tetamu di ruangku

Tuesday, March 12, 2013

Daie yang manja



Pencerahan bukan untuk orang yang manja.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa kita, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.


Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa. Teruskan hidup kita seperti biasa. Dakwah tak memerlukan kita. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kita.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Wednesday, December 5, 2012

Hanya secebis rasa yang ingin dikongsi...



Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Sesungguhnya betapa aku mencintai saudara-saudaraku tidak kira warna kulit, darjat,pangkat umur, bangsa dan keturunan, tidak kira siapa dirinya..saya ingin berkongsai suara hati dari seorang penulis dari sebuah blog yang saya kira amat menarik untuk dikongsikan . Saya olah dalam bentuk suara hati saya.


Terdapat banyak jemaah. Antaranya PAS,IKRAM, ISMA, HALUAN, ABIM dan sebagainya. Ramai yang bertanya kenapa akak pilih jemaah ini, kenapa tak pilih jemaah  itu?

“ adik2, sahabat2,serta rakan pembaca sekalian, jemaah ini hanyalah kenderaan, wadah yang kita pilih untuk bekerja. Bukankah amal berpasukan itu adalah lebih baik dari amal perseorangan?"

“ISLAM adalah isi yang hendak kita bawa, dan redha Allah dan syurga yang abadi adalah destinasi kita." 

Jika saya ingin menceritakan tentang kebaikan dan keikhlasan akhwat2 dalam jemaah yang saya ikuti dan jika saya ingin berdebat tentang siapa yang lebih baik dan pihak mana yang paling banyak berjasa, saya fikir sampai bila-bila pon xkan habis. Saya tidak nafikan semua pihak mempunyai kebaikan yang tersendiri dan saya tidak nafikan kehebatan yang lain.

Saya juga mempunyai kawan baik dari jemaah yang berlainan. hubungan kami murni tidak bermasam muka malah lebih mesra, saling bersangka baik dan menghormati pilihan dan pendirian masing-masing. Cukuplah saya katakan bahawa mereka-mereka yang saya kenali dalam jalan perjuangan ini adalah mereka yang jujur dan komited bekerja untuk agama.

Sepanjang dalam perjalanan tarbiyah, banyak kenangan dan pengalaman yang telah saya lalui. Namun, kenangan itu tidak semuanya indah, tidak semuanya manis dan di dalamnya terkandung lipatan-lipatan sejarah yang tidak semuanya berguna untuk diceritakan kepada ‘mad’u’ yang masih baru dalam alam dalam amal dan kefahaman dakwah dan tarbiah di Malaysia.

Ada rahsia-rahsia, yang biarlah kekal sebagai rahsia, ada cerita dan kisah, yang elok dibiarkan tenggelam dalam lipatan sejarah.

Tanpa menafikan kebaikan dan gagasan cemerlang yang dibawa oleh jemaah-jemaah lain yang telah lama bertapak di Malaysia, apa yang pasti, saya memilih IKRAM dengan kesedaran, bukan hanya kerana kebaikan dan akhlaq ahli-ahlinya, namun apa yang membuatkan saya tertarik adalah gagasan dakwah yang dikemukakan dan kesungguhan yang ditunjukkan untuk mencapai matlamat yang jauh.

“Sebelum kita menerangkan dengan lebih jauh dan, elok rasanya saya jelaskan dulu beberapa prinsip dalam amal Jema’ah ni."

“Pertamanya, seperti yang saya sebut tadi, Jema’ah ini hanyalah wasilah dan matlamat kita adalah ISLAM, kerja-kerja kita membina Jema’ah hendaklah kita yakini bahawa ianya tidak terpisah dari rangka untuk memperkuatkan ummah.”

“Jadi bila berjema’ah, elakkan sifat taksub iaitu meyakini bahawa Jema’ah kitalah yang paling baik, paling asolah, paling ‘ikhwan’, paling lama, paling berpengalaman dan macam-macam paling lagi."

“Usah dinafikan sumbangan Jema’ah-jema’ah lain,apatah lagi bila ia dilakukan dengan cara yang tidak beradab dan membina permusuhan. Elakkan label melabel, apatah lagi bila melibatkan orang beriman yang kita cukup kenal akan kebaikan dan akhlaqnya."

“Sentiasa buka minda kepada pandangan-pandangan baru, walaupun bukan dari ahli Jema’ah. Luaskan pengetahuan dan pembacaan, luaskan juga rangkaian perkenalan, sentiasa cuba untuk tidak meletakkan limitasi kepada kreativiti kita dalam amal jama’i."

“Apa yang benar, jika bukan datang dari Jama’ah, terima dengan hati terbuka, apa yang salah, jika ia datang dari Jama’ah, akui dengan lapang dada dan cuba perbaiki di mana yang boleh."

“Jangan taksub, itu yang pertama."

“Kedua, tidak ada satu pun Jema’ah yang sempurna segala segi, kerana semuanya adalah Jema’ah yang dianggotai oleh manusia, dan antara Jema’ah-jema’ah yang wujud ini, kita sepakat atas perkara yang kita boleh bersama dan kita berlapang dada pada perkara yang berbeza."

“Jika kita ingin mencari Jama’ah yang sempurna segala segi, mungkin tidak akan ketemu. Apa yang penting, letakkan diri kita sebagai penyelesaian, bukan sebagai penambah masalah."

Ketiga, mana-mana Jema’ah yang kita sertai, masuklah sebagai pekerja, bukan sebagai penumpang yang tidak berfungsi apa-apa. Tidak ada makna jika wujudnya kita dalam Jema’ah hanya untuk hadir usrah dan balik usrah, hadir daurah dan balik daurah, apatah lagi jika sekadar berbangga dengan ‘afiliasi’ dengan jema’ah-jemaah tertentu tanpa amal di medan yang menjadi saksi."

“Kerana nanti, hisab kita di hadapan Allah adalah dengan amal, bukan dengan cop Jama’ah atau pengiktirafan dari mana-mana badan dakwah."

Sunday, March 11, 2012

Allahurabb....


Ya Rabbi…
Bimbinglah diri ini menuju cintaMu, menggapai mahligai mahabbah RasulMu
Jadikan getar-getar kerinduan ini terpatri dalam diri siapapun yang mampu menitiskannya dalam jalan dakwahMu…


Ya Rabbi…

Satukan hati kami dalam ikatan hati, jalinan ukhuwah dalam jalan dakwah ini. Saling mengingatkan, saling menasehati, dan saling menguatkan. Sesungguhnya kami adalah bersaudara (QS. 49:10)

Lembutkanlah hati-hati kami hingga kami selalu peka dengan keadaan saudara-saudara seiman kami…
Kuatkanlah iman kami hingga kami semakin mantap dalam menjalani amanah dakwah yang dipercayakan pada kami…
Tetapkan hati kami hingga kami tak mudah goyah oleh rintangan dan hambatan yang datang,
Dan tak mudah terbawa rayuan-rayuan manis yang ingin menghancurkan dan memisahkan kami dari dakwah fisabilillah…


Ya Rabbi…

Jika jalan ini adalah jalan yang benar-benar kau redhai
Maka, jagalah kami untuk terus berada pada perjuangan di jalan dakwah Mu ini
Lindungi kami dari kelemahan dan kealpaan kami…


Duhai Allah…
Ampunilah aku terhadap apa-apa yang orang tidak tahu tentang diriku
Dan muliakan lah aku terhadap apa-apa yang mereka duga tentang diriku…
Amin….


Allahurabb............

Sunday, February 26, 2012

Keindahan Tawakal kepada Al-Qayyum


Bismillahirrahmanirrahim

 وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً [2] وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَـلِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ  لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْراً 

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang 
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At-Talaaq, 65:2-3)

*sebahagian darpada ayat 2.


Bukan 1000 dinarnya yang kita kira, tetapi keindahan tawakkal itu yang kita rasa .
."Kadang2 apabila kita bergantung dengan kemampuan kita, kita rasa kita lepas. Tapi apabila Allah yang menakdirkan urusan kita untuk kita, Masha Allah, dia jadi sangat cantik"

........ikatan pelajar Islam poland

Bila takdir berbicara



"Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah.
Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA.  Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah....."


Ya Allah, dalam langkahku, pasti ada kesilapan yang aku sendiri tidak sedari... ampunilah daku. Sucikan hatiku dalam menjadi hamba-MU. Bicara hati ini sering utkku luahkan pada-MU. Cukup bagiku diKAU memahami diriku, mendengar segala yang tersembunyi di lubuk hati kecilku ini.

Dalam samar, dalam kelam, aku mencari-MU. Dalam malam yang kesepian, yang gelita, aku masih tetap mencari-MU. Aku cumalah insan yang hina dan kerdil. Lahirku  ke dunia ini dengan kekurangan. Dan hidupku, nadiku, nafasku, degupan jantungku sempurna pabila aku merasai diKAU disisiku.

Pabila hati tak mampu berbicara, airmata hampir gugur,'warkah cinta dari-MU' ku capai. Ku amati bait2 kata-MU. Ketenangan mula menyinggah... Sungguh lembut sentuhan-MU pada hatiku. Maafkan aku andai cintaku pada-MU tercalar. Tuntunlah langkahku. Teguhkan cintaku pada-Mu ketika ENGKAU memberiku cinta.  tetapkan cintaku pada-MU dalam aku menantinya...

Terasa agungnya kasih-MU. ya Allah.... berilah aku kekuatan yang membuahkan kerendahan diri. aku masih setia mengemis di jendela ini...terus mencari wajah diri...menadah keampunan ILAHI....



~......ZNI

Friday, January 6, 2012

senyum bila marah....CANTIK

MARAH?




"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]


Assalamualaikum...
Bila marah cuba lah SENYUM.. =) kan cantik....hekhek.. 



“If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow.”


Cubalah jadi sebaik-baik diri yang kita mampu di saat rasa marah mula menyelubungi diri. 
Mungkin pada logik akalnya sangat mustahil dan mungkin sesetengah orang berpendapat itu suatu tindakan yang bodoh. 


Sahabat, tidak akan pernah rugi jika kita "memberi" dan " bersabar" kerana Allah itu maha adil lagi maha mengetahui sejauh mana kemampuan hati kita. 


Biarlah api di jiwa sudah membara sepanas ketuhar yang sedang membakar tapi zahirkanlah ketenangan air muka, kemanisan senyumanmu, hamparkan keindahan bicaramu buat insan-insan di sekitar kita. Subhanallah sangat hebat jika mampu melakukannya. Insyaallah.


Actually, saya ingin kongsikan serba sedikit tentang mengawal rasa marah, menyampah dan geram
  1. Bila marah cuba kurang bicara dengan sekeliling. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah s.w.t agar selamatkan kita daripada sifat marah.
  2. Hendaklah ingat kesan daripada marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi
  3. cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah
  4. apabila marah sedang memuncak ambil wudhuk. ia dapat menenangkan api kemarahan
  5. jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut, hendaklah tidur kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.

  6.  TAUHID KITA PERLU TEPAT. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada ALLAH. So,Why Are we so angry??

    Be master of your petty annoyances and conserve your energies for the big, worthwhile things. It isn’t the mountain ahead that wears you out. It is the grain of sand in your shoe.

    Learning to use anger is not an easy task, but the alternative - letting anger useus - makes us prisoners of our own minds.
    Anger is not the enemy, and we are not helpless in the face of it. Anger is only an energy that with practice we can harness for our good.

    PERCAYALAH KITA SEMUA MAMPU......=)

Friday, November 25, 2011

Siapa Pemujuk Hebat

Assalamualaikum,

Tumbuh melata kuntum cempaka,
berkicau burung terbang di angkasa,
salam sejahtera buat pembaca,
lafaz pertama pembuka bicara.

Pembaca yang budiman, hari ini saya ingin bercerita untuk berkongsi pendapat tentang
"SIAPAKAH PEMUJUK HEBAT?"

Dalam arus gelombang hidup, kita mengharungi pelbagai keadaan. Kita mencuba pelbagai perkara. Kita memerlukan sokongan dan semangat untuk menetapkan dan meningkatkan kuasa langkahan kita. Saya percaya dan percaya semua orang mengharapkan hadirnya seorang teman untuk memberi sokongan, memberi semangat, menjadi pendengar dan sebagainya..Itu semua fitrah manusia. Manusia tidak mampu hidup seorang diri. Sebab itu Allah swt telah menciptakan manusia ini ramai lebih daripada satu dan ditentukan pula pasangan masing-masing. Subhanallah, tersangat hebat ciptaanNYA.

Walaubagaimanapun, dalam hidup ini kita perlu akur dan sedar tidak semua apa yang kita harap kita akan perOlehi. Ada tika tidak ada yang bisa memahami diri kita, ada masa kita keseorangan. Hal ini kerana saya percaya tidak semua orang punya teman yang memahami. Teramat sukar untuk mencari yang benar-benar memahami dan serasi dengan diri kita. Disinilah kita perlu belajar untuk MENERIMA DAN MERAIKAN SETIAP SESUATU DENGAN BERLAPANG DADA. 

Dalam meniti titian kehidupan ini ,
kita perlukan semangat untuk terus melangkah,
Kita perlukan sesuatu untuk menyokong kita,
membisikkan kata semangat,
menemani tika kesedihan,
memberi senyuman tika bahagia,
memimpin tika kegelapan,
Tapi ingatlah tidak ada yang kekal disisi kita
melainkan DIA Yang Satu,
Dalam menyusur setiap arus yang mengalir
usahlah kita berharap hadirnya sesuatu
yang setia untuk memberi apa yang kita perlu,
Bila terasa diri kita lemah dan semangat kita mula hilang,
Pandanglah wajah kita sendiri
kerana ia lebih mengenali
siapa diri kita yang sebenar….

~SAYANGILAH DIRI ANDA KERANA IA AMAT BERNILAI~

DIRI KITA ADALAH PEMUJUK HEBAT KERANA IA SUDAH LAMA BERKENALAN DENGAN DIRI KITA.

PEMUJUK YANG TERHEBAT ADALAH YANG MAHA MENGETAHUI