kita. Walaupun jauh dalam hati kita terpasak satu niat yang besar dan mulia yang perlu dilaksanakan tetapi hati-hatilah dalam mengatur tindakan. Hal ini kerana hubungan lelaki dan perempuan ibarat bunga api. 


Saya akui amat besar dugaan bagi seseorang yang berkerjaya dan punya banyak urusan dan banyak komitmennya. Mereka seperti ini akan terdedah dan berurusan dengan pelbagai jenis manusia baik lelaki dan perempuan. Pasti satu persatu ujian datang menyinggah menguji setinggi mana kekuatan iman di dada, sedalam mana kefahaman yang terpasak di dalam diri dan seteguh mana pendirian yang terpateri.


Membuat kebaikan tidak ada salahnya tapi bagaimana cara membuat kebaikan itu perlu diteliliti dan dijaga dan diambilkira dengan halus. Terutama pada individu yang terlibat dengan banyak urusan dan terdedah dengan masyarakat. Segala perbuatan, percakapan dan langkahnya akan diperhatikan oleh orang sekeliling. Itu hanya pada pandangan manusia yang cukup teliti. Pantang silap sedikit sudah tersebar merata kawasan. Bagaimana pula dengan pandangan Allah yang Maha menilai lagi maha mengetahui?? 


JIKA PADA PANDANGAN MANUSIA PUN KITA MASIH ADA CACAT APATAH LAGI PADA PANDANGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG.

dari 2_one: perkongsian dan peringatan buat diri saya dan anda semua.....kita masih belajar=)

Friday, November 18, 2011

CERITA TENTANG PERKONGSIAN- siri 1

Subhanallah, Maha suci ALLAH menciptakan manusia bersama seketul hati yang punya pelbagai rasa. Manusia dianugerahkan suatu nikmat yang juga merupakan salah satu item yang membezakan kita dengan makhluk-makhluk yang lain iaitu “naluri” yang sangat unik yang dapat merasai setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini. Allahuakbar..


Subhanallah,terlalu banyak perkara yang ingin saya kongsikan dengan anda sekalian sehingga tidak terluah dan tidak tersusun bicara untuk menzahirkannya. Sesungguhnya Allah swt telah berfirman di dalam surah al-baqarah :284 


“Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan, niscaya Allah memperhitungkan (tentang perbuatan itu) bagimu. Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Allah Maha kuasa atasa segala sesuatu.”


Subhanallah secara jujur saya sangat suka untuk bercerita untuk berkongsi setiap detik dan setiap apa yang berlaku. Saya terasa sangat bahagia bila berjaya menyampaikan nilai buat semua. Jauh dalam diri saya terlalu inginkan orang lain merasai setiap nilai yang saya perolehi. Berkongsi ibarat kita MEMBERI, setiap apa yang diberi pasti akan kembali kepada kita. Ramai yang takut atau teragak-agak untuk memberi tazkirah (peringatan,perkongsian,nilai) kepada yang lain kerana bimbang diri sendiri tidak melaksanakan seperti apa yang diperkatakan..


Subhanallah, saudara sekalian. JADILAH OPTIMIS TENTANG PERKONGSIAN
Usahlah anda takot untuk berkongsi. Anggaplah apa yang kita kongsikan adalah sebagai peringatan dan pengukuhan kepada diri kita. Jika hari ini kita berkongsi sesuatu atau memberi nasihat kepada yang lain, insyaallah itu semua adalah ibarat kita menyediakan nasihat pada diri kita ketika kita dalam kesusahan/kelalaian nanti. Tidak dinafikan sebagai manusia iman kita turun dan naik. Ada tika kita terlalai dan terleka. Waktu inilah orang yang pernah menerima nasihat daripada kita pada suatu hari yang lalu akan mengingatkan kita kembali dengan kata-kata yang pernah kita berikannya. 


PERCAYALAH APA YANG KITA BERIKAN PADA ORANG LAIN ADALAH SESUATU YANG KITA JUGA PERLUKAN. APA YANG KITA BERI PASTI AKAN KEMBALI KEPADA KITA ,MUNGKIN DALAM BENTUK YANG LEBIH BAIK.

SUBHANALLAH!!!.....

Sunday, October 16, 2011

seerat perjuangan..


Sahabat,
Dulu bumi itu menjadi saksi,
Janji dan sumpah yang kita bina,
Tetapkan bersama walau beribu mehnah membadai,
Kita tetap akan saling menguatkan…

Sahabat,
Dulu tanah gersang itu menjadi saksi,
Ikatan ukhuwwah yang terbina antara kita,
Kita percaya tiada siapa yang dapat memisahkan kita,
Kerana ikatan kita adalah ikatan akidah,
Mahabbah kita ukhuwwah fillah,
Perjuangan kita mardhatillah…

Sahabat,
Kini kurindukan saat itu,
Saat kita bersama bermuhasabah dan mengislah diri,
Bersama berkongsi kebahagiaan dan kesedihan,
Bersama merancang dan bertindak,
Ku tagih janji kita,
Untuk terus menyuburkan bumi itu,
Dengan roh tarbiyah dan dakwah…

Sahabat,
Jangan biarkan bumi itu
Menjadi saksi pembohongan kita,
Bersemangat melaungkan perjuangan,
Tetapi hanya sekerat jalan,
Tewas diasak arus dunia,
Rupa-rupanya roh tarbiyah kita masih lemah,
Belum bersedia menghadapi dugaan di luar sana…

Sahabat,
Ayuh kita bangkit kembali,
Buktikan kepada bumi itu,
Kita bangga lahir di sana,
Jangan kita terus futur dalam perjuangan kita,
Demi ukhuwwah yang telah kita bina,
Bangkitlah kembali mara ke medan perjuangan,
Agar bumi itu bangga,
Melahirkan insan seperti kita..
Ingatlah,
Tuhan tidak bertanya kejayaan kita,
Tetapi kita akan ditanya,
apakah kita telah melaksanakan tugas kita..

Sahabat,
Walau kini jasad kita terpisah,
Namun roh kita tetap bersama,
Selagi kita masih di landasan yang sama,
Bertemu dan berpisah, kasih dan sayang kita
Hanya kerana-Nya..
Seerat seperjuangan..

Wednesday, August 24, 2011

cemburu kerana perubahannya

- cemburu kerana perubahannya -
....subhanallah........
Kita berilah yang terbaik untuk terima yang terbaik....
jangan sekadar merasa, tapi merasalah dgn optimis...
dan laksanakan juga suatu perubahan yg lebih baik keranaNYA.......insyaallah ada keberkatanNYA

CERITANYA BEGINI: 
kadang-kadang bukan kita yang terbaik....kita bukan selalu jadi terbaik...masih ada lagi yang lebih baik dari diri kita...tapi USAHA UNTUK JADI YANG TERBAIK ITU MESTI SELALU ADA DALAM DIRI KITA..

Cemburu adalah perkara biasa bagi hati seorang manusia..Kita merasa cemburu bila ada yang lebih daripada apa yang kita miliki. Kita merasa cemburu bila keperluan kita tergugat. Kita merasa cemburu bila ada yang ingin memiliki apa yang kita miliki. Itu adalah perkara biasa tapi nilai nya adalah negatif.

Hadapilah dengan penuh SABAR dan REDHA kerana apa yang kita ada sekarang, apa yang kita miliki bukan milik kita. Segalanya milik Allah yang Esa.

Kenapa harus ada resah, gelisah di sanubari sekiranya kita ada KEYAKINAN pada Illahi?? Percayalah dan yakinlah aturaNYA Maha Hebat. Segalannya adalah diluar pengetahuan dan kemampuan kita. Bila mana kita berada pada pasak yang tegak iaitu landasan yang telah di tetapkan, melaksanakan Nahi Mungkar, Insyaallah segalanya di atur dengan caturan yang amat hebat.....

PERCAYALAH ALLAH TIDAK AKAN AMBIL APA YANG KITA PERLUKAN.
PERCAYALAH ALLAH TIDAK AKAN AMBIL SESUATU YANG KITA SUKA MELAINKAN MENGGANTIKANYA DENGAN SESUATU (PELUANG) YANG LEBIH BAIK). insyaallah.

Cemburu itu adalah Sesuatu yang tidak salah sekiranya kita cemburu dengan hati yang  terbuka, sabar,redha dan berlapang dada. Itulah suatu rasa bagi sebuah persaingan yang sihat.....
SABAR DAN REDHA dengan DIRI kita dan orang-orang di sekeliling kita......

PASTI AKAN ADA NILAI DAN GANJARANNYA 

 dari 2_one: sabar dan tenang kita akan menang....=) 
dan bersangka baiklah dengan Allah

bersambung lagi,,,,,,,,,,,,,,,,,

Wednesday, August 17, 2011

Nilaian tudung bagi wanita


Di sini saya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

   Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darja

   Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

   Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

   Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

   Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

  Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

   Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

   Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

   Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

   Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

   Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

   Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

   Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

   Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

   Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

   Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

   Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. 

 dari:2_ONE.....................renungan buat diri ku juga yang masih hina....

Wednesday, June 15, 2011

Jangan ketepikan matlamat anda...........

Ada pucuk pasti ada akarnya. Seorang pelari pecut yang berjaya sampai ke garisan penamat pastinya dia bermula dari garisan permulaan. Seorang penulis yang hebat mampu menulis beribu-ribu patah perkataan, pastinya dia bermula dengan menulis abjad A,B,C. Tegaknya sebuah bangunan yang gah tinggi melangit seperti Menara KLCC pastinya ia bermula dengan sebuah tapak yang kukuh. Begitu juga dengan sebuah kejayaan. Sesuatu kejayaan itu ada titik permulaannya. Seseorang yang telah berjaya mencapai sesuatu kecemerlangan yang hebat pasti dia bermula dari bawah dengan tindakan yang pertama iaitu langkah pertama. Dalam kehidupan ini, kita ibarat pengembara mencari  dan mencari bekalan untuk perjalanan yang seterusnya. Begitu juga kita dalam mencari kecemerlangan mesti sabar, rajin, gigih, yakin, istiqamah dan tawakal.
Langkah pertama, kita mesti mempunyai matlamat. Kenal pasti apa matlamat kita. Cuba faham akan matlamat yang telah ditetapkan. Kita mesti faham dan jelas akan matlamat itu. Apabila matlamat telah ditetapkan, cuba kenal pasti dan senaraikan apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Dengan siapa kita perlu dekati, dengan siapa harus kita jumpa dan siapa yang mampu menolong, memberi semangat dan menyokong kita. Cuba rapatkan diri dengan orang yang dapat membantu ke arah matlamat kita. Jika kita ingin belajar berniaga maka berbaiklah dengan orang-orang yang pakar dalam bidang perniagaan. Jika kita ingin belajar memasak maka berbaiklah dengan orang- orang yang mahir memasak . Jika kita mahu belajar menulis maka berbaiklah dengan orang-orang yang ada kepakaran dalam bidang penulisan.
Ini bukan bermakna kita meminggirkan kawan –kawan yang lain, bukan sama sekali. Kita berkawan dengan semua orang kerana orang-orang disekeliling kita ini adalah cermin kepada diri kita. Sebagai contoh, kita hebat dalam bidang sastera, mungkin kita kurang dalam bidang sains. Jadi kita lemah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan sains. Maka orang-orang disekeliling kitalah pelengkap kepada kehidupan kita. Kalau kita lihat seorang jururtera tidak mampu merawat penyakitnya tanpa seorang doctor. Doctor pula tidak dapat memandu sebuah kereta yang mewah tanpa ada seorang jurutera yang menciptakan kenderaan. Oleh itu jangan sesekali kita meminggirkan orang-orang di sekeliling kita. Kita telah diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan   yang tersendiri. Begitulah betapa mahalnya harga orang disekeliling kita.

Sunday, June 5, 2011

emm.........wanita itu dan "WANITA INI"

kadang-kadang wanita itu masih cintakan perhiasan.......
emm...kadang-kadang wanita itu masih berat untuk meninggalkan kebendaan, perhiasan yg melampau demi sebuah CINTA ILLAHI........
adakah hari ini,wanita itutelah mengikut apa yg telah disyariatkan olehNYA....
wanita  itu ingin mencintai NYA dan ingin dicintaiNYA...tapi kenapa???? masih berkira demi sebuah PERUBAHAN......................

Bicara wanita  itu masih lantang...........
butir bicaranya rancak bertutur............tapi adakah zikirnya,tasbihnya,selawatnya serancak butir bicara yg dihamburkan pada setiap saat.............emmm...

setiap hari dahi menyujud ke lantai........paginya diserikan dengan tiang dhuhanya.......dihiasi dgn kalimah mathuratnya...tapi..................kenapa masih berhitung, dan berkira demi PERUBAHAN YANG UNGGUL DI MATA NYA YANG ESA............adakah amalanya belum sempurna..belum cukup untuk mengubahnya...Ya Allah...jauhnyaa............

betapa wanita itu sangat rindu kan "SAIDATINA KHADIJAH R.A BINTI KHUWAILID"....

SAIDATINA KHADIJAH R.A BINTI KHUWAILID
ciri-ciri wanita yang HEBAT......
WANITA INI isteri yg SOLEHAH....
WANITA INI hebat gayanya,personaliti unggul dimata TUHAN nya YANG ESA, unggul dimata suami yg Terpuji RASULULLAH SAW...unggul dimata semua yang memandang..
WANITA INI...wanita berkerjaya yang terjaga segalanya.....SUBHANALLAH............

BICARA LAGI BUAT DIRI........

PERKONGSIAN DARI  "PERJALANAN HIDUP SEORANG INSAN".THNX......sama2 kite berkongsi.....

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

Wahai hamba yang tekun beribadat di dua tanah haram, jika kau melihat kami, nescaya engkau akan mengetahui bahawa engkau sedang bermain dengan ibadatmu Sesiapa yang berlumuran air mata dipipinya, maka tengkuk - tengkuk kami pula berlumuran darah. Atau ada yang kudanya keletihan sia-sia, Sedang kuda kami keletihan di pagi hari. Kalian dipenuhi oleh bau wewangian, Sedangkan wewangian kami adalah debu-debu nan indah yang diterbangkan teracak kuda kejam dan gersang, serta debu. Kami dianugerahi untaian kata Nabi kami, Kalimat Shahih yang benar … bukan dusta. Tak ‘kan sama, debu yang bersarang di hidung hamba Allah, dengan asap neraka! … bukan dusta. Inilah Kitabullah, berucap kepada kami, Orang syahid tak pernah mati! … bukan dusta....

Wahai sahabatku..Andai Kau Jatuh Hati pada seseorang,pilihlah Hati Yang Senantiasa Dekat Kepada Allah Agar Hatimu tidak salah Memilih.Andai Kau Jatuh Cinta,Berikanlah Cintamu Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Agar Bertambah Kekuatanmu Untuk Mencintai Allah.Andai Kau Rindu,Rinduilah Seseorang Yang Merindui Syahid Di Jln Allah Agar Kau tidak lalai dari merindui syurga Allah Andai Kau Menyesal Kerana Pernah Jatuh Hati,Jatuh Cinta Dan Rindu Pada Seseorang,Bersyukurlah Kerana Kau Masih Berpeluang Untuk Jatuh Hati,Jatuh Cinta Dan Rindu Kepada Allah. ..

Seni Mutiara Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda Sesungguhnya mati jasad kerana roh,Mati roh kerana tiada ilmu, Mati ilmu kerana tiada amal dan mati amal kerana tiada istiqomah.Bila mata bertemu mata.Akan mula rasa kasih.Bila hati bertemu hati.. Akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah.. akan terasa kebesaran Ilahi. Agama menjadi sendi.Pengaruh menjadi penjaga.Kalau tidak bersendi runtuhlah dan kalau tidak berpenjaga maka tidak terserlahlah hayat kita

Masinnya Air laut tak mampu menyerap ke dalam isi Ikan, tapi bila ikan itu telah mati..secubit garam mampu memasinkannya.. Bagitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai.. tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi.. Moga Allah sentiasa memelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan Dosa-Dosanya ..

Jangan Berputus Asa Janganlah berputus asa karena ia bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah impian hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Kesempatan masih luas dan unsur-unsur kebaikan masih kuat dan besar dalam jiwa kalian yang mukmin, meskipun tertutupi oleh berbagai fenomena kerusakan. Yang lemah tidak selamanya lemah, dan yang kuat tidak selamanya menjadi kuat. (Imam Hasan al-Banna)

Imam Shafie berbicara tentang persahabatan: “Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika duka melanda, aku sering bertanya, “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pula bertepuk tangan.

sometimes ALLAH breaks our spirit 2 save our soul. sometimes ALLAH breaks our heart 2 make us whole. sometimes ALLAH allows pain so we can be stronger. sometimes ALLAH sends us failure so we can be humble. sometimes ALLAH allows illness so we can take better care of ourselves. sometimes ALLAH takes everything away frm us so we can learn the value of everything he gaves us...

bicara buat mu wahai diri.....

perkongsian dari "life journey"...thnx u...

pernah tak anda terfikir,
betapa nikmatnya rasa DEKAT dengan Allah,
anda rasa hidup ini tidak ada risaunya
kerana anda PASTI, pertolongan Allah tu dekat,
dekat sangat....
rindu pada Allah, selalu dirasai..
anda akui,
Dia sentiasa ada, kala susah atau senang
hati sentiasa tenang mengingati Allah..

tapi, kadang2 anda sendiri yang bawa diri
bawa diri jauh..jauh dari Allah.
hati kata mahu rehat.hati kata dahaga maksiat.hati kata rindu hiburan.
dan bila hidup anda rasakan sukar sekali,
anda sedar anda dah jauh tinggalkan Dia.
macam mana nak hadapkan muka,
nak pohon pertolongan,
malu..malu...MALUNYA PADA ALLAH!
anda mula sedar, betapa indahnya kalau anda x pernah lari dari kasihNya.

kadang-kadang,
hati anda rasa berat memikul dosa2 hitam..
rasa sesak nafas,
mengenangkan dosa2 yang bertambah-tambah
sehari demi sehari
malam datang
kau mula menangis teresak-esak,
hati kata rindu pada Allah
sujud kau lamakan, seakan tak mahu bangkit lagi.
tapi kemudian anda lupa kembali,
nafsu kata lapar...anda berikan dunia..

kadang rasa pilu,
tatkala melihat insan disekeliling anda,
satu persatu,
MATI menderita kerana sakit.
terkadang terfikir bila pula giliran kita.
kalau hari itu sudah datang, apakah hari-hari kini akan anda kesali?


pernahkah anda imbau kembali.
anda pada hari ini.
atas siapa anda berdiri.
bahagia.berjaya. yang anda kecapi pada hari ini
andai Allah tidak hadir memberi sepenuh hati
anda fikir, mungkinkah anda sehebat hari ini?

kadang-kadang rasa takut menyelubungi diri
kalau2 nikmat hari ini ditarik kembali,
kerana kau kufur..kau dah tak dekat pada Illahi.
tersenyum megah hari ini semua menyanjung dirimu.
terkadang kau takut kalau2 esok DIA datang menjemput segalanya..

kau
berdiri atas siapa
kalau bukan Dia
Rabbul Izzati.
kalau diri sudah jauh dariNya
bagaimana mahu bergantung sepenuh hati?
kalau esok lusa hidup terasa kelabu..
pada siapa mahu diminta bantu??
mahukah Dia melihat aku
yang telah jauh tenggelam dalam kelam maksiat sendiri..
ampunkan kami ya Allah.

"ya Allah, Kau perbaikilah agamaku, kerana itulah yang memelihara urusanku, dan Kau perbaikilah duniaku, kerana disitulah aku hidup, dan perbaikilah akhiratku, kerana disitu kelak akan aku dikembalikan. Jadikanlah kehidupan ini sebagai satu tambahan dalam setiap kebajikan aku laksanakan, dan Kau jadikanlah kematian itu sebagai satu istirehat untuk aku dari segala kejahatan"
(Riwayat muslim, dari Abu Hurairah r.a)

Saturday, May 21, 2011

keserdehanaan - cantik sifatnya 2

assalamualaikum....saje ingin bercerita......(santai2 aja) =p

Seberkas cahaya dari lilin takkan bererti sama sekali bila lilin tersebut berada di antara ribuan cahaya lainnya yang lebih bersinar. Namun, bila lilin itu mampu bertahan terus memancarkan cahayanya, maka cahaya lilin tersebut akan sangat bererti kerana satu persatu dari cahaya lainnya akan padam hingga tidak ada lagi cahaya yang lain selain lilin itu.

Begitulah halnya dengan hidup. Kita tidak diharuskan untuk menjadi orang yang paling sempurna diantara orang lain untuk orang yang kita cintai. Kita cukup menjalaninya dengan biasa-biasa saja, dan dengan penuh kesederhanaan. Hal yang harus kita lakukan adalah menetapkan hati kita untuk tetap selalu bertahan. Kerana, suatu saat nanti akan tiba masanya dimana hanya kita yang berdiri sendiri dan orang lain telah lelah untuk bertahan dan menanti.

Sebuah pemberian akan lebih bererti bila pemberian itu diberikan dengan tulus dan tak pernah terputus meskipun pemberian itu penuh dengan kesederhanaan dan ala kadarnya saja, dibandingkan dengan pemberian yang sangat luar biasa namun pemberian itu diberikan bukan atas dasar ketulusan dan diberikan hanya sekali saja. Sebuah contoh, seseorang akan lebih memilih dan lebih menghargai pemberian bunga dari seseorang yg diberikan di setiap harinya meskipun bunga itu hanya setangkai, dibandingkan pemberian bunga berhektar2 dari seseorang tapi diberikan hanya sekali saja.

Kita tidak mengetahui siapa orang yang akan dipertemukan dengan kita oleh Tuhan nantinya. Tapi yakinilah bahwa orang yang bersamamu saat ini, itulah orang yang Tuhan amanahkan kepada kita. Kerana dengan begitu, kita lebih menghargai erti dari
sebuah Anugerah
. Dan dengan jalan itu pula kita akan memahami apa yang kita jalani dalam rel kehidupan ini.
 p/s dari 2_one:
1- just be yourself..
2- bersederhana dalam segala hal
3- memberilah dengan hati ikhlas..
4-nilai sesuatu itu bukan terletak pada harga  atau kuantiti, cukuplah memberi dengan ikhlas.
5-  hargai apa yang kita miliki...kata2 Hamka yang cukup mengajar erti syukur dan sederhana : 'apa Yang Ada Ini Sudah harapan Kita'.....subhanallah..

kesederhanaan - cantik sifatnya...

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT

Friday, May 6, 2011

BILA HATI MULA MENGENAL SYUKUR….:penawar buat hati yang sombong



Subhanallah betapa besarnya KETENANGAN SEBUAH SYUKUR. Kita selalu mengharapkan yang terbaik, dan mengejar kesempurnaan sehingga kita lupa akan apa yang kita miliki. Apa yang orang lain miliki kita juga mahu milikinya. Apa yang orang lain lalui kita juga mahu laluinya kerana tingginya sifat persaingan dalam diri kita. Kadang-kadang tanpa kita sedari semangat berlumba-lumba mengejar perkara yang dikejar oleh yang lain menyebabkan kita lupa untuk menjaga dan menggilap apa yang kita sudah miliki. Astagfirullahalazim………


Persaingan itu sesuatu yang positif bila kita meletakkannya pada “paras sederhana”. Cuba bayangkan apakah kesan jika naluri persaingan kita pada tahap yang rendah? Sudah pasti kita ketinggalan jauh di belakang. Dunia sekarang adalah dunia persaingan. BERTINDAKLAH MENGIKUT KAPASITI SEMASA tapi kita perlu ingat jika naluri persaingan kita pada paras yang sangat tinggi (melampau), ini juga boleh membawa kepada kemungkaran dimana ia boleh bertukar menjadi hasad dengki, akan timbul rasa tidak puas hati dan hati terasa tidak tenang dalam kehidupan ini. Kita akan sentiasa rase tercabar. Rasa tercabar juga sesuatu yang positif jika kita meletakkannya pada paras sederhana kerana Islam menegaskan bahawa bersederhana dalam semua perkara. 
Subhanallah…….para pembaca yang saya kasihi, disini saya bukan mengatakan persaingan dan rasa tercabar itu sesuatu yang negative tapi saya ingin menekankan bahawa hidup ini kita jangan jadi golongan yang “melampau”, bersederhanalah dalam meletakkan perasaan dan emosi dalam diri kita.

Tidak salah dan sesuatu yang sangat bagus jika kita punya jiwa persaingan. Jika kita imbas dari awal penciptaan diri kita adalah bermula dengan sebuah persaingan. Persaingan sang sperm yang berjuta-juta berebut-rebut untuk menerobos masuk menembusi dinding si ovum. Subhanallah betapa uniknya penciptaan seorang manusia. Hanya satu sperm yang mantap sahaja mampu bercantum dengan ovum untuk pembentukan seorang manusia yang bergelar “khalifah”.
DALAM menjalani bahtera kehidupan, Islam memberi garis panduan yang cukup sempurna. bagi manusia mencapai puncak kesejahteraan. Hidup menurut ukuran Islam ialah menikmati kesejahteraan di dunia dan di akhirat nanti. Demi merealisasikan harapan yang murni itu, setiap orang Islam haruslah mengamalkan sifat kesederhanaan dalam segenap segi kehidupannya. Sifat ini dipraktikkan Nabi Muhammad saw dan juga sahabat Baginda, sehingga mereka muncul di permukaan sebagai insan yang sewajarnya diteladani, yang cemerlang dan dirahmati Allah.

Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah saw, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya, ternyata Baginda tidak pernah mengecapi hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan Baginda, sama ada cara berpakaian, perhiasan, dalam soal makanan dan sebagainya, berada di paksi kesederhanaan. Padahal Baginda memang mampu untuk hidup bermewah. Namun keimanan yang jitu di dada Baginda justeru mengalahkan segala-galanya. Sesungguhnya sifat ini adalah pakaian peribadi orang yang beriman sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:


"Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

begitulah sebuah kehidupan.....kita diberi AKAL FIKIRAN DAN SEKETUL HATI untuk mencorakkan lukisan hidup kita...HARGAILAH DAN SYUKUR DENGAN APA YANG DIANUGERAHKAN PADA DIRI KITA....DIRI KITA ADALAH UNIK....TINGKATKAN DAN ASAHLAH  APA YANG KITA SUDAH MILIKI AGAR IA MAKIN BERGEMERLAPAN....tidak salah untuk bersaing dan ingin menjadi lebih daripada yang lain tapi dengan kadar BERSEDERHANALAH ANDA DALAM SEGALA HAL.........agar kita sentiasa TENANG tanpa rase terdesak,rimas, dan sebagainya...Subhanallah..

 DARI : 2_ONE
Setakat ini sahaja coretan zaty pada kali ini.....salam sayang buat semua....

Sunday, March 6, 2011

leka dalam gelora hidup

assalamualaikum...
tidak ada apa yang mampu kuungkapkan..makin ku mencari, makin ku menghayati,makin ku kenal diriMU...bicaraku makin hari makin hilang..bukan ku lemah untuk melontarkannya, tapi hati ku sebak kerana menahan cinta YANG ABADI...SUBHANALLAH...alangkah indahnya jika dapat ku lontarkan buat semua betapa aku RINDU DAN CINTA pada MU YA RAHMAN YA RAHIM...

Berikanku kekuatan untuk ku sampaikan bicara-bicara hikmah buat teman seperjuangan ku...gagahkan hati ku..cekalkan jiwaku untuk menjadi pejuang agama MU....

SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH kerana ENGKAU mencampakkan rase cintaku pada MU..SUBHANALLAH  kau telah mengetuk dan menghindari ku dari terbuai dengan suara2 hasutan yang melemaskan ku dalam godaan cinta dunia..manusia,pakaian,harta,pangkat,darjat dan sebagainya...sesungguhnya aku sangat benci akan sesuatu yang merosakkan hati ku....tetapkanlah pendirian ku,tetapkan iman ku agar aku tidak goyah dengan godaan sedemikian..kerana AKU DIUTUSKAN SEBAGAI KHALIFAH maka sedarkan aku akan tanggungjawab yang harus ku tunaikan...

makin hari, lidah ku makin kelu, hati ku makin bergetar, mata ku makin berat menahan selaut titisan air mata..tapi hati ku tekad untuk terus gagah dan kental dalam merempuhi tsunami kehidupan. Makin hari dunia ini makin terseksa menanggung baraan dosa-dosa manusia yang tidak pernah sedar akan TUJUAN HIDUPNYA..tidak sedar siapa PENCIPTA nya, tidak sedar dari mana ASALNYA mereka, tidak sedar ke mana tempat yang AKAN MEREKA TUJU suatu saat nanti.....ASTAGFIRULLAHALAZIM..

hidup ini kadang-kadang boleh dikatakan seperti ombak ada gelombang dan gelora. Ada pasang dan surut. kita hidup di dunia ini ibarat seorang perantau mencari bekalan untuk menuju ke destinasi yang abadi. Dalam perjalanan ini, kite mengutip kepahitan, kesakitan, kemanisan, kebahagian. Semuanya ibarat telah terhampar di hadapan kita. Mahu atau tidak kita terpaksa menyeberangi semua itu demi memantangkan diri kita...

Semakin kita berjalan dan berjalan, makin terasa bodoh diri ini. Masih banyak perkara-perkara belum kita pelajari. Masih banyak perkara yang kita terlepas pandang untuk dinilai dan masih banyak perkara yang kita belum hargai. Betapa lemahnya kita sebagai manusia.

DARI 2_ONE:
AYUHLAH SEDARLAH WAHAI DIRIKU ..SEDARLAH DUHAI TEMAN-TEMAN...BERJALANLAH DAN TERUSLAH MELANGKAH DEMI MEMANTAPKAN PERSEDIAAN MU MENUJU YANG PASTI.....