tetamu di ruangku

Wednesday, December 5, 2012

Hanya secebis rasa yang ingin dikongsi...



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Sesungguhnya betapa aku mencintai saudara-saudaraku tidak kira warna kulit, darjat,pangkat umur, bangsa dan keturunan, tidak kira siapa dirinya..saya ingin berkongsai suara hati dari seorang penulis dari sebuah blog yang saya kira amat menarik untuk dikongsikan . Saya olah dalam bentuk suara hati saya.


Terdapat banyak jemaah. Antaranya PAS,IKRAM, ISMA, HALUAN, ABIM dan sebagainya. Ramai yang bertanya kenapa akak pilih jemaah ini, kenapa tak pilih jemaah  itu?

“ adik2, sahabat2,serta rakan pembaca sekalian, jemaah ini hanyalah kenderaan, wadah yang kita pilih untuk bekerja. Bukankah amal berpasukan itu adalah lebih baik dari amal perseorangan?"

“ISLAM adalah isi yang hendak kita bawa, dan redha Allah dan syurga yang abadi adalah destinasi kita." 

Jika saya ingin menceritakan tentang kebaikan dan keikhlasan akhwat2 dalam jemaah yang saya ikuti dan jika saya ingin berdebat tentang siapa yang lebih baik dan pihak mana yang paling banyak berjasa, saya fikir sampai bila-bila pon xkan habis. Saya tidak nafikan semua pihak mempunyai kebaikan yang tersendiri dan saya tidak nafikan kehebatan yang lain.

Saya juga mempunyai kawan baik dari jemaah yang berlainan. hubungan kami murni tidak bermasam muka malah lebih mesra, saling bersangka baik dan menghormati pilihan dan pendirian masing-masing. Cukuplah saya katakan bahawa mereka-mereka yang saya kenali dalam jalan perjuangan ini adalah mereka yang jujur dan komited bekerja untuk agama.

Sepanjang dalam perjalanan tarbiyah, banyak kenangan dan pengalaman yang telah saya lalui. Namun, kenangan itu tidak semuanya indah, tidak semuanya manis dan di dalamnya terkandung lipatan-lipatan sejarah yang tidak semuanya berguna untuk diceritakan kepada ‘mad’u’ yang masih baru dalam alam dalam amal dan kefahaman dakwah dan tarbiah di Malaysia.

Ada rahsia-rahsia, yang biarlah kekal sebagai rahsia, ada cerita dan kisah, yang elok dibiarkan tenggelam dalam lipatan sejarah.

Tanpa menafikan kebaikan dan gagasan cemerlang yang dibawa oleh jemaah-jemaah lain yang telah lama bertapak di Malaysia, apa yang pasti, saya memilih IKRAM dengan kesedaran, bukan hanya kerana kebaikan dan akhlaq ahli-ahlinya, namun apa yang membuatkan saya tertarik adalah gagasan dakwah yang dikemukakan dan kesungguhan yang ditunjukkan untuk mencapai matlamat yang jauh.

“Sebelum kita menerangkan dengan lebih jauh dan, elok rasanya saya jelaskan dulu beberapa prinsip dalam amal Jema’ah ni."

“Pertamanya, seperti yang saya sebut tadi, Jema’ah ini hanyalah wasilah dan matlamat kita adalah ISLAM, kerja-kerja kita membina Jema’ah hendaklah kita yakini bahawa ianya tidak terpisah dari rangka untuk memperkuatkan ummah.”

“Jadi bila berjema’ah, elakkan sifat taksub iaitu meyakini bahawa Jema’ah kitalah yang paling baik, paling asolah, paling ‘ikhwan’, paling lama, paling berpengalaman dan macam-macam paling lagi."

“Usah dinafikan sumbangan Jema’ah-jema’ah lain,apatah lagi bila ia dilakukan dengan cara yang tidak beradab dan membina permusuhan. Elakkan label melabel, apatah lagi bila melibatkan orang beriman yang kita cukup kenal akan kebaikan dan akhlaqnya."

“Sentiasa buka minda kepada pandangan-pandangan baru, walaupun bukan dari ahli Jema’ah. Luaskan pengetahuan dan pembacaan, luaskan juga rangkaian perkenalan, sentiasa cuba untuk tidak meletakkan limitasi kepada kreativiti kita dalam amal jama’i."

“Apa yang benar, jika bukan datang dari Jama’ah, terima dengan hati terbuka, apa yang salah, jika ia datang dari Jama’ah, akui dengan lapang dada dan cuba perbaiki di mana yang boleh."

“Jangan taksub, itu yang pertama."

“Kedua, tidak ada satu pun Jema’ah yang sempurna segala segi, kerana semuanya adalah Jema’ah yang dianggotai oleh manusia, dan antara Jema’ah-jema’ah yang wujud ini, kita sepakat atas perkara yang kita boleh bersama dan kita berlapang dada pada perkara yang berbeza."

“Jika kita ingin mencari Jama’ah yang sempurna segala segi, mungkin tidak akan ketemu. Apa yang penting, letakkan diri kita sebagai penyelesaian, bukan sebagai penambah masalah."

Ketiga, mana-mana Jema’ah yang kita sertai, masuklah sebagai pekerja, bukan sebagai penumpang yang tidak berfungsi apa-apa. Tidak ada makna jika wujudnya kita dalam Jema’ah hanya untuk hadir usrah dan balik usrah, hadir daurah dan balik daurah, apatah lagi jika sekadar berbangga dengan ‘afiliasi’ dengan jema’ah-jemaah tertentu tanpa amal di medan yang menjadi saksi."

“Kerana nanti, hisab kita di hadapan Allah adalah dengan amal, bukan dengan cop Jama’ah atau pengiktirafan dari mana-mana badan dakwah."

2 comments:

siti roszalia mohamed said...

bak kata "angelpakaigucci" yg penting dalam bulatan gembira ada tilawah, ada tafsir, ada borak-borak pasal keadaan umat, ada tazkirah, ada bahan fikrah, ada makan-makan, ada gelak tawa... Pokoknya, ada semua benda lah. Rugi sapa tak join ;D hehe.biar berbeza wasilah tapi tujuan tetap sama menuju redha Ilahi, itula yg menguatkan hubungan ukhwah kita selamanya..luv u fillah ukhti^^

Anonymous said...

mengapa tidak bersatu? kan lebih kuat dan membantu gerak kerja..persoalannya kenapa....