tetamu di ruangku

Friday, November 25, 2011

Siapa Pemujuk Hebat

Assalamualaikum,

Tumbuh melata kuntum cempaka,
berkicau burung terbang di angkasa,
salam sejahtera buat pembaca,
lafaz pertama pembuka bicara.

Pembaca yang budiman, hari ini saya ingin bercerita untuk berkongsi pendapat tentang
"SIAPAKAH PEMUJUK HEBAT?"

Dalam arus gelombang hidup, kita mengharungi pelbagai keadaan. Kita mencuba pelbagai perkara. Kita memerlukan sokongan dan semangat untuk menetapkan dan meningkatkan kuasa langkahan kita. Saya percaya dan percaya semua orang mengharapkan hadirnya seorang teman untuk memberi sokongan, memberi semangat, menjadi pendengar dan sebagainya..Itu semua fitrah manusia. Manusia tidak mampu hidup seorang diri. Sebab itu Allah swt telah menciptakan manusia ini ramai lebih daripada satu dan ditentukan pula pasangan masing-masing. Subhanallah, tersangat hebat ciptaanNYA.

Walaubagaimanapun, dalam hidup ini kita perlu akur dan sedar tidak semua apa yang kita harap kita akan perOlehi. Ada tika tidak ada yang bisa memahami diri kita, ada masa kita keseorangan. Hal ini kerana saya percaya tidak semua orang punya teman yang memahami. Teramat sukar untuk mencari yang benar-benar memahami dan serasi dengan diri kita. Disinilah kita perlu belajar untuk MENERIMA DAN MERAIKAN SETIAP SESUATU DENGAN BERLAPANG DADA. 

Dalam meniti titian kehidupan ini ,
kita perlukan semangat untuk terus melangkah,
Kita perlukan sesuatu untuk menyokong kita,
membisikkan kata semangat,
menemani tika kesedihan,
memberi senyuman tika bahagia,
memimpin tika kegelapan,
Tapi ingatlah tidak ada yang kekal disisi kita
melainkan DIA Yang Satu,
Dalam menyusur setiap arus yang mengalir
usahlah kita berharap hadirnya sesuatu
yang setia untuk memberi apa yang kita perlu,
Bila terasa diri kita lemah dan semangat kita mula hilang,
Pandanglah wajah kita sendiri
kerana ia lebih mengenali
siapa diri kita yang sebenar….

~SAYANGILAH DIRI ANDA KERANA IA AMAT BERNILAI~

DIRI KITA ADALAH PEMUJUK HEBAT KERANA IA SUDAH LAMA BERKENALAN DENGAN DIRI KITA.

PEMUJUK YANG TERHEBAT ADALAH YANG MAHA MENGETAHUI

No comments: