tetamu di ruangku

Monday, December 27, 2010

ibu soleh anak soleh

Assalamualaikum pembaca sekalian...

Kepada bakal-bakal ibu dan bakal-bakal isteri...

Ibu mana yang tidak mahu anaknya bijak..semua ibu inginkan anak-anak yang bijak..terdapat pelbagai petua yang kite jumpai tentang anak bijak..Tapi kita perlu ingat tidak akan menjadi sesuatu perkara itu tanpa izin oleh NYA..

Maka kepada bakal-bakal isteri dan ibu, banyak kan berdoa untuk kesempurnaan anak baik dari segi mental fizikal dan rohani. Doa ibu adalah salah satu doa yang paling penting untuk kebaikan anak-anak. Jangan sesekali kita meninggalkan  doa untuk anak-anak kita. 

Anak-anak adalah aset yang penting buat kita baik di dunia dan juga di akhirat..Di saat hujung usia nanti anak yang baik lah yang sudi menjaga dan memberi kebahagian kepada kita. Di saat kita mati nanti doa anak-anak yang soleh lah dapat membantu kita "di sana"

Satu lagi peringatan buat kita semua, kalau sebelum ini saya katakan pasangan kita adalah diri kita. kemungkinan besar kita mendapat pasangan seperti kita, kita baik maka baiklah dia..wallahualam..begitu juga perkaitan si anak dan si ibu. Ibu yang soleh akan melahirkan anak-anak yang soleh kerana ada keberkatan di situ. Tapi ada juga yang mendapat anak-anak sifat yang sebaliknya.Bersabar kerana itu ujian daripada Allah..Setiap ujian yang diturunkan ada hikmah disebaliknya..Kita hanya berusaha dengan sebaiknya agar di kurniakan anak-anak yang pintar dan soleh serta sempurna fizikalnya..

bye2...selamat membaca....sekadar perkongsian dan peringatan buat saya juga..=)

sambungan-50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak

  1. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
  2. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
  3. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
  4. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
  5. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.
  6. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
  7. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
  8. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
  9. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)
  10. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
  11. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
  12. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).
  13. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
  14. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
  15. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
  16. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
  17. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
  18. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
  19. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
  20. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
  21. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
  22. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
  23. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
  24. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
  25. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.
  1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
  2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
  3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
  4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
  5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
  6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
  7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
  8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
  9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
  10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
  11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
  12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
  13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
  14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
  15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
  16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
  17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
  18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
  19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
  20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
  21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
  22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
  23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
  24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
  25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

Sunday, December 26, 2010

mengawal cinta kerana cintakanNYA....

Pembaca sekalian,
semua orang tidak dapat lari daripada perasaan cinta. Cinta itu fitrah manusia ingin menyintai dan dicintai..cinta yang dibicarakan di sini merujuk kepada cinta kepada manusia. Mungkin dalam banyak hal kita mampu mengawal minda dan perasaan kita, emosi kita dengan sebaiknya sehinggakan semua itu tidak menjejaskan keselesaan dan ketenangan hidup kita..Mungkin perasaan marah,benci, geram dendam, tidak puas hati, terlampau gembira, terlalu bahagia, terlalu sedih dapat di urus dengan profesional. 

Kadang-kadang kita cuba untuk profesional dalam urusan peribadi tapi kadang-kadang juga kita gagal menyebabkan wujud rasa pedih,kecewa dan resah.jelas membuktikan kita belum cukup tenang dan redha dalam kehidupan kita....ayuh!!..sama-sama kita fikirkan.......

Saya mempunyai ramai kenalan, sahabat-sahabat, kawan - kawan di luar sana. Saya perhatikan gaya mereka masing-masing dikala mereka mencintai seseorang. perkongsiannya begini: ceritanya begini sebagai pengajaran buat saya dan anda semua.

CERITA PERTAMA-
ada salah seorang kenalan saya sedang di lamun cinta. Lantas dia terbuka dalam menyatakan cintanya pada si gadis. Sifat terbuka itu bagus tapi tidak kena pada tempatnya..


Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dll: maksudnya
"sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid"...

Subhanallah...peringatan buat diri saya dan anda semua..mungkin kita tidak berani dan mampu untuk jihad di medan perang tapi Allah itu Maha cintakan kita kerana masih memberikan kita peluang yang lain untuk kita berjihad iaitu JIHAD MENUNTUT ILMU DAN JIHAD NAFSU...

CERITA KEDUA; 
ada seorang kenalan ni, dia mencintai seseorang tapi Subhanallah dia merahsiakan isi hatinya..Dia juga mungkin sedang mengawal cintanya agar tidak melebihi cinta pada Allah. boleh dikatakan setiap hari mereka bertemu tapi masing-masing tidak bercakap,"malu"..mungkin mereka tidak penah bermesej, tidak pernah bergurau senda,  Orang yang dicintainya langsung tidak menyedari yang dirinya dicintai oleh seseorang..bila saya tahu akan hal ini, Subhanallah bagusnya. saya doakan yang terbaik buat mereka. moga orang yang menyintai itu dapat mengawal n menyembunyikan perasaannya hinggalah saat pernikahan tiba..=]

"perempuan-perempuan yang baik utk lelaki-lelaki yang baik, dan perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji" moga saya pon dapat yang terbaik ..hee...xdelah kita doakan semuanya...

Cerita ketiga: 
kenalan yg seterusnya
seorang jejaka yang bijak dan agak hebat tapi lemah dalam menundukkan nafsu rasa cinta pd wanita. dia mencemarkan persahabatannya dgn hadirnya rasa cinta. bukan lagi ungkapan sahabat yg dikeluarkan tapi meluahkan rasae cinta..ye tidak salah untuk mencintai kerana semua orang tidak dapat tipu diri sendri dan lari dari perasaan itu..tapi seelok2nya rahsiakan isi hati itu sehingga tiba waktu dia mampu untuk menikahi perempuan tersebut. akhirnya dia hilang sahabat dan cinta tdk berbalas. mungkin jika ada sabar, tenang dan redha mungkin cintanya berbalas kerana Allah itu adil...


bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah.Ciri-ciri yang di maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan kerana Allah,”...bagaimana kita menguruskannya...
TIPS MENEPIS CINTA REMAJA
1- TEGAS DENGAN PRINSIP DIRI
2- MELETAKKAN MISI YANG JELAS DALAM HIDUP
3- BERSAHABAT DENGAN RAKAN-RAKAN SEJANTINA YANG SOLEH
4-MENGEKANG HAWA NAFSU
5-MENDEKATI MAJLIS ILMU
6-MENYIBUKKAN DIIRI DENGAN HOBI DAN MINAT BERFAEDAH
7-AKRAB DENGAN ALLAH DALAM IBADAH DAN KEHIDUPAN
                      (FAtimah syarha -pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul)

dari 2_one:
saya menulis ini sekadar perkongsian dan peringatan untuk sama-sama kita baca dan ambil ibrah (pengajaran) di sebaliknya. saya menulis semua ini bukan ingin menunjukkan saya sempurna dan mampu mengawal cinta..tidak..tidak sama sekali..saya juga insan lemah yang selalu juga terlalai dan terleka. Iman kita turun dan naik. Kita masih belum istiqomah dalam mengabdikan diri padaNY...


jika hari ini saya dan anda semua telah sedar, dalam diam kita menyintai seseorang, maka bersabarlah..simpanlah perasaan itu hingga tiba saat yang sesuai utk berkahwin.. dalam tempoh itu masing-masing berusaha lah meningkatkan iman dan melengkapkan diri dengan sebaiknya agar bila tiba saat mampu dan sesuai utk berkahwin kita menjadi bakal isteri/ bakal suami yang hebat, lengkapkan ilmu di dada dan mampu mempersembahkan yang terbaik buat pasangan kita agar mereka rasa bersyukur dianugerahkan kita dalam hidup mereka..subhanallah..sentiasalah berdoa agar diberi kekuatan dalam menahan dan mengurus perasaan cinta dengan sebaiknya. berdoa agar dianugerahkan pasangan yang terbaik, memahami dan mampu memimpin kite ke Syurga ameen...........pasangan kita adalah diri kita. ramai yang mengatakan jika mahu lihat bagaimana pasanagn kita nanti pandang lah diri sendriri..itulah pasangan kita..jika mahu yang terbaik maka sama-sama kita jaga diri kita dengan sebaiknya...



satu lagi saya ingin kongsikan buat diri saya dan anda semua..jangan jadi "bodoh".mungkin agak kasar bunyinya tapi kadang-kadang kita perlu bertegas dengan diri kita. jangan mengharap pada benda yang xpasti..kita nilai pada yang pasti..usah pedulikan apa orang kata, kerana kita tidak mampu menutup mulut2 manusia dan  tidak mampu menuntut supaya mereka faham pemikiran kita..biarkan mereka asalkan kita kenal siapa kita. Allah maha mengetahui isi hati kita dan Allah mengetahui yang terbaik buat kita...BILA SABAR DAN TENANG KITA KAN MENANG.........WALLAHUALAM....



INGATAN UNTUK DIRI SAYA JUGA........DENGAN MENULIS DAN BERKONGSI LAH SALAH SATU CARA UNTUK KUAT....AMEEN.....SMOGA DI ANUGERAHKAN YANG TERBAIK.....DIPERMUDAHKAN SEGALANYA

Thursday, December 23, 2010

bila bercakap tentang muhasabah diri dan hijrah....


 MUHASABAH diri boleh dikatakan sebagai satu tindakan untuk menganalisis diri kita atau lebih sinonim dengan frasa "cermin" diri sendiri.

HIJRAH adalah perpindahan. berpindah daripada sesuatu ke sesuatu yang lebih baik.

cuba kita renungkan seketika ..

adakah setiap hari perjalanan hidup kita semakin meningkat kualitinya....
Ayuh!! kita fikirkan bersama...

adakah kehadiran kita pada hari ini mengingatkansaudara-saudara kita akan kematian yang pasti?

Adakah kehadiran kita menarik saudara-saudara kita ke lembah kelalaian?

Adakah berkawan dengan kita iman saudara-saudara kita disekeliling makin meningkat atau makin berkurang dan lalai??

Adakah hari ini kita mengheret kawan-kawan kita untuk memanfaati masa atau membazirkan masa yang ada??...
ya mungkin kerana kita selesa dengan kawan-kawan kita sehingga kita senang untuk bercerita dan bersembang itu dan ini. Tapi perlu ingat BERSEDERHANALAH dalam segala hal..kita boleh untuk melakukan semua itu untuk mengeratkan silaturrahim tapi BERPADA-PADA jangan kejauhan sehingga menganggu kepentingan orang lain samaada masa, tenaga dan sebagainya..

Sudah berapa banyak kah doa-doa dan surah-surah yang kita telah hafal?? cuba kita hitungkan seketika........

Sudah berapa banyak masa yang kita telah manfaati??....

Tika kita kelapangan adakah hiburan yang menjadi pilihan di hati kita? tepuk dada tanya selera hati.....

dari 2_one:
Kadang-kadang kita alpa dan kita leka dalam keselesaan dan kebahagian hidup..
Kadang-kadang kita juga boleh alpa dalam kesengsaraan dan kesedihan....
Kadang-kadang kita alpa dalam kejayaan .....
Kadang-kadang kita juga alpa dalam kegagalan dan kejatuhan....

ITU LAH MANUSIA SENTIASA LUPA..............
Sebagai seorang manusia yang bergelar KHALIFAH...kita mestilah mempunyai sifat KEPIMPINAN YANG TINGGI...pimpin diri sendiri dan kawal lah diri kita dengan sebaiknya..pada masa yang pimpin lah orang disekeliling kita...

p/s: sahabat maaf kan aku jika aku teman yang melalaikan.......

"teman yang paling baik adalah apabila melihat wajahnya teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya teringatkan mati"

Adakah wajah ku mendorong sahabat2 ku utk igt Allah?
Adakah kata-kata ku menambahkan ilmu sahabat2 ku atau kata-kata ku melalaikan mereka??
Adakah gerak geri ku mengingat kan mereka akan kematian atau gerak geri ku menenggelam mereka dalam kealpaan??

ASTAGFIRULLAHALAZIM.........teruknya kita......MAAF KAN SAYA SAHABAT-SAHABATKU...

Wednesday, December 22, 2010


.......nyanyian sahabat

persahabatan adalah hidup
ia mengalir di darahku
bergetar di nadiku
berirama dengan tiap detak jantung

persahabatan adalah kukuh
setegar batu karang
seperti tembok besar cina
meski raga tumbang
ia akan selalu tegak dalam dada yang memendam langit

nyanyian ini untuk mu sahabat

untuk setiap gelas yang tak sempat kau teguk
untuk kebahagian yang belum lama kau rasakan
dari luka yang panjang

nyanyian ini untukmu sahabat

untuk setiap langkah yang kau jejakkan
pada jalan-jalan takdir yang menggurat di telapak kaki
untuk kebersamaan kita di detik terakhir
dan untuk semua kebisingan ini

persahabatan adalah nyanyian
ia mengaun dalam setiap desah nafasku..

pintu perpisahan

untung tak bisa diraih
malang tak bisa ditolak
seperti juga siang dan malam
pertemuan dan perpisahan
adalah pasangan dalam kehidupan

bahagian dan derita
adalah dua sisi
dari koin yang sama

tapi
aku tak berani mengundi diri

semua kemungkinan terbuka
seperti pintu terbuka
bagi perpisahan ini


dari 2_one:
berlapang dada dan terbuka dalam semua hal....

Tuesday, December 21, 2010

Ciri Lelaki Soleh & Wanita Solehah

Di antara ciri-ciri lelaki soleh atau wanita solehah itu ialah:
Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.

Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:

“Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”

Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.

Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih soleh atau solehah? “Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.”

Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.

Redha terhadap setiap ujian yang datang. Dia tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Sentiasa yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu dia menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.
Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. Hatinya terhibur dengan mehnah yang datang kerana dia tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepadanya.

Semakin berat ujian yang menimpa diri, sekencang itulah juga ibadahnya kepada Allah swt. Sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat dirasakan bermunajat kepada Allah swt. Dalam sepi malam dia bangun bermunajat kepada Allah swt, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi cuba dilupa-lupakan.

Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana dia tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah swt telah mengingatkan di dalam firmanNya:
“… karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)

Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri supaya berbuat jahat seperti hasad dengki kepada jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka kepada suami, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.

Dia sedar, sekali diri berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan. Rasulullah saw bersabda:
“Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu.”

Sabda baginda yang lain:
“Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya.”

Tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi suami, isteri, ibu, ayahnya sekalipun dirinya sendiri. Contohnya, sekembalinya suami ke rumah, tiba-tiba dirinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geram. Miskipun dia tahu itu bukan salahnya, tetapi sebagai seorang isteri yang solehah sedikit pun tidak dikesali perbuatan suaminya itu. Sebaliknya menyesali diri yang masih lagi belum solehah kerana dirasakan dirinya gagal untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.

Patuh terhadap arahan suami dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal.

Bukanlah kehidupannya untuk mencari pangkat dan nama kerana dia tahu di atas dua tiket inilah yang membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, dia menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdhaan Allah swt semata-mata.

http://creativeyhee.wordpress.com/2009/07/10/ciri-lelaki-soleh-wanita-solehah/

Wanita Yang Wajib Dijauhi Oleh Orang Lelaki

“Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini

1. Wanita kategori liar. Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka. Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal. Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya. Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula. Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita. Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang. Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai. Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak. Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera. Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa. Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya. Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok. Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya. Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

dari 2_one : kepada wanita2 di luar sana sama-sama kita menjauhi sifat-sifat seperti ini...jadilah sebaik-baik wanita...amin

rujukan:
http://creativeyhee.wordpress.com/2009/07/10/wanita-yang-wajib-dijauhi-oleh-orang-lelaki/

Wednesday, December 15, 2010

gadis itu berkata

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar…….
Terlebih dahulu, dia mahu dunia ini tahu yang dia 
SAYAAANGG  MU YA ALLAH!!!!!!!!!!!......
Dia mengucapkan TERIMA KASIH padaMU….kerana menganugerahkannya AIR MATA….
AIR MATA ITU LAH KEKUATAN BAGINYA YANG BERGELAR SEORANG WANITA…
AIR MATA ITU LAH YANG MENGUATKAN KAKI NYA UNTUK TERUS BERDIRI…..

YA ALLAH…KAU TEMAN YANG HEBAT …
YA ALLAH…KAU GURU YANG HEBAT…
YA ALLAH..KAU SEGALA-GALANYA…..

itu sahaja yang gadis itu dapat kongsikan dengan saya.....dia speechless...kerana terlalu banyak yang ingin dikongsikannya..terlalu banyak erti dan nilai yang ingin disampaikan buat kalian..xpe nnti zaty kan tnya dia lagi..bye slm..

Monday, December 13, 2010

Sunday, December 12, 2010

manja??!!...

hari ini saya tidak mahu lagi mencari. tapi saya mahu mencari, bertindak dan berkongsi dengan pembaca sekalian
terima kasih saya ucapkan kepada semua pembaca  yang setia berkunjung di ruang bersama ku.. insyaallah saya akan terus menulis untuk kalian. saya akan cuba penuhi segala permintaan kalian..maaf kepada pembaca yang saya belum menulis tentang persoalan yang ditanya..(sedang diusahakan)

baiklah hari ini zaty ingin bercakap tentang MANJA...

ramai orang pada zahirnya kelihatan keras dan langsung tidak ada sifat manja. pada hakikatnya dia adalah seorang yang manja. manja yang saya maksudkan disini adalah manja untuk BERTINDAK..asyik melihat orang lain sahaja kehadapan. bila pula masa untuk dia ke hadapan??..

tunjukkan belang anda!!!!....kita juga punya belang!!!.....

dari 2_one:
setakat ini sahaja coretan 2_one kali ini. insyaallah di lain masa, 2_one kan sambung lagi.saya tinggalkan kalian dengan mutiara-mutiara kata sebagai peneman buat anda sekalian..



Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

analoginya begini: tingkap dan tirai akan di buka....

analoginya begini...

tingkap sudah ada...tirai pun sudah ada...cuma kedua-duanya masih tertutup..
tertutup kerana sikap tuannya yang bijak,berani tapi bodoh..tuannya bijak iaitu seorang pereka tirai yang hebat tapi bodoh kerana sikap tuannya yang asyik mereka dan menghias tirai di tingkap rumah jirannya. sikapnya yang asyik membuka tingkap dan tirai di rumah yang lain,sedangkan tingkap dan tirai di rumah sendiri masih belum terbuka....jika begini lah sikap empunya tirai dan tingkap itu, sampai bila-bila pun tidak akan ada tetamu yang datang ke rumahnya.....

perkongsiannya begini:
pembaca sekalian...hari ini adalah dunia persaingan....semuanya memerlukan keberanian, kesungguhan, kebijaksanaan, ketekunan dan yang paling penting berterusan, sabar dan tenang.

jika kita ada bakat, ada semangat, ada idea, ada kekuatan tapi kita tidak ada tindakan. segalanya akan lenyap dan terkubur. maka jadilah ia hangat-hangat tahi ayam dan samalah ia dengan mat jenin jatuh dari pokok yang tinggi.

ya betul, sesuatu yang bagus bila kita menolong dan memikirkan kebaikan untuk orang lain. tapi kita perlu ingat pada masa yang sama jangan sesekali kita lupa akan diri sendiri. kalau sebelum ini kita sibuk kesana kemari, melaburkan masa,tenaga, wang sehinggakan kita tidak sempat untuk memikirkan tentang "langkah kita sendiri"..maka, ayuh kita bertindak sekarang. sekarang masa untuk diri kita.

cuba kita bersendirian dan cuba kita bertanya pada diri kita. 
adakah kita telah memberikan hak pada diri kita sendiri??..
adakah kita telah memenuhi segala keperluan dan kemahuan diri kita sendiri??....

BAGAIMANA UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG TANPA MENYEKSA DAN MENGETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI KITA SENDIRI??....persoalan besar disini...

ya sekarang dunia persaingan. dalam dunia sebegini susah untuk kita mencari teman yang sanggup "memberi" dan saling memberi di sisi kita. kebanyakannya hanya mahu menerima dan susah untuk kita mencari teman yang seiring dan sejalan dengan kita iaitu ikhlas dalam mengejar sesuatu impian yang sama.bila kita perhatikan ramai di luar sana mengamalkan konsep kepentingan diri iaitu melakukan sesuatu kerana ada "udang di sebalik batu" ataupun boleh juga kita katakan ibarat "habis madu sepah dibuang".. 

tidak salah kita memberi, tidak salah kita berkorban untuk yang lain kerana tindakan itu sesuatu yang mulia. "semakin kita memberi kita semakin "kaya""..
cuma apa yang perlu kita peka, kita juga perlu memberi untuk diri sendiri..

cuba kita analisis dan nilai dengan sebaiknya.ramai diluar sana termasuk diri saya sendiri,mereka ada MATLAMAT,SEMANGAT, IDEA tapi mereka tidak ada TINDAKAN DAN KOMITMEN...percayalah jika inilah diri kita:
maka duduk lah kita di bawah tempurung dan "ibarat burung murai berkicau riang tapi hakikatnya masih di dalam sangkar"...
AYUH!! jom sama-sama kita membuka sangkar, berkicau bebas di ruang angkasa...

ya betul,ada segolongan pula mereka ada MATLAMAT, SEMANGAT, IDEA, TINDAKAN DAN KOMITMEN tapi mereka tidak ada PELUANG DAN RUANG..jika kita dalam golongan ini, maka peganglah pada sifir ini;
BILA KITA SABAR DAN TENANG KITA KAN MENANG...sahutlah cabaran ini "BIASA TAPI HEBAT"....

dalam mendaki ke puncak, sudah menjadi satu adat kita akan meredah hutan belantara. dalam hutan belantara itu kita kan jumpa pelbagai ancaman harimau, ular, tanah yang licin, nyamuk dan sebagainya. walaubagaimanapun, hari ini kita dapat saksikan sudah ramai yang telah berjaya ke puncak. ini bererti hutan belantara itu mampu di redah oleh seorang manusia biasa tetapi dengan usaha, kegigihan dan keberanian yang luar biasa..

Jika kita katakan,kita lemah,kita tersekat,terhalang,perjalanan terbantut dan kita katakan tidak ada sokongan daripada keluarga dan masyarakat. kita katakan kita tidak ada semangat dan bantuan daripada yang lain.

helllooo!!hello guys!!!..come on..
hari ini bukan masa untuk berada di dalam zon selesa. hari ini kita perlu belajar untuk bertindak,menyelam, berlari di luar zon.orang lain tidak ada hak untuk menyekat pelayaran kita. asalkan tujuannya murni,maka redah je,insyaallah segalanya dipermudahkan..bila kita mati nanti pun, kubur masing-masing.tidak ada yang mampu menolong kita. hanya amalan dan perbuatan kita sahaja yang bisa menolong kita. 

dari 2_one
PERCAYA DAN PERCAYALAH.....KITA MAMPU BERLARI DAN MELOMPAT KE HADAPAN..
DALAM PERJALANAN INI, KITA PERLU SEIMBANG. SEIMBANG UNTUK YANG LAIN DAN JUGA DIRI KITA. BARULAH SEMUANYA MENANG.
TERUSLAH MEMBERI. MEMBERI PADA SEMUA DAN DIRI SENDIRI.
JOM!!..SEKARANG MASA UNTUK KITA!!!!....
(tapi jangan lupa pada yang lain, teruslah memberi)
jangan asyik mencari je.."mencari dan bertindak"-itu pakejnya..
semoga berjaya semuanya.......

p/s: terima kasih kepada semua orang disekeliling saya. saya hargai semuanya =)

Saturday, December 11, 2010

kak lia * kak aini...

bismillahirrahmanirrahim............

assalamualaikum.....alhamdulillah...tika aku rasa keseorangan..ALLAH hadirkan dua insan yang bergelar kakak...dua insan ini punya karakter yang berbeza...

mereka lah teman..mereka lah kakakku..merekalah sahabat seperjuanganku....
pandai sungguh Allah itu mendidikku..dia menghadirkan seorang insan yang lembut tapi tegas dan agresif bagi ku.heee..garangnyeeee....

seorang lagi lembut tapi menusuk caranya...aiyoh..hehe...

memang sah aku sesuai berdamping dengan orang yang lembut....kakak dua orang ni pon lembut..sahabat2 yang rapat dengan aku pon semuanya lembut..hehehe..habis tu bila plak aku nk lembut???hehhe..soalan cepumas..aiyoh!!..adoi..hahahha...nntilah zaty belajar jd lembut n pendengar yg baik..auwww...ei cm xcaye je nk jd lembut cm korang...hakhakhakhak.....lawak lak....

kak lia....kak aini.......kalian kakak yg tegas tapi lembut...sesuai untuk menjaga adikmu ini yg degil dan keras kepala..yang ego ntah apa2..adoi...huhuhu..

p/s: zaty tau kak aini kan baca blog zaty..heee..terharunye ada pembaca setia...hehehe. mmmuaah!!thnx....datang ziarah selalu ye ke sini tapi sorry lerr xde org nk buat air...huhu.i selalu bermesej dgn kak lia...jgn jeles ye...=p so selalu2lah mesej zaty..kang zaty mesej dgn org lain kang.....ad plak yg bebel kat zaty..heeeeeeee


kakak2 ku..adik kamu yg sorang nih nakal ckit,..tolong2lah pantau dia...kalau patut nk bebel, bebellah,i xkisah, i terima jew...kalau patut nak tarik telinga, tariklah..i redha jew..hehehe...i memang nakal...kalau terlepas kandang cepat2 tambat ye..hahahha..xdelah gurau je...saje nk mencoret malam2 buta nih...bye darling laling....nitez....salam....