Ada pucuk pasti ada akarnya. Seorang pelari pecut yang berjaya sampai ke garisan penamat pastinya dia bermula dari garisan permulaan. Seorang penulis yang hebat mampu menulis beribu-ribu patah perkataan, pastinya dia bermula dengan menulis abjad A,B,C. Tegaknya sebuah bangunan yang gah tinggi melangit seperti Menara KLCC pastinya ia bermula dengan sebuah tapak yang kukuh. Begitu juga dengan sebuah kejayaan. Sesuatu kejayaan itu ada titik permulaannya. Seseorang yang telah berjaya mencapai sesuatu kecemerlangan yang hebat pasti dia bermula dari bawah dengan tindakan yang pertama iaitu langkah pertama. Dalam kehidupan ini, kita ibarat pengembara mencari dan mencari bekalan untuk perjalanan yang seterusnya. Begitu juga kita dalam mencari kecemerlangan mesti sabar, rajin, gigih, yakin, istiqamah dan tawakal.
Langkah pertama, kita mesti mempunyai matlamat. Kenal pasti apa matlamat kita. Cuba faham akan matlamat yang telah ditetapkan. Kita mesti faham dan jelas akan matlamat itu. Apabila matlamat telah ditetapkan, cuba kenal pasti dan senaraikan apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Dengan siapa kita perlu dekati, dengan siapa harus kita jumpa dan siapa yang mampu menolong, memberi semangat dan menyokong kita. Cuba rapatkan diri dengan orang yang dapat membantu ke arah matlamat kita. Jika kita ingin belajar berniaga maka berbaiklah dengan orang-orang yang pakar dalam bidang perniagaan. Jika kita ingin belajar memasak maka berbaiklah dengan orang- orang yang mahir memasak . Jika kita mahu belajar menulis maka berbaiklah dengan orang-orang yang ada kepakaran dalam bidang penulisan.
Ini bukan bermakna kita meminggirkan kawan –kawan yang lain, bukan sama sekali. Kita berkawan dengan semua orang kerana orang-orang disekeliling kita ini adalah cermin kepada diri kita. Sebagai contoh, kita hebat dalam bidang sastera, mungkin kita kurang dalam bidang sains. Jadi kita lemah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan sains. Maka orang-orang disekeliling kitalah pelengkap kepada kehidupan kita. Kalau kita lihat seorang jururtera tidak mampu merawat penyakitnya tanpa seorang doctor. Doctor pula tidak dapat memandu sebuah kereta yang mewah tanpa ada seorang jurutera yang menciptakan kenderaan. Oleh itu jangan sesekali kita meminggirkan orang-orang di sekeliling kita. Kita telah diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Begitulah betapa mahalnya harga orang disekeliling kita.


0 comments:
Post a Comment