tetamu di ruangku

Friday, November 25, 2011

Siapa Pemujuk Hebat

Assalamualaikum,

Tumbuh melata kuntum cempaka,
berkicau burung terbang di angkasa,
salam sejahtera buat pembaca,
lafaz pertama pembuka bicara.

Pembaca yang budiman, hari ini saya ingin bercerita untuk berkongsi pendapat tentang
"SIAPAKAH PEMUJUK HEBAT?"

Dalam arus gelombang hidup, kita mengharungi pelbagai keadaan. Kita mencuba pelbagai perkara. Kita memerlukan sokongan dan semangat untuk menetapkan dan meningkatkan kuasa langkahan kita. Saya percaya dan percaya semua orang mengharapkan hadirnya seorang teman untuk memberi sokongan, memberi semangat, menjadi pendengar dan sebagainya..Itu semua fitrah manusia. Manusia tidak mampu hidup seorang diri. Sebab itu Allah swt telah menciptakan manusia ini ramai lebih daripada satu dan ditentukan pula pasangan masing-masing. Subhanallah, tersangat hebat ciptaanNYA.

Walaubagaimanapun, dalam hidup ini kita perlu akur dan sedar tidak semua apa yang kita harap kita akan perOlehi. Ada tika tidak ada yang bisa memahami diri kita, ada masa kita keseorangan. Hal ini kerana saya percaya tidak semua orang punya teman yang memahami. Teramat sukar untuk mencari yang benar-benar memahami dan serasi dengan diri kita. Disinilah kita perlu belajar untuk MENERIMA DAN MERAIKAN SETIAP SESUATU DENGAN BERLAPANG DADA. 

Dalam meniti titian kehidupan ini ,
kita perlukan semangat untuk terus melangkah,
Kita perlukan sesuatu untuk menyokong kita,
membisikkan kata semangat,
menemani tika kesedihan,
memberi senyuman tika bahagia,
memimpin tika kegelapan,
Tapi ingatlah tidak ada yang kekal disisi kita
melainkan DIA Yang Satu,
Dalam menyusur setiap arus yang mengalir
usahlah kita berharap hadirnya sesuatu
yang setia untuk memberi apa yang kita perlu,
Bila terasa diri kita lemah dan semangat kita mula hilang,
Pandanglah wajah kita sendiri
kerana ia lebih mengenali
siapa diri kita yang sebenar….

~SAYANGILAH DIRI ANDA KERANA IA AMAT BERNILAI~

DIRI KITA ADALAH PEMUJUK HEBAT KERANA IA SUDAH LAMA BERKENALAN DENGAN DIRI KITA.

PEMUJUK YANG TERHEBAT ADALAH YANG MAHA MENGETAHUI

Bicara Kalam : Ujian membuat hati kebal

Sebelum kita berkongsi dengan lebih lanjut, marilah sama-sama kita bertasbih kepada Illahi tanda syukur dan cinta kita pada Dia Yang Satu dan Dia yang Hakiki. 

Subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakbar...
Hati bergetar terasa tenang melafazkan bait-bait cinta buat MU.Subhanallah, 
Ujian itu bisa MEMBENTUK
Ujian itu bisa MENDIDIK
Ujian itu bisa MENGAJAR
Ujian itu bisa MENGUBAH
Ujian itu bisa MENGUATKAN

Subhanallah, Allah menyayangi seseorang itu dengan menjadikan ujian sebagai teman hidupnya. Subhanallah, saya faham pada insan yang sedang diuji terasa perit dan pedih untuk berdamping dengannya. Tapi bila hati dan akal bergandingan cuba menyingkap dan memikirkan APAKAH HIKMAH YANG ALLAH INGIN TUNJUKKAN?

Dengan ujian;
1- seseorang yang pernah berada diatas telah turun bertapa di bawah
2- seseorang yang hidup senang lenang telah berada dalam kesempitan
3-seseorang yang pernah memiliki paras rupa yg mungkin memuaskan tapi telah berubah rupa
4-seseorang yang memiliki seorang sahabat yang sangat disayangi tapi hilang dengan meninggalkan barah dihati
5-seseorang yang hidup tanpa rasa derita telah menanggung keperitan bertahun-tahun
6- seseorang yang menaruh harapan pada sesuatu perkara tapi dilepaskan demi yang lebih memerlukannya
7-seseorang yang punya seribu perancangan tapi hancur dek kerana situasi yang mencemburui.

Para pembaca yang saya sanjungi,
Itulah antara senarai yang mungkin majoriti dalam kalangan kita menghadapinya. Kali ini saya bukan ingin mengajak kalian untuk menyatakan bebanan dan ujian yang menimpa. Saya bukan berhajat untuk mengajak kalian menyesali dengan apa yang telah berlaku. Tidak sama sekali tapi saya ingin menyeru kalian menyelongar  APAKAH KEKUATAN / KEHEBATAN DISEBALIK UJIAN? Subhanallah. Jom.

Ujian 1
  1. Allah menyedarkan kita, Jangan merasa bangga/sombong/angkuh dengan kejayaan yang dimiliki 
  2. Jangan memandang rendah pada kebolehan insan lain
  3. jangan merasakn diri kita adalah yang terbaik
  4. belajar untuk memberi peluang pada yang lain dan belajar untuk mengalah
Ujian 2
  1. belajar untuk hidup berkongsi kesenangan dengan yang lain
  2. belajar untuk menghargai rezeki dan kemewahan yang dimiliki
  3. belajar untuk memanfaati nikmat yang dikurniakan
  4. belajar erti bersyukur dengan apa yang ada
Ujian 3
  1. paras rupa bukan perkara utama. Allah tidak membezakan seseorang dengan paras rupa tapi Allah memandang pada ketaqwaan dan kewarakan seseorng hamba. kecantikan sebenar adalah pada kekuatan imannya
Ujian 4
  1. bersederhanalah dalam menyayangi dan mempercayai seseorang
  2. Allah tidak menghilangkan sesuatu yang kita sayang melainkan Dia menggantikannya dengan yang lebih baik
Ujian 5
  1. Allah mendidik erti kesabaran, ketabahan dan kecekalan
  2. Allah mengajar untuk jadi insan yang kuat bukan lemah dan lembik
  3. Allah mengajar untuk mengerjakan sesuatu dalam kesakitan.
  4. Allah mengajar apa itu ketaqwaan
Ujian 6
  1. tidak semestinya perkara yang kita cintai adalah milik kita. tidak semestinya yang terbaik dimata kita adalah terbaik disisi kita.
  2. mengajar erti redha dan pasrah
  3. mengajar erti berfikir secara rasional
  4. mengajar erti untuk melepas dan jangan jadi penting diri sendiri. Kita memberi pada yang lebih memerlukan
  5. belajar untuk memberi pada yang meminta
  6. nilainya APA YANG KITA BERI IA AKAN KEMBALI DALAM BENTUK YANG LEBIH BAIk
UJian 7
  1. mengajar untuk tidak berputus asa
  2. mengajar untuk terus berusaha dan mencuba
  3. mendidik untuk memiliki keazaman yang tinggi
  4. mendidik untuk matang dalam merancang
 SUBHANALLAH pembaca sekalian, lihatlah hikmah di sebalik ujian yang dihadirkan. Rupa-rupanya nilai-nilai ini yang ingin Allah sampaikan untuk kita. Mungkin terdapat lagi seribu hikmah yang belum kita singkap.

Dari 2_one:
HARGAI SETIAP SATU KEJADIAN YANG DIHADIRKAN KERANA ITU ADALAH BUKAN SATU KEBETULAN TAPI SUATU KETENTUAN YANG PUNYA IBRAHNYA YANG TERSENDIRI.
ALLAH ITU MAHA MENCATUR MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU KEJADIAN..

Bicara Kalam : 
Ujian membuat hati kebal tidak lagi kenal erti merintih dan menangis dengan keperitan ujian. Membuat hati-hati manusia kental dalam mengharunginya. Tidak lagi terasa pedi dan sedih tapi berasa bahagia dan tenang. Subhanallah.. terlalu besar nilai yang ingin ALLAH tunjukkan.. bersyukurlah pada Tuhan mu yang ESA.

Thursday, November 24, 2011

Jom kita saling Sayang Menyayangi!!!...

Assalamualaikum...
Pembaca yang saya sayangi sekalian. Subhanallah moga hati-hati kita kaya dengan nilai kasih sayang iaitu saling sayang menyayangi dan cinta mencintai kerana Allah jua memiliki sifat Maha Pengasih lagi Maha Peyanyang. Saya ingin membawa kalian berfikir sejenak. 

Apakah yang akan terjadi pada dunia ini sekiranya rasa kasih, sayang dan cinta sudah pudar di dalam hati manusia?  
Sama-sama kita fikirkan. Cukuplah hari ini kita dapat melihat banyak kes penderaan, pembunuhan, ibu dera anak, ibu buang anak, anak benci ibu, suami pukul isteri dan sebagainya.Astagfirullahalazim.Rupanya nilai kasih sayang makin beransur lupus dalam hati manusia kini.

Dimana silapnya? 
- Bila manusia mula melupakan agamanya. Saya rasa semua agama menerapkan nilai-nilai murni yang tersendiri. Apatah lagi agama Islam yang syumul menyentuh dan mengajar dalam semua aspek kehidupan tanpa tertinggal satu pun daripadanya. Subhanallah..

Saturday, November 19, 2011

CERITA TENTANG PERKONGSIAN- siri 2

 Subhanallah dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki. Kita kabur dengan sesuatu kekhilafan itu kerana kefahaman terhadap agama itu kurang jelas. Kita menilai menggunakan akal kita yang masih ketandusan ilmu dan menafsir dengan menggunakan hati yang kotor diselubungi nafsu dan dosa.


Kadang-kadang kita meneruskan sesuatu kesalahan yang kita jelas akannya iaitu membiarkan diri bergelumang dengan dosa. Menghalalkan sesuatu kesilapan dengan menggunakan alasan niat yang baik. Astagfirullahalazim, sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara. Jika kita lihat pada hari ini, ramai orang yang bermain dengan bunga api yang pada awalnya kelihatan cantik tapi pada hakikatnya boleh melukakan kita dan mungkin boleh membakar.
JANGAN BERMAIN DENGAN API. API TIDAK PERNAH ADA SEJUKNYA.


Sebagai contoh pergaulan antara lelaki dan perempuan. Walaupun sebaik dan semulia manapun niat kita dalam persahabatan tapi pasti akan timbul cetusan api. Kenapa saya mengatakan begitu? Kerana manusia bukan maha mengetahui. Maka akan terjadilah fitnah dalam pentas kehidupan kita. Walaupun jauh dalam hati kita terpasak satu niat yang besar dan mulia yang perlu dilaksanakan tetapi hati-hatilah dalam mengatur tindakan. Hal ini kerana hubungan lelaki dan perempuan ibarat bunga api. 


Saya akui amat besar dugaan bagi seseorang yang berkerjaya dan punya banyak urusan dan banyak komitmennya. Mereka seperti ini akan terdedah dan berurusan dengan pelbagai jenis manusia baik lelaki dan perempuan. Pasti satu persatu ujian datang menyinggah menguji setinggi mana kekuatan iman di dada, sedalam mana kefahaman yang terpasak di dalam diri dan seteguh mana pendirian yang terpateri.


Membuat kebaikan tidak ada salahnya tapi bagaimana cara membuat kebaikan itu perlu diteliliti dan dijaga dan diambilkira dengan halus. Terutama pada individu yang terlibat dengan banyak urusan dan terdedah dengan masyarakat. Segala perbuatan, percakapan dan langkahnya akan diperhatikan oleh orang sekeliling. Itu hanya pada pandangan manusia yang cukup teliti. Pantang silap sedikit sudah tersebar merata kawasan. Bagaimana pula dengan pandangan Allah yang Maha menilai lagi maha mengetahui?? 


JIKA PADA PANDANGAN MANUSIA PUN KITA MASIH ADA CACAT APATAH LAGI PADA PANDANGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG.

dari 2_one: perkongsian dan peringatan buat diri saya dan anda semua.....kita masih belajar=)

Friday, November 18, 2011

CERITA TENTANG PERKONGSIAN- siri 1

Subhanallah, Maha suci ALLAH menciptakan manusia bersama seketul hati yang punya pelbagai rasa. Manusia dianugerahkan suatu nikmat yang juga merupakan salah satu item yang membezakan kita dengan makhluk-makhluk yang lain iaitu “naluri” yang sangat unik yang dapat merasai setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini. Allahuakbar..


Subhanallah,terlalu banyak perkara yang ingin saya kongsikan dengan anda sekalian sehingga tidak terluah dan tidak tersusun bicara untuk menzahirkannya. Sesungguhnya Allah swt telah berfirman di dalam surah al-baqarah :284 


“Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan, niscaya Allah memperhitungkan (tentang perbuatan itu) bagimu. Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Allah Maha kuasa atasa segala sesuatu.”


Subhanallah secara jujur saya sangat suka untuk bercerita untuk berkongsi setiap detik dan setiap apa yang berlaku. Saya terasa sangat bahagia bila berjaya menyampaikan nilai buat semua. Jauh dalam diri saya terlalu inginkan orang lain merasai setiap nilai yang saya perolehi. Berkongsi ibarat kita MEMBERI, setiap apa yang diberi pasti akan kembali kepada kita. Ramai yang takut atau teragak-agak untuk memberi tazkirah (peringatan,perkongsian,nilai) kepada yang lain kerana bimbang diri sendiri tidak melaksanakan seperti apa yang diperkatakan..


Subhanallah, saudara sekalian. JADILAH OPTIMIS TENTANG PERKONGSIAN
Usahlah anda takot untuk berkongsi. Anggaplah apa yang kita kongsikan adalah sebagai peringatan dan pengukuhan kepada diri kita. Jika hari ini kita berkongsi sesuatu atau memberi nasihat kepada yang lain, insyaallah itu semua adalah ibarat kita menyediakan nasihat pada diri kita ketika kita dalam kesusahan/kelalaian nanti. Tidak dinafikan sebagai manusia iman kita turun dan naik. Ada tika kita terlalai dan terleka. Waktu inilah orang yang pernah menerima nasihat daripada kita pada suatu hari yang lalu akan mengingatkan kita kembali dengan kata-kata yang pernah kita berikannya. 


PERCAYALAH APA YANG KITA BERIKAN PADA ORANG LAIN ADALAH SESUATU YANG KITA JUGA PERLUKAN. APA YANG KITA BERI PASTI AKAN KEMBALI KEPADA KITA ,MUNGKIN DALAM BENTUK YANG LEBIH BAIK.

SUBHANALLAH!!!.....