Subhanallah betapa besarnya KETENANGAN SEBUAH SYUKUR. Kita selalu mengharapkan yang terbaik, dan mengejar kesempurnaan sehingga kita lupa akan apa yang kita miliki. Apa yang orang lain miliki kita juga mahu milikinya. Apa yang orang lain lalui kita juga mahu laluinya kerana tingginya sifat persaingan dalam diri kita. Kadang-kadang tanpa kita sedari semangat berlumba-lumba mengejar perkara yang dikejar oleh yang lain menyebabkan kita lupa untuk menjaga dan menggilap apa yang kita sudah miliki. Astagfirullahalazim………
Persaingan itu sesuatu yang positif bila kita meletakkannya pada “paras sederhana”. Cuba bayangkan apakah kesan jika naluri persaingan kita pada tahap yang rendah? Sudah pasti kita ketinggalan jauh di belakang. Dunia sekarang adalah dunia persaingan. BERTINDAKLAH MENGIKUT KAPASITI SEMASA tapi kita perlu ingat jika naluri persaingan kita pada paras yang sangat tinggi (melampau), ini juga boleh membawa kepada kemungkaran dimana ia boleh bertukar menjadi hasad dengki, akan timbul rasa tidak puas hati dan hati terasa tidak tenang dalam kehidupan ini. Kita akan sentiasa rase tercabar. Rasa tercabar juga sesuatu yang positif jika kita meletakkannya pada paras sederhana kerana Islam menegaskan bahawa bersederhana dalam semua perkara.
Subhanallah…….para pembaca yang saya kasihi, disini saya bukan mengatakan persaingan dan rasa tercabar itu sesuatu yang negative tapi saya ingin menekankan bahawa hidup ini kita jangan jadi golongan yang “melampau”, bersederhanalah dalam meletakkan perasaan dan emosi dalam diri kita.
Tidak salah dan sesuatu yang sangat bagus jika kita punya jiwa persaingan. Jika kita imbas dari awal penciptaan diri kita adalah bermula dengan sebuah persaingan. Persaingan sang sperm yang berjuta-juta berebut-rebut untuk menerobos masuk menembusi dinding si ovum. Subhanallah betapa uniknya penciptaan seorang manusia. Hanya satu sperm yang mantap sahaja mampu bercantum dengan ovum untuk pembentukan seorang manusia yang bergelar “khalifah”.
DALAM menjalani bahtera kehidupan, Islam memberi garis panduan yang cukup sempurna. bagi manusia mencapai puncak kesejahteraan. Hidup menurut ukuran Islam ialah menikmati kesejahteraan di dunia dan di akhirat nanti. Demi merealisasikan harapan yang murni itu, setiap orang Islam haruslah mengamalkan sifat kesederhanaan dalam segenap segi kehidupannya. Sifat ini dipraktikkan Nabi Muhammad saw dan juga sahabat Baginda, sehingga mereka muncul di permukaan sebagai insan yang sewajarnya diteladani, yang cemerlang dan dirahmati Allah.
Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah saw, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya, ternyata Baginda tidak pernah mengecapi hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan Baginda, sama ada cara berpakaian, perhiasan, dalam soal makanan dan sebagainya, berada di paksi kesederhanaan. Padahal Baginda memang mampu untuk hidup bermewah. Namun keimanan yang jitu di dada Baginda justeru mengalahkan segala-galanya. Sesungguhnya sifat ini adalah pakaian peribadi orang yang beriman sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
"Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)
begitulah sebuah kehidupan.....kita diberi AKAL FIKIRAN DAN SEKETUL HATI untuk mencorakkan lukisan hidup kita...HARGAILAH DAN SYUKUR DENGAN APA YANG DIANUGERAHKAN PADA DIRI KITA....DIRI KITA ADALAH UNIK....TINGKATKAN DAN ASAHLAH APA YANG KITA SUDAH MILIKI AGAR IA MAKIN BERGEMERLAPAN....tidak salah untuk bersaing dan ingin menjadi lebih daripada yang lain tapi dengan kadar BERSEDERHANALAH ANDA DALAM SEGALA HAL.........agar kita sentiasa TENANG tanpa rase terdesak,rimas, dan sebagainya...Subhanallah..
DARI : 2_ONE
Setakat ini sahaja coretan zaty pada kali ini.....salam sayang buat semua....


2 comments:
benar islam itu mengajar kita erti 'kesempurnaan'...
ana nk kgsikan satu kata2 yang ana rasa smpi kehari ini pengertiannya cukup berhikamh pd dri ana....
kata2 Hamka : 'Yang Ada Ini Sudah harapan Kita'.....subhannllah..
p/s: kesombongan yg pnah mhitamkan hati..moga dpt djernihkan dgn ksyukuran ini...syukran..~
uniq:
terima kasih ats perkongsian
Post a Comment